Saturday, October 30, 2010

Selamat Pengantin Baru Azli Shukri

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua pembaca dan rakan bloggers sekalian. Rasanya agak lama saya tidak aktif didalam arena blog. Saya akan berusaha untuk aktifkan kembali blog ini di masa terdekat.

Pada kali ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat rakan blogger saya iaitu saudara Azli Shukri. (http://www.azlishukri.com). Semoga ikatan kasih yang dijalin akan kekal hingga ke akhir hayat Insyaallah.

Kepada Semua rakan bloggers yang dijemput, insyaallah kita akan berjumpa di Majlis Azli esok.

Sekian,

Hidayat Rashid

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan bloggers dan para pembaca sekalian. Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa tersalah bicara. Blog Kisah Sebuah Bangsa akan menemui para pembaca dengan nafas baru dalam seminggu dua lagi.
Salam Dari moderator Blog:


Hidayat Rashid

Friday, August 13, 2010

Marhaban Ya Ramadhan


Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca dan rakan-rakan bloggers. Blog ini akan kembali beroperasi mulai minggu depan. Nantikan entri-entri yang menarik di Kisah Sebuah Bangsa...

Sekian.

Saturday, February 27, 2010

Semakin Hari Manusia Menjadi Semakin Kejam.. Mengapa?


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada kali ini saya ingin mengupas isu-isu nasional kita yang mutakhir ini semakin hari semakin kejam masyarakat kita ini. Mengapa?

1) Kes bapa meliwat bayinya yang berusia hanya 5 bulan. Saya tidak tergamak hendak menulis berkenaan ini kerana membayangkan betapa teraseksanya bayi tersebut angkara perbuatan keji bapanya itu.

2) Kes seorang kanak-kanak yang disepak seperti bola oleh kekasih ibunya. Orang ramai yang berada disekeliling hanya mampu melihat saja.


3) Kes pembunuhan/ pengguguran anak di sebuah sekolah memandu di Segamat.
Ini adalah 3 kes dari banyak kes-kes penderaan, pembunuhan dan penyiksaan yang berlaku didalam masyarakat kita. Apa sudah jadi kepada masyarakat Malaysia mutakhir ini? Paling menyedihkan saya adalah kerana yang terlibat didalam semua ini adalah dikalangan masyarakat melayu islam. Ulasan saya mudah saja.

Masyarakat kita sudah tidak lagi berpegang teguh kepada ajaran Agama kita. Sudah lari dari norma-norma kehidupan sebagai seorang insan. Saya juga merasakan bahawa penularan najis dadah yang berleluasa juga menjadi faktor keruntuhan moral dan akhlak masyarakat kita. Bersekudukan dan zina sudah menjadi perkara biasa didalam negara kita kini. Orang melayu islam minum arak juga sudah menjadi kebanggaan anak-anak melayu kita masa kini. Apa yang ditakutkan adalah masyarakat kita masa kini sudah menjadi semakin tamak!!! Tamak bukan sahaja dari aspek $$$ tetapi juga tamak dengan hanya mahu mengambil berat tentang diri sendiri sahaja tanpa mempedulikan orang lain.
Mengupas berkenaan isu penderaan kanak-kanak sehingga mati baru-baru ini, saya amat MARAH dengan sikap orang-orang yang hanya tengok saja kanak-kanak itu disepak, diterajang oleh kekasih ibunya. Dengan hanya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak masuk campur, lelaki Syaitan ini mempunyai "lesen" untuk membunuh anaknya. Tidak logik sama sekali takkanlah 3-4 orang tidak boleh menghalang lelaki tersebut??? ini yang menjadi persoalannya. Mentaliti rakyat negara ini juga nampaknya semakin ke belakang. Seolah-olah Bodoh sehingga hilang pedoman. Contohnya apabila berlaku kemalangan, jalan menjadi sesak teruk kerana pemandu-pemandu yang bodoh hanya mahu tengok apa yang terjadi. (akan kupas di posting lain).

Pemimpin-pemimpin kita juga tidak mengira parti baik kerajaan atau pembangkang kini hanya sibuk mahu tunjuk siapa hebat, siapa menang sahaja. Isu-isu rakyat tidak mahu diambil berat.
Konklusi saya, Masyarakat kita perlu berubah dan pemimpin juga MESTI turun padang bukan melawat sebagai VIP tetapi menyelami permasalahan rakyat. Isu Moral dan akhlak juga tidak harus diambil enteng. Perlu cari pendekatan bagaimana mahu menangani masalah ini. Sekian, Kita akan bertemu lagi di posting yang akan datang. Wassalam.

Thursday, February 25, 2010

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia. Selamat Menyambut Maulidur Rasul...


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Say, moderator blog Kisah Sebuah Bangsa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul dan moga kita berolah keberkatan dan menambahkan rasa cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W. Sekian.

Monday, February 15, 2010

Selamat Tahun Baru Cina.. Gong Xi Fa Cai.. Sambutan dengan semangat 1Malaysia...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca dan rakan-rakan bloggers sekalian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan yang berketurunan Cina. Sama-sama kita menyambutnya dengan Semangat Gagasan 1Malaysia...

Dan kepada yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati. Ingat orang yang tersyang dan ingat sama nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Sekian.

Tuesday, February 9, 2010

Tahniah BN dan Tahniah Datuk Seri Zambry...


Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada para pembaca dan rakan-rakan bloggers. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan kemenangan BN dan UMNO di negeri Perak Darul Ridzuan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada MB Perak yang SAH iaitu Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang begitu sabar sekali menangani isu di Perak selama ini. Dengan kerenah pembangkang yang seperi budak-budak malah lebih teruk lagi, (Kalau budak, ketuk je kepala terus dengar kata)... Didalam isu ini saya dapat liat pembangkang begitu marah apabila mahkamah memutuskan bertentangan dengan mereka.

Di kala mahkamah menyebelahi mereka, mereka amat takbur sekali dan apabila ditanya oleh wartawan, DS Nizar dengan angkuh menjawab bahawa mereka akan menang didalam kes ini.
Berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh DS Zambry yang hanya redha sahaja dengan apa jua keputusan mahkamah. Saya melihat isu ini dari perspektif yang berbeza sedikit. Saya gembira kerana bukan DS Nizar yang memenangi kes ini. Kerana saya melihat DS Nizar nampak seperti terkongkong. Yalah, kita semua maklum bahawa faktor kemenangan PR pada PRU pada 2008 adalah kerana undi kaum bukan melayu yang mengundi DAP dan sebagainya. Majoriti Melayu di Perak sudah tiada dan DS Nizar dilantik menjadi MB kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mensyaratkan MB mestilah dari orang Melayu dan Islam. Mujurlah kita mempunyai institusi Raja yang menjadi Benteng terakhir bagi kaum Melayu. Dan dikala DS Nizar menjadi MB, banyak keputusan yang dibuat oleh beliau tampak dipengaruhi oleh 2 orang Bodyguardnya yang setia iaitu Nga dan Ngeh.

PR tidak boleh mentadbir dengan adil kerana asasnya parti-parti komponen PR ini bukanlah seperti BN. Mereka mempunyai agenda yang jauh berbeza sama sekali. PAS selama ini memperjuangkan Islam, DAP selama ini memang mahukan negara Republik seperti Singapura dan PKR merupakan parti sisipan sampah-sampah dari UMNO yang tidak dapat apa yang mereka mahukan lalu menubuhkan PKR bagi mencapai kepentingan mereka sendiri. Berbeza dengan Komponen utama BN yang mana ianya ditubuhkan memang atas dasar memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat. UMNO ditubuhkan bagi melindungi Melayu dan Islam dan juga mengetuai didalam misi kemerdekaan, MCA ditubuhkan bagi membela nasib masyarakat Cina dan MIC pula bagi masyarakat India. ketiga-tiga komponen ini selama ini mentadbir dengan baik sekali dimana mereka menerima UMNO sebagai dominan dan UMNO pula berlaku adil kepada kaum-kaum yang lain. Ada toleransi yang amat baik oleh ketiga-ketiga komponen ini.
Faktor kekalahan BN pada PRU yang lalu adalah kerana kelemahan pemimpin atasan yang tidak langsung mahu turun ke padang bagi melihat dan menyelesaikan masalah dan suara rakyat. Tetapi saya lihat dengan pendekatan DS Najib dengan Gagasan 1 Malaysia ini dan sikap beliau yang mudah mendekati rakyat yang diwarisi dari bapanya mampu menguatkan BN. UMNO juga telah diberi suntikan semangat baru dan kini tiba giliran MCA dan MIC memperbaiki diri mereka didalam memperkukuhkan kedudukan mereka.

