Friday, December 26, 2008

Selamat Tinggal 1429... Selamat Datang 1430.. Signifikan Maal Hijrah


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Kita bakal meninggalkan tahun Hijrah 1429 dalam masa beberapa hari lagi. Waktu Maghrib pada Ahad ini menandakan Tibanya tahun baru bagi Kalendar Umat Islam iaitu 1430 Hijrah.

Apabila tiba 1 Muharram, kita semua maklum bahawa itulah tarikh keramat Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah. Inilah yang menyebabkan kita menerima ajaran Islam. Hijrah ini sungguh besar maknanya. Bukan sahaja berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi juga berhijrah dengan membawa kejayaan. Nabi Muhammad telah membuktikan melalui Hijrah, Baginda dapat menyebarkan Syiar Islam sehingga kini yang Umatnya mencapai lebih 2 Billion seluruh Dunia. Didalam kehidupan kita, kita juga memerlukan penghijrahan.

Penghijrahan kepada yang baik kepada yang lebih baik. Inilah masa untuk kita berubah. Inilah masanya untuk kita muhasabah diri dan memikirkan untuk melakukan Penghijrahan Rohani dan Jasmani demi kebaikan bersama.


Kepada semua pembaca dan rakan bloggers Kisah Sebuah Bangsa, saya ingin mengucapkan Selamat Menghayati Tahun Baru 1430. Kita muhasabah diri kita, dan buat perancangan bahawa Tahun 1430 Hijrah haruslah lebih baik dari 1429 Hijrah.
Sekian.

Thursday, December 18, 2008

Perihal Usahawan Melayu (Kesinambungan dari posting Usahawan Melayu Mencari Jalan Pulang oleh Azli Shukri)


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca serta sahabat bloggers sekalian. Kali ini saya akan mengupas berkenaan dengan perihal Dunia Keusahawanan Melayu. Dimaklumkan bahawa ini adalah kesinambungan daripada tulisan sahabat blogger saya, Saudara Azli Shukri yang bertajuk Usahawan Melayu Mencari Jalan Pulang. Kupasan saya pada kali ini adalah berdarsarkan pemerhatian saya sendiri dan melalui kursus dan seminar yang saya pernah hadiri.

Senario perniagaan di alam melayu


1) Orang Melayu ini, ideanya cukup banyak, jika bercakap, berkoyan-koyan idea dicurahkan. Sememangnya orang melayu mempunyai buah fikiran yang cukup kreatif didalam melemparkan idea dan jika brainstorming, pastinya idea-idea yang banyak akan dikeluarkan.

2) Mahu untung berjuta-juta tetapi takut ataupun kedekut untuk berbelanja demi kepentingan bisnes.

3) Menadah air yang menitik berbanding air yang mecurah-curah. Ini bermakna orang melayu suka mengambil kira perkara yang remeh temeh didalam perniagaan tanpa menyedari dan mengabaikan peluang didepan mata yang harus direbuti.

4) Mentaliti yang sempit dan suka mengambil jalan pintas tanpa mahu mengharungi liku-liku didalam dunia perniagaan. Jika kita lihat bangsa lain yang berniaga, mereka yang berjaya semuanya harus melalui pahit-jerih perniagaan, menempuh neraka dunia sebelum dapat mengecapi kemanisannya di hujung jalan.

5) Masih mempercayai BOMOH yang menentukan segalanya. Rata-rata usahawan Melayu gemar benar untuk mempercayai BOMOH. Sedangkan didalam Islam, Allah sendiri telah berfirman bahawa "Aku tidak akan menolong sesuatu Umat itu melainkan umat itu menolong dirinya sendiri". Firman ini jelas menunjukkan bahawa didalam Islam, kita haruslah BERUSAHA, IKHTIAR sehabis dan sebaik yang terdaya dan akhir sekali barulah kita bertawakkal kepadaNya mengharapkan usaha kita mendapat keberkatan dariNya.


