Friday, October 11, 2019

Setelah lama menyepi aku kembali menulis. "Kongres Maruah Melayu" Ulasan Komen



Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat para pembaca dan sahabat-sahabat bloggers. Pertama sekali saya ingin memohon kemaafan kerana lama tidak bersiaran di arena blog ini. InshaAllah saya akan cuba meluangkan masa dengan membuat tulisan-tulisan dengan lebih kerap InshaAllah. 

Baik lah bagi yang baru mengikuti blog ini, CHE Dayat adalah nama pena yang saya gunakan selama 10 tahun didalam blog. Jemput untuk Follow blog saya ya. 

Baru-baru ini diadakan sebuah kongres yang dinamakan Kongres Maruah Melayu, Amanat Tun Dr Mahathir kepada umat Melayu. Saya melihat penganjuran program ini adalah manifestasi keresahan dan kebimbangan orang melayu akan nasib bangsa nya sendiri pasca PRU 14 yang nampak nya semakin lama semakin hilang kuasa, semakin hilang tempat di dalam perlumbaan kemajuan, semakin tidak dihormati dan banyak lagi. 

Penganjuran ini saya kira kena pada tempatnya, namun amanat dan ucapan yang diberikan oleh Perdana Menteri Ke 7 ini agak mengecewakan saya. Ya, kita sedar, melayu itu banyak kelemahannya dan sebagai seorang "father Figure" Tun Mahathir wajar menegur. Namun, sepatutnya teguran perlulah disertai dengan dorongan dan motivasi. Jangan membangsatkan bangsa sendiri. 

Sesungguhnya bangsa melayu itu bukan bangsa yang Bangsat, malah ketamadunan Bangsa Melayu mendahului bangsa-bangsa lain sebelum ini. Namun ada beberapa kelemahan yang perlu kita perbaiki dan ambil pengiktibaran. Dalam ucapan beliau juga, banyak perkara saya lihat kena pada batang hidungnya sendiri. Di mana perpecahan melayu, persengketaan dan banyak lagi siapa yang cetuskan? Siapakah yang sanggup menggadai prinsip perjuangan bersekongkol dengan Parti Chauvinis dan Liberal itu hanya untuk menumbangkan seseorang pemimpin? 

Namun disini, saya juga didalam dilema kerana kerajaan dahulu juga tidak kurang khilaf dan silapnya. Hanya kekalahan dapat mengajar pembodek-pembodek dan pemimpin yang leka dengan kuasa dan harta. Ini lah harga yang kita perlu bayar diatas kelekaan dan kelalaian kita dengan duniawi. 

Berbalik pada Kongres ini, Saya cuma kecewa dengan ucapan Perdana Menteri yang tidak memberikan semangat dan inspirasi kepada Umat Melayu untuk bangkit semula. Ianya lebih kepada komplen dan leteran. Namun, bagi pembentangan Kluster-kluster yang terlibat amatlah saya sokong, 

Saya amat berharap Kerajaan yang ada pada harini mengambil maklum dan mengambil berat akan Resolusi yang dibentangkan oleh Kongres. Dan kepada seketariat Kongres, saya berharap jangan berhenti setakat ini sahaja. mesti ada sesi Follow Up bersama pihak-pihak yang berkenaan untuk memastikan semua resolusi yang dibentang dituruti oleh pemerintah. 

Begitulah saja ulasan ringkas saya terhadap Kongres ini. InshaAllah entri selepas ini saya akan kupas berkenaan Belanjawan 2020 yang baru dibentangkan kepada Parlimen pada Jumaat baru-baru ini.


Sekian.


CHE Dayat

Tuesday, November 20, 2018

Assalamualaikum. Blog KSB akan berwajah baru dan bertemakan Kejayaan dan Keusahawanan


Assalamualaikum buat pembaca blog KSB, setelah sekian lama CHE Dayat Menyepi di arena Blogging, Harini tergerak untuk mengaktifkan kembali minat CHE dayat sekian lama iaitu penulisan. 

Blog KSB bermula pada tahun 2008 dan CHE Dayat dikenali sebagai SO-PO Bloggers iaitu Social Political Blogger yang banyak mengupas isu isu rakyat dan juga politik.