Berbalik kepada negeri Perak, Saya lihat kemenangan DS Zambry adalah petunjuk dari Allah S.W.T bahawa memang selama ini DS Zambry melakukan kerjanya dengan betul maka dengan izin Allah, DS Zambry kekal sebagai pemimpin di Negeri Perak. Saya juga melihat DS Zambry banyak mengambil pendekatan "safe" dan "intellectual" ketika menguruskan Perak.

Tahniah DS Zambry!
Saya amat berharap agar BN dibawah pimpinan DS Zambry di Perak dapat meneruskan perjuangan dan teruslah mendekati rakyat dan semoga niat kita yang ikhlas ini akan diberkati oleh Allah S.W.T dan kepada rakyat di negeri Perak saya doakan agar anda semua diberkati dan dirahmati olehNya InsyaAllah...

1) Penulis bergambar bersama DS Zambry pada satu Majlis di Kuala Lumpur.Justify Full

Saturday, January 30, 2010

Gagasan 1 Malaysia... Realiti atau Fantasi?



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Ini berikutan terlalu banyak isu sehinggakan saya tidak sempat nak menghuraikan satu persatu. Tetapi saya rasa terpanggil untuk menulis berkenaan Gagasan Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Kita DS Najib Tun Razak. Apa yang saya lihat, idea gagasan 1 Malaysia amat bagus sekali diamana ianya menekankan tentang prestasi dan mendahulukan rakyat.

Akan tetapi, apa yang ingin saya persoalkan adalah cara penyampaian atau "Delivery" oleh pelaksana-pelaksana daripada idea Gagasan 1 Malaysia ini. Pelaksana ini termasuklah Para Pegawai-pegawai Tadbir Kerajaan, Kementerian dan juga Menteri Kabinet. Sekalipun pemimpin utama negara mempunyai idea yang cukup baik untuk mengubah dan mentransformasikan Kerajaan, ianya tidak lengkap tanpa penyampaian "on the ground" yang efektif. Inilah persoalan besarnya, adakah aktiviti di padang @ dibawah @ "on the ground" cukup signifikan bagi merealisasikan idea @ Gagasan 1 Malaysia ini?

Apa yang saya lihat, di kebanyakkan kementerian lebih banyak mahu membodek rakyat dan mudah tunduk dengan apa saja tuntutan tanpa memikirkan akibatnya. Oleh sebab itulah kita lihat bermacam-macam isu pelik-pelik yang timbul mutakhir ini antaranya isu penggunaan Kalimah Allah. Saya tidak mahu komen berkenaan isu ini kerana saya sendiri tidak mempunyai ilmu yang cukup bagi mengeluarkan hujah bagi isu ini. Biarlah Majlis Fatwa, para alim ulama' dan umara' yang berhujah dan saya sebagai orang awam akan menuruti yang mana baik. Sebagai sebuah kerajaan, pihak kerajaan tidak perlu tunduk kepada gesaan rakyat tetapi membuat keputusan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara ini... Keputusan mestilah bersifat holistik kerana sebagai kerajaan, keputusan yang dibuat akan melibatkan semua. Pihak kerajaan tidak boleh berfikiran mikro tetapi berfikiran makro didalam menangani sesebuah isu dan masalah.

Saya lihat Gagasan 1 Malaysia ini sebagai realistik tetapi ada batasannya dan juga ada ruang yang boleh diperbaiki. Teruskan usaha murni anda DS Najib dan moga UMNO dan BN akan kembali kukuh pada PRU yang akan datang... Insyaallah.

Gambar atas: 1) Logo 1 Malaysia, 2) Penulis bersama Timbalan Perdana Menteri.

Sembah Takziah.... Al Fatihah

Saya di blog Kisah Sebuah Bangsa ingin mengucapkan sembah takziah dan penuh kemasyulan diatas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, diatas kemangkatan baginda ke rahmatullah. Semoga roh almarhum baginda dicucuri rahmat.

Al Fatihah...