6) Berfikiran sempit dan tidak mahu memikirkan dengan lebih luas. Suka menyalahkan orang lain berbanding untuk melihat cermin dan cermin tahap kemampuan dan pencapaian diri sendiri.


Kita haruslah menghapuskan elemen-elemen yang disebutkan tadi jika kita mahu berjaya dan mengangkat maruah bangsa kita yang semakin hari semakin merudum jatuh. Itulah yang sempat saya rumuskan hasil pemerhatian saya dan hasil bacaan di blog saudara Azli Shukri. saya akan kupas banyak lagi perihal usahawan melayu di posting akan datang.

Sekian.

* Penulis sewaktu mengemudi "Seminar on Sales and Managing Sales Force" di UiTM Melaka

Monday, December 15, 2008

Bukit Antarabangsa... Kita masih tidak belajar....


Assalamualaikum kepada para pembaca dan sahabat bloggers. Saya ingin memohon maaf kerana agak lama saya menyepi dan tidak update blog saya ini berikutan cuti dan saya berada di kampung halaman. Kali ini saya akan mengupas berkenaan dengan tragedi yang mengejutkan negara buat kali ke--- (yang tidak dapat dikira kerana perkara yang sama telah berlaku). Ya, kita masih tidak belajar lagi daripada tragedi Highland Towers yang berlaku lebih 10 tahun lalu. Bukan Highland Towers sahaja, selepas daripada kejadian tersebut, tragedi susulan berlaku dari masa ke semasa melibatkan kawasan sekitar Bukit berkenaan.

Mengapa kita masih belum sedar? Saya akan kupas satu-persatu.

1) Keadaan Tanah @ geografi di Malaysia sendiri tidak membenarkan kawasan bukit diusik dan ditarah. Ini kerana kawasan bukit di Malaysia adalah tanah laterit dengan kedalaman sebanyak lebih dari 20 kaki sehingga bertemu batu (jika terdapat batu). Jika tidak, Bukit itu sendiri terdiri dari tanah laterit semata-mata dan jika ditarah dan diusik, sememangnya akan berlaku pergerakan tanah yang mendadak.

2) Keadaan bukit di luar negara seperti Mekah ataupun Amerika berbeza kerana bukitnya adalah Bedrock atau Batu yang kukuh dan ini membolehkan bangunan dibina di tebing bukit mahupun di puncak bukit kerana keadaan struktur bukitnya yang kukuh.

3) Bukit Antarabangsa itu dahulunya dikenali sebagai Hutan Ampang. Satu-satunya kawasan hutan yang menadah air bagi Kawasan Lembah Kelang, Jadi keadaan tanah tersebut adalah sangat lembut dan tidak sesuai bagi pembinaan apa-apa bangunan di lereng atau diatasnya.

4) Kita mempunyai banyak Universiti dan Institutu Kajian, Jabatan Kerja Raya, IKRAM dan berapa ramai pakar yang sememangnya pakar berkenaan keadaan struktur tanah.

5) Undang-undang di Malaysia sudah elok, dengan spesifikasi dan syarat-syarat untuk memberi kelulusan menduduk.

Mengapa masih terjadinya tanah runtuh ini?

1) KORUPSI yang melanda negara.

2) Kesemua urusan negara baik dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain lagi adalah berlandaskan political action.

3) Walaupun kita mempunyai struktur jawatankuasa dan pakar-pakar, akhirnya, pembuat keputusan tetap orang politik yang mempunyai kuasa.

4) Adat resam di Malaysia, apabila sudah terjadi bencana baru kita hendak kelam-kabut mengarahkan IKRAM, Universiti untuk buat kajian. Mengapa tidak bersedia dahulu? Buat Kajian sebelum memberi kelulusan.

5) PERMINTAAN yang terlalu TINGGI oleh pengguna yang mahu duduk asing dari masyarakat dan memilih kawasan berbukit sebagai lambang status kekayaan mereka.