Che Dayat juga telah melalui pelbagai onak dan duri kehidupan dan ianya mematangkan saya dan juga banyak membentuk cara fikiran saya. Saya kini bergiat aktif didalam keusahawanan dan juga rasa terpanggil untuk menjadikan blog ini sebagai blog yang merencanakan kisah inspirasi dan juga menyingkap rahsia dan pahit jerih kehidupan insan bernama Usahawan. 

Bermula sekarang CHE Dayat akan menemuramah tokoh-tokoh korporat dan usahawan yang berjaya di arena mereka. 

Jom sama-sama meriahkan kembali Blog Kisah Sebuah Bangsa.

Sekian


C.H.E Dayat.

Saturday, June 13, 2015

ISU DI SANA SINI... TEPUK DADA TANYALAH IMAN....

Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada semua pembaca dan rakan bloggers. Agak lama CHE Dayat tidak muncul di arena blog. Cuma mutakhir ini saya aktif di dalam facebook. Maklumlah senang sikit untuk mengemaskini maklumat mahupun status melalui telefon bimbit sahaja. 

Mutakhir ini memang banyak isu di sana sini, dengan GSTnya, 1MDBnya, Tun M vs DS Najib, PAS Muktamar dan PASMA, dan macam-macam lagi yang saya tak sempat nak senaraikan satu persatu. Pada entri kali ini CHE Dayat hendak mengupas isu Sukan SEA, isu Gimnas kita yang dikatakan menampakkan sesuatu yang tak patut didedah oleh seorang muslimat. 


Bercakap mengenai aurat, CHE Dayat memetik dari Surah An-Nur ayat 31. Maksudnya :-


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)


Dari ayat diatas jelaslah bahawa Islam amat menitik beratkan akan aurat ini, Apa yang menyedihkan CHE Dayat adalah di media sosial, masyarakat lebih mengutamakan pingat emas yang dimenangi berbanding dengan UGAMA dan HUKUM TUHAN. CHE Dayat juga TIDAK BERSETUJU dengan tindakan segelintir pengguna media sosial yang memperlekeh dan mencemuh akan atlet tersebut. Pepatah Inggeris ada mengatakan "Two Wrong Doesn't Make One Right". Bagi yang mencemuh juga tidak betul. CHE Dayat sentiasa percaya dakwah itu akan lebih berkesan jika kita sampaikan secara berhikmah. 

CHE Dayat juga tidak menyalahkan atlet tersebut. Kurangnya tarbiyyah dan penekanan nilai-nilai Islam didalam Sistem kita mendorong akan atlet ini dan juga pengurusan tidak mengambil berat akan perkara-perkara ini. Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan atlet itu juga beragama Islam, bagi CHE Dayat tidak wajar perkara seperti ini berlaku. 

CHE Dayat juga ingin berpesan kepada pengguna media sosial janganlah menghina Ugama sendiri, Saya lihat ada di antara rakan-rakan saya yang membela akan atlet tersebut, ya, jasa atlet tersebut memang wajar diiktiraf, namun kesalahan juga perlu diperbetulkan. CHE Dayat lihat status di facebook teman-teman sendiri umpama sudah lupa akan Hukum Hakam dalam Berpakaian didalam Islam. Ya kita bukannya manusia sempurna namun janganlah kita HINA Ugama kita sendiri. 

Sesungguhnya Islam itu tidak sempit, Kitalah yang sebenarnya menyempitkan pemahaman kita dengan Agama kita. Bukannya tidak boleh untuk nak bergimnas, bersukan, berenang dan sebagainya. Namun Islam telah meletakkan panduan dan tatacara dalam acara-acara ini. Berikut CHE Dayat lampirkan pakaian muslimah untuk para atlet. Dan acara gimnas ini wajar lah dilakukan dihadapan wanita sahaja, tiada masalah. 







Kepada semua pembaca blog ini, izinkan saya berpesan, usahlah kita menjadi yahudi dan nasara demi menunjukkan kita dah maju, kita dah terkehadapan. Banggalah dengan agama kita yang penuh tertib dan sempurna. Islam itu Indah.

