Umno juga kini menjadi sebuah parti yang in-denial dimana menafikan hakikat yang mereka tempuhi.. UMNO harus terima hakikat bahawa UMNO bukan lagi menjadi wadah perjuangan orang melayu masa kini. tidak seperti tujuan asal penubuhan PEKEMBAR (UMNO) iaitu untuk menjadi wadah bagi umat Melayu Islam untuk memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara. Oleh sebab pemimpin UMNO masih menafikan hakikat ini.. maka terjadilah apa yang kita namakan Tsunami Politik didalam PRU ke 12 yang lalu.. Dan Pemimpin UMNO masih lagi In-Denial mengatakan mereka menang.. hakikatnya mereka telah kehilangan bukan sahaja 6 negeri kepada pembangkang, malahan kepercayaan akar umbi terhadap kepimpinan parti juga telah hilang..
Inilah yang menjadikan Tun Dr M dan ramai lagi akar umbi resah dan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti sehingga Pak Lah meletak Jawatan.. Ini kerana UMNO masa kini sudah tidak relevan lagi kepada orang Melayu.. Sebagai orang yang sayangkan parti, kadang kala kita harus mengambil tindakan di luar jangkaan kita untuk menyelamatkan parti yang dicintai..
Itu sajalah komen saya.. saya akan kupas lagi mengenai dimana silapnya UMNO sehingga menjadi kucar-kacir seperti sekarang didalam posting saya yang berikut...