6) Ada banyak perkara yang telah kita lakukan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. Dengan masalah sosial, maksiat di sana-sini, hubungan sejenis yang menular, arak menjadi perkara biasa bagi muda-mudi dan macam-macam lagi perkara yang telah umat islam lakukan sehingga leka dan alpa akan dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Bagaimana mengatasi masalah ini?

1) Struktur kerajaan itu sendiri harus diberi reformasi. Pengasingan kuasa pembuat keputusan seperti ekonomi dan kelulusan projek-projek haruslah tidak ada kaitan dan hubungkait dengan mana-mana badan politik.

2) Pembuat keputusan haruslah bebas daripada apa-apa kepentingan peribadi atau tekanan dari mana-mana pihak.

3) Masyarakat sendiri perlu berubah. Sama-sama kurangkan permintaan terhadap rumah di kawasan bukit. Dengan kurangnya atau sifar permintaan bagi kawasan tersebut, maka tidak adalah pemaju yang tamak untuk merobek alam ini.

4) Dari sudut rohani, kita harus muhasabah diri dan kembali kepada jalan yang lurus dan benar, tanpa kita sedari masyaralat kita sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Sekian saja posting saya pada kali ini, harap ada pihak yang dapat menyampaikan suara saya ini kepada pihak yang sepatutnya untuk menjadi pengajaran bersama.

Thursday, December 4, 2008

Mengapa ketuanan Melayu sering dipersoalkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca serta sahabat bloggers sekalian. Sudah agak lama saya menyepi kerana berehat sebentar di musim cuti ini. Kali ini saya ingin membincangkan isu yang agak hangat diperkatakan dewasa ini iaitu ketuanan melayu. Kita dapat lihat kedudukan orang melayu pasca pilihanraya ke -12 yang lalu jatuh merudum. Baik dari segi politik, sosial dan pandangan dari kacamata bangsa lain, orang melayu dilihat terlalu lemah dan berada di kelas yang bawah. Mengapa terjadinya perkara seperti ini?


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mantan Menteri Kesihatan yang TERKENAL dengan Skandal Seksnya yang mempersoalkan konsep ketuanan Melayu. Saya berpendapat dia tidak berhak sama sekali untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu. Sudahlah sikap dan perangainya langsung tidak layak untuk dipanggil pemimpin dan kini berani pula hendak menjadi hero kosong bagi kepentingan peribadinya. Mengapa begitu lantang dia bersuara?


Saya berpendapat bahawa kita sebagai bangsa melayu islam harus renung dan muhasabah diri. Ahli polittik juga harus sedar akan kedudukan bangsa melayu masa kini. Saya tidak menyalahkan Bangsa lain, tetapi saya salahkan bangsa saya sendiri. Kita masih tidak sedar bahawa kitalah yang sebenarnya menghancurkan bangsa kita sendiri. Kita lihat saja "kehebatan" anak bangsa kita yang begitu asyik dengan dunia khayalan mereka. Malam minggu ke kelab malam, rempit dan video-video yang tidak senonoh semuanya merupakan barisan pelakon hebat dikalangan bangsa Melayu. Malah pelajar Universiti juga bersikap serupa. Sudahlah kita mendapat keistimewaan dengan adanya institusi seperti UiTM, Pelajar-pelajar yang telah mendapat peluang pula sibuk dengan Cinta dan khayalan mereka.

Inilah diantara punca mengapa ketuanan atau keistimewaan orang melayu sering dipersoalkan, kerana kita tidak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Kepada bangsaku, sedarlah dan bangunlah, mahukah kamu menjadi hamba di negaramu sendiri?? kalau tidak, sekaranglah masanya untuk kita berubah. Hari ini mestilah lebih baik daripada hari-hari yang lepas dan esok mestilah lebih baik dari hari ini.

Saya menulis ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau merasakan sayalah yang terbaik, tetapi saya menulis ini juga untuk berpesan kepada diri saya sendiri..

Sekian

Saturday, November 22, 2008

Kemelut Wanita UMNO??? Tepuk Dada Tanya Selera


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Semakin hari semakin panas dengan corat-coret di sana sini berkenaan dengan pemilihan UMNO. Dengan semakin berleluasanya politik wang dimana calon-calon sudah berani secara terang-terangan menggunakan sogokkan bagi mendapat pencalonan untuk jawatan-jawatan tertentu didalam UMNO, kita dikejutkan lagi dengan kemelut yang melanda sayap Wanita UMNO. Sehingga memaksa veteran UMNO, Ibu Aishah Ghani bersuara.

Pada pandangan saya, Tan Sri Rafidah Aziz melalui pelan peralihan kuasanya, masih berkeinginan memegang jawatan didalam kabinet. Itulah sebabnya beliau ingin sangat-sangat untuk berundur pada Jun 2009. Pada pandangan saya, pelan itu hanyalah gimik bagi menampakkan Rafidah ini baik. Akan tetapi akar umbi sudah muak akan pemimpin yang hanya pandai berlakon. Akar Umbi sudah semakin matang dan inginkan perubahan.

Sedangkan Tun Dr Mahathir boleh turun dan menyerahkan kuasanya sebagai PM dan Presiden UMNO kepada Pak Lah. Cubalah contohi sikap Tun yang menyedari perlunya perubahan didalam parti dan negara sebab itulah beliau mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Bukan saja di Malaysia malah Dunia pun sudah berubah dan mahukan perubahan.

Lihat saja di Amerika Syarikat dimana kempen Barack Obama yang mengguanakan tagline Change Is What We Need jelas telah berjaya menambat hati para pengundi.
Saya tidak menyalahkan Datuk Seri Shahrizat didalam keputusannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita kerana beliau nampak seolah-olah Tan Sri rafidah tidak Ikhlas didalam pelan peralihan kuasanya. Sepatutnya Tan Sri Rafidah mengubah tempoh pelan tersebut seiring dengan Presiden UMNO iaitu pada bulan Mac 2009.

Sekarang ini sudah terlambat. Perang sudah pun diishtiharkan dan cumanya, harapan saya janganlah akar umbi berpecah dan bertelagah sesama sendiri berkenaan dengan pertandingan ini. Pilihlah calon yang boleh membawa perubahan kepada parti kita. UMNO perlukan reformasi dan reformasi hanya boleh dicapai dengan peralihan kuasa kepada orang lain dan juga janganlah anda terpengaruh dengan politik wang yang sedang giat melanda parti kita ini. Fikirlah tentang nasib anak bangsa jika kita terus begini.

Renung-rengkanlah.

Salam Perjuangan.


Che Dayat

Sunday, November 16, 2008

Ekonomi masa kini.. apakah peranan ahli politik???



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat rakan-rakan bloggers yang mendoakan saya sempena mengharungi peperiksaan akhir semester.

Pada kali ini saya akan membincangkan berkenaan dengan keadaan ekonomi masa kini dan apakah peranan ahli politik didalam kemelut ini.

Seperti mana kita semua maklum, dunia kini sedang menghadapi saat yang paling getir iaitu kegawatan sistem kewangan dunia atau "Global financial turmoil" yang didefinasikan sebagai amat dasyat impaknya kepada ekonomi dunia. Impaknya lebih teruk daripada kegawatan yang melanda kita pada tahun 1997-1998. Ini kerana kegawatan yang berlaku pada tahun 1998 hanya mengakibatkan "currency" atau kadar tukaran asing dimana spekulator ataupun digelar penyangak matawang ini sentiasa keluar masuk duit didalam negara asean. Inilah yang menyebabkan kadar tukaran di negara asean menjunam.. Sudah tentulah ini menguntungkan penyangak matawang ini. Mereka membeli matawang Ringgit dsb dan menjualnya dengan kadar yang tinggi di pasaran antarabangsa. Tetapi itu kisah tahun 1998.

