Wednesday, March 25, 2009

Terima Kasih Perwakilan... Terima Kasih Diatas BUDI kalian...



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca. Pada hari ini saya akan bercakap secara terus-terang dan kasar mengenai perhimpunan agung Umno.. Ya, terima kasih kepada para perwakilan TERUTAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA.. YA, inilah pemuda harapan bangsa yang akan meneruskan wadah perjuangan membela agama, bangsa dan negara.. Saya tidak mengerti dimanakah letaknya otak para perwakilan ketika memilih KP UMNO yang baru? Calon yang terbukti salah dengan politik wang diangkat darjatnya menjadi ketua.. Saya ingin tegaskan disini, adalah BERDOSA hukumnya kepada para perwakilan jika pemimpin yang dipilih itu adalah pemimpin yang korup, tidak amanah dan tidak memenuhi kriteria seorang pemimpin sejati... Saya bersutuju dengan rakan blogger saya, abang Azli Shukri yang menggariskan beberapa faktor dan kejadian yang akan menimpa UMNO kelak.

Saya sendiri sudah jelak dengan sikap perwakilan yang tidak faham bahasa. Bagaimana Datuk Seri Najib mahukan saf yang padu, bagaimana Tun Dr Mahathir menangis dengan sikap orang melayu.. Tetapi masih, tidak faham-faham.. Adakah anda terlalu jahil dan bodoh sehongga sanggup menggadai maruah anak bangsa demi kepentingan sendiri.. Ada beberapa orang rakan saya yang memberikan pendapat bahawa kita terima saja keputusan dan menyokong Khairy kerana beliau juga seorang True Leader... saya mahu biarkan persoalan ini tergantung untuk anda memberikan jawapan...

ADAKAH KHAIRY SEORANG PEMIMPIN SEJATI??????

Saturday, March 21, 2009

Sabah, Satu Perjalanan Yang Lengkap


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pada kali ini saya akan memberikan sedikit sebanyak perjalanan kami ke Sabah pada minggu lalu. Kami berada di sana selama 4 hari dan pelbagai aktiviti yang berfaedah kami lakukan. Selaku Pengarah Projek Lawatan Akademik ke Sabah ini, saya merasakan bahawa perjalanan ini adalah satu perjalanan yang lengkap kerana melalui projek ini mengajar kami erti bekerja didalam sebuah pasukan, cabaran dan dugaan yang harus dihadapi didalam sebuah organisasi dan banyak lagi. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat saya "post" untuk tatapan bersama.

Bas yang membawa kami di sekitar Kota Kinabalu dan Sabah

Saya di Timpohon, Kaki Gunung Kinabalu


Bersama Pemandu dari UiTM Sabah En Sitiga.. Terima Kasih diatas budi baik anda..



Jurugambar Amatur.. Sedang mengatur untuk mengambil gambar semua di Auditorium Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.


Perasmian Seminar Halal Food Industries, Opportunities and Challenges.

Memberi Penerangan berkenaan pembentangan mengenai Negeri Melaka

Program Bersama UiTM Sabah


Dari Pengarah kepada Pengarah.. Penyerahan Cenderamata kepada UiTM Sabah

Mendengar pembentangan oleh UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Begitulah, sedikit sebanyak program kami di UiTM Sabah. Ada banyak lagi gambar tetapi tidak dapat di hantar. Gambar kami di Kundasang, Ranau dan Kinabalu Park. Kepada semua Ahli JawatanKuasa Gerak Kerja bagi Lawatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian. Kepada pihak UiTM Sabah, terima kasih diucapkan dan sesungguhnya budi kalian amatlah dihargai.

Sekian.

Tuesday, March 10, 2009

Menuju ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu...


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Pada 11 Mac 2009, saya bersama delegasi saya dari Melaka akan berangkat ke Sabah bagi menghadiri kursus selama 5 hari. Oleh itu, mohon kepada semua agar mendoakan kami selamat pergi dan selamat sampai kembali. Doa dan sokongan kalian amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, CHE Dayat

Sunday, March 1, 2009

Apa dah jadi dengan Malaysia??? Rakyat Malaysia harus belajar dari Sejarah...






Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat mengemaskini blog saya agak lama kerana sibuk dengan tugasan hakiki seorang pelajar dan banyak masalah politikal dalaman yang saya perlu tempoh ketika ini. Buat masa ini, Alhamdulillah, kesemua masalah ini saya dapat harungi dengan jayanya. Walaupun kekadang terpaksa mengambil keputusan untuk beralah bagi memberi laluan kepada orang lain. Saya melihat sifat beralah ini bukan sebagai satu tindakan yang memalukan malah saya memperolehi kemenangan terbesar terhadap diri saya. Saya berjaya mengakui kesilapan saya dan sebagai pemimpin, tidak salah untuk kita mengakui kesilapan kita dan memohon maaf. Sepanjang "kesunyian" saya di dalam dunia blog ini, pelbagai isu telah berlaku. Isu di Kemenangan kontreversi BN di Perak, Sidang Kerajaan Pasir Dua Butir Pakatan Rakyat, Pilihan Raya kecil disana sini, Demonstrasi Gerakan Pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dan pelbagai lagi. Saya akan rungkaikan satu-persatu.

Kemenangan Kontreversi BN di Perak. Ini adalah sah kerana telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Sultan Perak. Pada pandangan saya, biarpun apa orang kata ia konspirasi atau apa saja, ianya tetap dikira sah.


Yang kedua, isu Persidangan Dun Pasir Dua Butir Pakatan Rakyat di bawah pokok. Saya rasa amat geli hati melihat kebodohan ahli-ahli DUN pakatan rakyat yang terlalu mabuk akan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyatakan mereka masih berkuasa. Ini adalah tidak sah kerana untuk mengadakan sidang DUN, Speaker perlu menghadap DYMM Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda untuk mengadakan sidang tergempar.


Yang ketiga, greakan pemansuhan PPSMI yang mahu mengembalikan PSMI untuk dihapuskan dan diganti semula dengan Bahasa Melayu. Pada pandangan saya, mereka cuma mahu mempolitikkan semua isu. mereka mahu mencari populariti kononya mahu memperjuangkan bahasa Melayu. Walhal, kita lupa bahawa pernahkah pakatan rakyat ambil kisah tentang Bangsa Melayu? Malah mereka sendiri sibuk hendak membuka kuota kemasukkan ke UiTM untuk Bukan Bumiputera. Jadi cermin diri dahulu sebelum mahu menjadi pahlawan.


Saya akan kaitkan isu-isu ini dengan program yang saya hadiri iaitu Program Bual Bicara Hari Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu hari dimana Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh keramat kemerdekaan negara kita di Padang Pahlawan Melaka.
Tetamu pada hari tersebut adalah Prof Emeritus Khoo Kay Kim, Tan Sri Aziz Tapa, Prof Majid Munir dan dianjurkan bersama oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK). Pada program tersebut, kesemua ahli panel telah menegaskan bahawa perlunya kita untuk menghayati sejarah penubuhan negara ini.. Dari asas apa tertubuhnya malaysia.

Apa yang terjadi hari ini adalah kerana kita sendiri taksub dengan kuasa sehingga lupa asa kita. Kita lupa akan Perjuangan Datuk Nenek Moyang kita. Titisan darah dan keringat mereka bagi mengecapi kemerdekaan negara. Benarlah kata Dr Mahathir bahawa Melayu Mudah Lupa. Malah, pemimpin pakatan rakyat juga lupa asal mereka. Bagaimana mereka ini belajar didalam IPT yang disediakan oleh Kerajaan, Menjawat jawatan didalam kerajaan, apabila pencen saja, menjadi pembangkang dan lupa akan asal usul dan akar mereka.


Saya juga sempat melontarkan pendapat bahawa pentingnya rakyat Malaysia diajar secara sedalam-dalamnya akan sejarah kita kerana sesiapa yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali. Saya juga pada program tersebut menyeru semua generasi muda untuk bangun dan sedar akan perjuangan yang menantikan kita dihadapan...


Apa yang penting, buat semua rakyat Malaysia, Dengarlah suara kerdil ini menyeru anda semua untuk muhasabah diri. Renungkanlah apa asas perjuangan nenek moyang kita sehingga tertubuhnya sebuah negara yang amat kita cintai, Malaysia. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah pihak yang berkepentingan dan mempunyai agenda tersendiri didalam ideologi perjuangan mereka..


Bersatu teguh, Bercerai Roboh.
Sekian, Salam Perjuangan.

CHE Dayat.


* Gambar-gambar diatas adalah sekitar Program Bual Bicara Hari Persekutuan Tanah Melayu di Auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka.