Thursday, August 4, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia buat semua.

Admin blog KSB ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Terima Kasih kerana terus menyokong blog ini sebagai wadah penjana ilmiah buat semua. Admin ingin menghulurkan 10 jari memohon maaf andai ada tersilap kata, terkasar bicara, tersalah cerita sepanjang penglibatan saya didalam arena blog ini.

Mari kita sama-sama menjadikan Ramadhan ini satu Ramadhan yang diberkati oleh Allah dan agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini.

Selamat Beribadah Semua....

Sekian

Wasalam

*Penulis bersama Pengarah UiTM Melaka (Datuk Dr Mizan Bin Hitam) Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Exco Persatuan Pelajar Pemasaran sekitar tahun 2007

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0, Ambiga, Anwar... Kamu Tiada Tempat Di Bumi Bertuah Ini...


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada para pembaca dan rakan-rakan bloggers. Agak lama benar saya tidak update blog saya ini. Entah ada yang masih ingat atau dah lupa. Apa pun saya berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepada saya selama ini.

Pada entri kali ini saya ingin mengulas tentang kekecohan dan huru-hara yang melanda arus politik negara kita mutakhir ini. Saya merasakan dah sampai masanya kita semua bersatu hati menolak budaya politik jalanan, murahan yang cuba dianjurkan oleh Anwar Ibrahim.

Jadilah warga negara yang bersyukur, sesungguhnya Allah S.W.T sayangkan kita hingga memberikan keamanan, kebebasan, keselamatan dari sebarang mala petaka bencana alam. Kita juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berjasa kepada rakyat. Tolak tepi yang rasuah dan apa saja, tetapi adakah rakyat kita ditembak sesuka hati oleh Kerajaan? Anwar Ibrahim pun diberi layanan VIP semasa didalam Penjara dulu.

Ambiga pula seorang wanita menjadi peguam, lahir didalam negara yang aman damai, tanpa ada prejudis terhadap mana-mana kaum, Ambiga juga diberi gelaran Datuk. Tak cukup lagikah nikmat yang dirasai oleh dia ni?

Wahai Ambiga dan Anwar, sesungguhnya kamu tiada tempat di bumi yang bertua ini, kamu hanya mahu menghuru-harakan negara ini demi kepentingan kamu sendiri. Sanggup kamu melihat rakyat kita berdemonstrasi di jalanan kena tembak dengan gas pemedih mata dan air. Insaflah, jangan sampai melayu bangkit dan 13 Mei berulang.

Sama-sama kita menjadi Rakyat yang bersyukur. Berterimakasih kepada Kerajaan dan Bersyukur Kepada Allah Taala.


KATAKAN TIDAK PADA BUDAYA POLITIK JALANAN!

Wasalam.

Sunday, April 17, 2011

Salam Mukadimah & Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. saya ucapkan kepada para pembaca serta rakan-rakan bloggers sekalian. Harap semuanya berada didalam rahmat dan InayahNya.

Agak lama benar saya tidak aktif di arena penulisan dan blog. Ini disebabkan oleh kesibukkan tugas dan juga baru sahaja menamatkan zaman bujan saya pada 11 March 2011.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat didalam majlis pertunangan, rombongan ke Kota Bharu dan Walimah saya di Kepala Batas. Sesungguhnya budi kalian amatlah dihargai.

Saya bercadang untuk kembali aktif di arena blog ini dan pastinya segala isu-isu semasa akan dikupas dengan intelek dan tanpa prejudis. Saya mengalu-alukan kedatangan pengunjung blog ini dan harapan saya agar hit untuk blog ini akan kembali menyinar seperti di waktu kerancakkan blog ini.

Ampun dan maaf dipinta andai entri-entri saya sebelum ini ada yang melukakan hati dan perasaan kerana kebenaran haruslah diterangkan walaupun pahit harus ditelan jua.

Salam perjuangan kepada semua...

Wassalam.

Saturday, October 30, 2010

Selamat Pengantin Baru Azli Shukri

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua pembaca dan rakan bloggers sekalian. Rasanya agak lama saya tidak aktif didalam arena blog. Saya akan berusaha untuk aktifkan kembali blog ini di masa terdekat.

Pada kali ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat rakan blogger saya iaitu saudara Azli Shukri. (http://www.azlishukri.com). Semoga ikatan kasih yang dijalin akan kekal hingga ke akhir hayat Insyaallah.

Kepada Semua rakan bloggers yang dijemput, insyaallah kita akan berjumpa di Majlis Azli esok.

Sekian,

Hidayat Rashid

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan bloggers dan para pembaca sekalian. Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa tersalah bicara. Blog Kisah Sebuah Bangsa akan menemui para pembaca dengan nafas baru dalam seminggu dua lagi.
Salam Dari moderator Blog:


Hidayat Rashid

Friday, August 13, 2010

Marhaban Ya Ramadhan


Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca dan rakan-rakan bloggers. Blog ini akan kembali beroperasi mulai minggu depan. Nantikan entri-entri yang menarik di Kisah Sebuah Bangsa...

Sekian.

Saturday, February 27, 2010

Semakin Hari Manusia Menjadi Semakin Kejam.. Mengapa?


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada kali ini saya ingin mengupas isu-isu nasional kita yang mutakhir ini semakin hari semakin kejam masyarakat kita ini. Mengapa?

1) Kes bapa meliwat bayinya yang berusia hanya 5 bulan. Saya tidak tergamak hendak menulis berkenaan ini kerana membayangkan betapa teraseksanya bayi tersebut angkara perbuatan keji bapanya itu.

2) Kes seorang kanak-kanak yang disepak seperti bola oleh kekasih ibunya. Orang ramai yang berada disekeliling hanya mampu melihat saja.


3) Kes pembunuhan/ pengguguran anak di sebuah sekolah memandu di Segamat.
Ini adalah 3 kes dari banyak kes-kes penderaan, pembunuhan dan penyiksaan yang berlaku didalam masyarakat kita. Apa sudah jadi kepada masyarakat Malaysia mutakhir ini? Paling menyedihkan saya adalah kerana yang terlibat didalam semua ini adalah dikalangan masyarakat melayu islam. Ulasan saya mudah saja.

Masyarakat kita sudah tidak lagi berpegang teguh kepada ajaran Agama kita. Sudah lari dari norma-norma kehidupan sebagai seorang insan. Saya juga merasakan bahawa penularan najis dadah yang berleluasa juga menjadi faktor keruntuhan moral dan akhlak masyarakat kita. Bersekudukan dan zina sudah menjadi perkara biasa didalam negara kita kini. Orang melayu islam minum arak juga sudah menjadi kebanggaan anak-anak melayu kita masa kini. Apa yang ditakutkan adalah masyarakat kita masa kini sudah menjadi semakin tamak!!! Tamak bukan sahaja dari aspek $$$ tetapi juga tamak dengan hanya mahu mengambil berat tentang diri sendiri sahaja tanpa mempedulikan orang lain.
Mengupas berkenaan isu penderaan kanak-kanak sehingga mati baru-baru ini, saya amat MARAH dengan sikap orang-orang yang hanya tengok saja kanak-kanak itu disepak, diterajang oleh kekasih ibunya. Dengan hanya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak masuk campur, lelaki Syaitan ini mempunyai "lesen" untuk membunuh anaknya. Tidak logik sama sekali takkanlah 3-4 orang tidak boleh menghalang lelaki tersebut??? ini yang menjadi persoalannya. Mentaliti rakyat negara ini juga nampaknya semakin ke belakang. Seolah-olah Bodoh sehingga hilang pedoman. Contohnya apabila berlaku kemalangan, jalan menjadi sesak teruk kerana pemandu-pemandu yang bodoh hanya mahu tengok apa yang terjadi. (akan kupas di posting lain).

Pemimpin-pemimpin kita juga tidak mengira parti baik kerajaan atau pembangkang kini hanya sibuk mahu tunjuk siapa hebat, siapa menang sahaja. Isu-isu rakyat tidak mahu diambil berat.
Konklusi saya, Masyarakat kita perlu berubah dan pemimpin juga MESTI turun padang bukan melawat sebagai VIP tetapi menyelami permasalahan rakyat. Isu Moral dan akhlak juga tidak harus diambil enteng. Perlu cari pendekatan bagaimana mahu menangani masalah ini. Sekian, Kita akan bertemu lagi di posting yang akan datang. Wassalam.