Sekian

Wallahualam, berjumpa lagi kita di entri seterusnya. 

Friday, December 19, 2014

MH 370 : TRAGEDI PENUH MISTERI MERUNGKAI BERIBU KEMUNGKINAN...



Assalamualaikum w.b.t buat para sahabat dan para rakan-rakan bloggers sekalian. Kali ini Che Dayat ingin mengupas isu yang lama tapi kita masih lagi menunggu apakah kesudahan ceritera ini. Iaitu Tragedi Kehilangan Pesawat MAS MH370...

Telah 8 bulan lebih pesawat milik MAS ini menghilang. Sejak terputus hubungan dengan Air Traffic Controller (ATC) pada 8 Mac yang lalu, pelbagai usaha mencari dan menyelamat dilakukan tetapi seolah menemui jalan buntu. Che Dayat juga ada ketika berasa musykil dan mengandaikan adakah ini satu konspirasi politik dunia? adakah melibatkan alam-alam lain? atau terhempas ke dasar laut tanpa khabar berita? Hanya Allah Taala dan mereka yang berada di dalam pesawat tersebut sahaja yang mengetahui perkara sebenar.

Ada juga timbul desas desus yang melibatkan teori konspirasi bahawa pesawat tersebut kini berada di kepulauan Diego Garcia yang menempatkan Base Tentera Amerika Syarikat... Entahlah, sukar untuk kita menjangkakan apa yang sebenarnya berlaku.

Kemana perginya pesawat MH370 yang penuh misteri ini.... Adakah ia masih diingati? atau dah dilupakan? Adakah kita mangsa konspirasi kuasa-kuasa besar dunia?

sama-sama kita berdoa dan fikirkan....





Hudud..... Masih Berliku kah Jalan kita???



Assalamualaikum w.b.t dan salam perjuangan. Rasanya agak lama CHE Dayat menyepi di alam Blogging. Bukan apa, saya sibuk dengan urusan kerjaya dan keluarga yang lebih utama. namun saya masih aktif di facebook. cuma tak banyak masa dan ruang untuk melontarkan buah fikiran di laman blog saya ini.

Para pembaca dan rakan bloggers yang amat sya hormati. kita sudah maklum isu hudud ini sedang hangat diperkatakan sebulan dua ini. Tak kira di sebelah Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Namun Che Dayat sangat sedih dengan kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari rakan Pakatan Rakyat PKR dan DAP yang menolak HUDUD. 

Hudud bukan retorik PAS. Hudud ini hukum yang diperintah oleh Allah untuk umat Islam. Sepertimana solat., Puasa, menunaikan haji dan lain-lain amalan dan ibadah kita sebagai muslim. Jadi yang bukan islam akan dihukum mengikut undang-undang sivil yang diguna pakai selama ini.

SEJARAH

Apabila Tanah Melayu dijajah oleh penjajah British, British yang telah membasuh pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa Politik itu asing dan Islam itu hanya terhad kepada Nikah-Kahwin, Kematian, Perceraian, Zakat, Puasa, Hari Raya dan lain-lain yang mana Mahkamah syariah itu bidang kuasanya terhad. 

Dan sehingga kini, kita terus mengamalkan dasar tersebut. Iaitu segala urusan hukum jenayah berdasarkan English Common Law dan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada perkara-perkara tertentu sahaja. 

REALITI DAN KEWAJIBAN SEBAGAI MUSLIM

Realitinya, kita sebagai umat Islam yang mengaku Malaysia adalah Negara Islam, dan Islam sebagai Agama Rasmi wajar menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan setiap segi pemerintahan. Justeru itu Hukum Hudud perlu diterus dan dilaksana tanpa kompromi. 

PAS sebagai Parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam harus bersatu hati mempertahankan pelaksanaan hukum ini. Yang lebih utama adalah Hukum Allah. Bukannya strategi politik. Jika pihak lain tidak boleh terima perjuangan kita maka jangan takut untuk bersendirian. Nyahkan saja mereka dari Pakatan Rakyat. 22 Tahun PAS Kelantan telah membuktikan kejayaan memerintah negeri dengan Bersih dan aman makmur rakyatnya. Betapa berkatnya negeri diterajui oleh Ulama. 

KEPADA DAP DAN PKR

Kepada rakan tahaluf kita DAP dan PKR, cuba untuk berjumpa TG Presiden untuk mendapatkan penjelasan tentang Hudud ini, anda tak perlu takut dan anda tak perlu bimbang. Pakatan tak akan tumbang jika hudud dilaksanakan. Hormati kami sebagaimana kami menghormati anda. 

Saya amat berharap, janganlah biarkan jalan yang berliku ini menghalang PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, Biar Serambi Mekah menjadi contoh buat semua negeri lain dan Juga Kerajaan Persekutuan. 

Saya menyokong sepenuhnya pelaksanaan Hudud di Negeri Kelantan... 


Takbir!!!!!

Sekian

* Gambar atas : Penulis bersama YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar Bin Haji Abdullah
Timbalan Menteri Besar Kelantan

Sunday, May 18, 2014

Respons KSB Tentang Kenyataan MP Lenggong.....



Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca/followers blog Kisah Sebuah Bangsa serta rakan-rakan bloggers. Pada kali ini CHE dayat nak kupas berkenaan dengan kenyataan MP Lenggong Datuk Shamsul Annuar Nasarah yang menyatakan Calon Parlimen Teluk Intan, Dyana umpama menggigit tangan yang berinya peluang. Ya, kalau tuan-tuan tanya saya perkara ini 3-5 tahun yang lalu, saya akan menyokong kenyataan ini. Dyana anak Melayu Bumiputra, mendapat pendidikan bersubsidi di UiTM institusi yang saya sangat sayang. Institusi yang membina destini anak bangsa. Namun, setelah saya bekerja dan saya sendiri telah duduk didalam UMNO, saya sangkal dan bangkang 100 % kenyataan MP Lenggong ini. Mengapa? adakah kerana saya lupa diri? Kacang lupakan kulit?

Tidak sama sekali. Sesungguhnya saya amat sayangkan institusi MARA. Saya anak MARA, saya diberikan pendidikan Diploma di Kolej Profesional MARA, Yuran FREE, dapat Elaun lagi RM265 sebulan. Kemudian saya menyambung di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Melaka. Yuran nya hanya RM400++ satu semester. Ya, saya berterima kasih kepada MARA kerana menjadikan saya manusia yang berguna. Namun, saya sangkal dakwaan bahawa MARA ini lahir dari DEB, Mara ini milik UMNO, Tidak sama sekali.

Tahukah anda bila lahirnya MARA? MARA Lahir pada zaman BRITISH, Ya BRITISH. Kerajaan Kolonial British telah menubuhkan RIDA (Rural Industry Development Authority) yang bertujuan untuk memajukan sosio-ekonomi Melayu dan Bumiputra yang mundur ketika itu. Kemudian pada 1966 barulah ianya diberi dengan nama Majlis Amanah Rakyat. Jadi MARA tidak Lahir dari Dasar Ekonomi Baru. Sila kaji dulu sejarah sebelum berkata-kata. DEB cuma memperkasakan lagi institusi ini. Namun ia tidak lahir dari DEB. DEB dilancarkan pada 1971 oleh Tun Abdul Razak.

Pada hemat saya, UiTM dan MARA adalah tanggungjawab kerajaan. Kenapa British yang menjajah kita pun sedar untuk mewujudkan RIDA? kerana atas dasar tanggungjawab. 

Seluruh sistem di negara kita telah korup dan telah diracuni oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa mereka. Apabila saya balik dari UiTM, saya pulang ke Kedah bekerja dan niat di hati nak bantu memperjuangkan perjuangan anak bangsa melalui UMNO sebagai wadah perjuangan. Ternyata harapan saya meleset kerana saya lihat UMNO menjadi platform bagi mereka yang nak kejar dunia dan harta bagi poket mereka. Salah seorang pemimpin tertinggi UMNO Kedah berkata kepada saya, Hidayat, kalau kamu nak bawa ideologi UiTM kamu di peringkat cawangan dan bahagian tak payahlah. UMNO is very territory-based party. Jadi apa guna Kerajaan UMNO hantar saya belajar tinggi-tinggi kalau saya tak boleh nak ubah sistem yang salah. Nak betulkan menjadi baik? jadi saya kira apa guna saya bersama UMNO, lebih baik saya keluar dan berjuang bersama ISLAM.....

