Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Bubar Secara Rasmi 03-04-2013 - Malaysia Mengundi.....






Alhamdulillah tepat jam 11.30 pagi tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak iaitu Pembubaran Parlimen Malaysia. Untuk rekod, pada tarikh ini empat tahun yang lalu juga merupakan hari mengangkat sumpah dan perishtiharan jawatan Perdana Menteri oleh beliau.

Sehubungan dengan itu, kronologi PRU 13 akan berjalan seperti berikut:- *


3.4.13 parlimen bubar
8.4.13 SPR meeting
6.4.13 pelancaran manifesto BN di stadium merdeka
14.4.13 Penamaan calon
27.4.13 Pengundian


*tertaluk kepada perubahan yang akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dengan rasminya Blog Kisah Sebuah Bangsa juga akan bergiat aktif dari masa ke semasa untuk menyampaikan apa juga isu dan perkembangan tentang PRU-13.

Selamat berkempen semua... 


Monday, October 8, 2012

Salam Muqadimmah 2012... Selamat datang kembali ke Blog Kisah Sebuah Bangsa...





Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog Kisah Sebuah Bangsa, pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana agak lama saya tidak mengemaskini blog saya. 

Untuk Pengetahuan para pengikut blog Kisah Sebuah Bangsa sejak tahun 2008 dulu, saya telah pun berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Umar Ubaidullah bin Mohd Hidayat yang dilahirkan pada 13-Januari-2012. 

Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga dan kehidupan yang baik sekarang. Saya kini bekerja di Utara tanah air dan membantu menjaga amanah perniagaan keluarga, Andai diantara pembaca blog saya sampai ke bumi Pulau Pinang atau Kedah, boleh hubungi saya untuk singgah bertemu mengenal antara satu sama lain. 

Pada entri yang seterusnya iaitu entri sulung pada tahun 2012, saya ingin mengupas berkenaan dengan Bajet 2013 yang dibentang oleh Kerajaan dan juga oleh Pakatan Rakyat. Saya akan menganalisan dari kacamata saya sebagai rakyat Malaysia dan juga secara akademik kerana saya juga mempunyai sedikit sebanyak ilmu berkenaan dengan ekonomi….

Salam Muqadimmah dari saya,
CHE Dayat serta keluarga… 

Gambar 1 - Saya dan Isteri 
Gambar 2 - Anak saya

Thursday, August 4, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia buat semua.

Admin blog KSB ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Terima Kasih kerana terus menyokong blog ini sebagai wadah penjana ilmiah buat semua. Admin ingin menghulurkan 10 jari memohon maaf andai ada tersilap kata, terkasar bicara, tersalah cerita sepanjang penglibatan saya didalam arena blog ini.

Mari kita sama-sama menjadikan Ramadhan ini satu Ramadhan yang diberkati oleh Allah dan agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini.

Selamat Beribadah Semua....

Sekian

Wasalam

*Penulis bersama Pengarah UiTM Melaka (Datuk Dr Mizan Bin Hitam) Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Exco Persatuan Pelajar Pemasaran sekitar tahun 2007

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0, Ambiga, Anwar... Kamu Tiada Tempat Di Bumi Bertuah Ini...


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada para pembaca dan rakan-rakan bloggers. Agak lama benar saya tidak update blog saya ini. Entah ada yang masih ingat atau dah lupa. Apa pun saya berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepada saya selama ini.

Pada entri kali ini saya ingin mengulas tentang kekecohan dan huru-hara yang melanda arus politik negara kita mutakhir ini. Saya merasakan dah sampai masanya kita semua bersatu hati menolak budaya politik jalanan, murahan yang cuba dianjurkan oleh Anwar Ibrahim.

Jadilah warga negara yang bersyukur, sesungguhnya Allah S.W.T sayangkan kita hingga memberikan keamanan, kebebasan, keselamatan dari sebarang mala petaka bencana alam. Kita juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berjasa kepada rakyat. Tolak tepi yang rasuah dan apa saja, tetapi adakah rakyat kita ditembak sesuka hati oleh Kerajaan? Anwar Ibrahim pun diberi layanan VIP semasa didalam Penjara dulu.

Ambiga pula seorang wanita menjadi peguam, lahir didalam negara yang aman damai, tanpa ada prejudis terhadap mana-mana kaum, Ambiga juga diberi gelaran Datuk. Tak cukup lagikah nikmat yang dirasai oleh dia ni?

Wahai Ambiga dan Anwar, sesungguhnya kamu tiada tempat di bumi yang bertua ini, kamu hanya mahu menghuru-harakan negara ini demi kepentingan kamu sendiri. Sanggup kamu melihat rakyat kita berdemonstrasi di jalanan kena tembak dengan gas pemedih mata dan air. Insaflah, jangan sampai melayu bangkit dan 13 Mei berulang.

Sama-sama kita menjadi Rakyat yang bersyukur. Berterimakasih kepada Kerajaan dan Bersyukur Kepada Allah Taala.


KATAKAN TIDAK PADA BUDAYA POLITIK JALANAN!

Wasalam.

Sunday, April 17, 2011

Salam Mukadimah & Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. saya ucapkan kepada para pembaca serta rakan-rakan bloggers sekalian. Harap semuanya berada didalam rahmat dan InayahNya.

Agak lama benar saya tidak aktif di arena penulisan dan blog. Ini disebabkan oleh kesibukkan tugas dan juga baru sahaja menamatkan zaman bujan saya pada 11 March 2011.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat didalam majlis pertunangan, rombongan ke Kota Bharu dan Walimah saya di Kepala Batas. Sesungguhnya budi kalian amatlah dihargai.

Saya bercadang untuk kembali aktif di arena blog ini dan pastinya segala isu-isu semasa akan dikupas dengan intelek dan tanpa prejudis. Saya mengalu-alukan kedatangan pengunjung blog ini dan harapan saya agar hit untuk blog ini akan kembali menyinar seperti di waktu kerancakkan blog ini.

Ampun dan maaf dipinta andai entri-entri saya sebelum ini ada yang melukakan hati dan perasaan kerana kebenaran haruslah diterangkan walaupun pahit harus ditelan jua.

Salam perjuangan kepada semua...

Wassalam.

Saturday, October 30, 2010

Selamat Pengantin Baru Azli Shukri

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua pembaca dan rakan bloggers sekalian. Rasanya agak lama saya tidak aktif didalam arena blog. Saya akan berusaha untuk aktifkan kembali blog ini di masa terdekat.

Pada kali ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat rakan blogger saya iaitu saudara Azli Shukri. (http://www.azlishukri.com). Semoga ikatan kasih yang dijalin akan kekal hingga ke akhir hayat Insyaallah.

Kepada Semua rakan bloggers yang dijemput, insyaallah kita akan berjumpa di Majlis Azli esok.

Sekian,

Hidayat Rashid

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan bloggers dan para pembaca sekalian. Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa tersalah bicara. Blog Kisah Sebuah Bangsa akan menemui para pembaca dengan nafas baru dalam seminggu dua lagi.
Salam Dari moderator Blog:


Hidayat Rashid