Kami menyokong pembangkang bukan bererti kami tak sayang kepada negara. kerana kami sayanglah kami menyokong Pakatan Rakyat untuk kami menjahanamkan kamu pemimpin UMNO yang rakus dengan kuasa dan harta. Kami sayang negara kami. Kami mahu yang terbaik kepada negara kami. Apa yang kamu dah sediakan memang tanggungjawab kamu sebagai Kerajaan. Kamu bukan Kerajaan untuk ahli UMNO sahaja. Kamu Kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia... Sudah-sudahlah dengan permainan kamu bahawa UMNO lah pejuang segala-galanya....

UITM dan MARA adalah tanggungjawab kamu sebagai Kerajaan untuk Membela MELAYU dan ISLAM. Andai ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir negara ini pun, saya tidak akan sekali-kali membenarkan MARA Dibubar atau dirombak dan jika anda tengok buku jingga didalam resolusi Pakatan Rakyat, Perkara 152 dan 153 iaitu Hak Keistimewaan Orang Melayu akan terus dibela dan dijunjung dan resolusi ini ditandatangani oleh 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP jadi jangan nak pandai-pandai nak racun dan guna taktik lapuk bahawa kalau tak ada UMNO siapa nak bela Melayu....

Saya menyokong penuh akan calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan ini dan saya harap PAS dapat mentarbiyah calon ini bagi menjadi muslimat yang lebih baik dan dapat menerima perjuangan kita.

sumber rujukan : www.mara.gov.my 

Sekian, 

Salam Perjuangan...

Galeri 


Penulis Ketika Menyampaikan Ucapan Perasmian Program Usahawan Tani di UiTM Kampus Melaka



Ketika Menerima Ijazah Sarjana Muda oleh Pro Canselor UiTM Prof Arshad Ayub

Tuesday, May 13, 2014

Wayang Pacak Ganu Kite Dan Abdul Wahub....


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan-rakan bloggers yang dikasihi.

Kupasan saya pada kali ini adalah berkenaan isu kemelut politik di Terengganu. Senario di Terengganu umpama Wayang Pacak yang ditayangkan kepada umum dan hakikatnya tidak seperti yang ditayangkan.


Kita digemparkan dengan betapa kecewanya Robing Hood (Robin Hood) Ganu Kite DS Ahmad Said yang kecewa apabila didesak meletakkan jawatan dan seterusnya beliau dan 2 lagi ADUN telah mengishtiharkan diri mereka keluar dari UMNO. 

Kelmarin kita dapat tahu bahawa ADUN Bukit Besi menarik semula suratnya untuk keluar dari UMNO. Dan katanya bakal diikuti oleh seorang lagi ADUN. Ini dilakukan setelah mereka mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan UMNO di Kuala Lumpur. 

Mengetahui perkara ini, saya langsung tidak terkejut. Sebagai Bekas Ahli UMNO dan terlibat dalam kempen pemilihan Pemuda ketika perlawanan 3 Penjuru (KJ, Khir Toyo & Mukhriz Mahathir), saya tahu cara SOP mereka dalam pemilihan... Semuanya kerana $$$... Ya, itulah UMNO, tak ada duit maka bukan UMNO namanya...


Melihat akan senario di Terengganu teringat saya akan satu kenyataan yang dibuat oleh anak Ismit Ulam Raja iaitu Abdul Wahub, Katanya kepada Ghasidah anak Sadiq Segaraga, "Bapak di sana tu Penyamun, Abang-abang Disini tu penyangak, dah kena dah Penyamun jual Penyangak, Apa salahnya"...

Moralnya adalah :

" Tidak ada cara lain lagi untuk selamatkan Malaysia ini, UBAH... UBAH dan UBAH" ini sahaja yang dapat menyelamatkan negara kita daripada kerajaan yang serba korup dan bertuhankan duit ini... 

Sekian....