Kini, 2008 kita dikejutkan dengan berita muflisnya gergasi-gergasi pelaburan dan kewangan di Amerika dan Eropah yang hampir melumpuhkan ekonomi dan Dow Jones pada hari pengumuman penolakkan "bail-out" oleh kongres mengalami kerugian USD 150 trillion dalam satu malam. Ini adalah penjunaman yang amat buruk sejak kegawatan pada 1930. Ini berlaku kerana semua pelabur dan syarikat kewangan membekukan kitaran kewangan sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak mengalami kerugian.

Falsafah ekonomi kapitalis ini mudah saja, ianya umpama roda. Apabila satu roda kenderaan tersangkut dan tidak dapat berputar, maka kenderaan tidak boleh meneruskan perjalanan. Begitulah juga dengan sistem kapitalis apabila semua syarikat mula membekukan kewangan mereka, maka tidak ada benda atau bahan untuk diniagakan dan ini mengakibatkan kerugian.

Ekonomi Malaysia juga tidak terlepas daripada kegawatan ini. Walaupun media dan pak-pak menteri kita menyatakan bahawa kita akan terselamat itu hanyalah fantasi semata-mata. Ini kerana kita bergantung kepada pelabur asing atau Foreign Direct Investment yang memacu pertumbuhan ekonomi negara kita. Apabila kita menyebut FDI ini, maka sudah tentu syarikatnya adalah secara langsung berurusniaga secara global dan apabila kegawatan global berlaku, bagaimana syarikat ini akan bertahan? Akan tetapi saya tidaklah menyalahkan kerajaan kerana membuat kenyataan sebegitu. ianya membantu untuk mengekalkan keyakinan para pelabur untuk bertahan di negara ini.

Benar seperti didalam blog rakan saya Azli Shukri yang menyatakan punca krisis ini adalah berpunca dari sistem itu sendiri yang meletakkan kadar faedah/bunga yang tinggi sehingga peminjam tidak mampu untuk membayar pinjaman yang dibuat. Tambahan pula dengan tumbuhnya kad kredit umpama cendawan tumbuh selepas hujan yang menyebabkan manusia berbelanja lebih daripada apa yang mereka mampu.

Jadi, apakah peranan yang dimainkan oleh ahli politik didalam kekecelaruan ini? Di Amerika, sebelum mengahadapi pilihan raya, kongres mengambil pendekatan populis yang menolak cadangan "bail-out" yang dikemuakan oleh Bush. Setelah Dow Jones dan Wall Street menjunam teruk barulah mereka mengkaji semula cadangan tersebut.

Di Malaysia, pembangkan dengan sikap kebudak-budakkan berkokok tidak menentu ketika menteri kewangan Dato Seri Najib membentangkan Pakej rangsangan ekonomi di parlimen. Mereka (pembangkang) ini hanya mahu publisiti murahan dan mementingkan diri sendiri.

Saya ingin menyeru (jika ada yang mendengar). Kepada Ahli Politik Sekalian, tinggalkan kepentingan diri, anda dilantik menjadi pemimpin adalah untuk mewakili rakyat bukan mewakili keluarga anda. Baik pembangkang ataupun kerajaan diminta lebih rasional ketika membuat keputusan.

Renung-renungkan..

Sekian,

Salam Perjuangan.

* Penulis (kanan sekali) bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Mustapa Mohamed di Seminar Siswazah Tani Nasional, Putrajaya.

Wednesday, October 29, 2008

Blog Kisah Sebuah Bangsa akan bercuti selama sebulan.. Doakan kejayaan saya


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Disini saya ingin mengumumkan blog saya akan bercuti selama sebulan. Ini kerana saya ingin menumpukan terhadap final examination saya yang akan bermula pada 30 hb hingga 16 november.

Saya ingin memohon jutaan kemaafan andai kata ada tersilap kata tersalah bahasa dan juga jika posting saya sebelum ini melukakan hati pihak-pihak tertentu.

Saya juga ingin memohon jasa baik kalian untuk mendoakan ketenangan dan kejayaan saya bagi menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Doa kalian amatlah saya hargai.

Sekian, Salam dari Hidayat Rashid.

Tuesday, October 21, 2008

Belajar Daripada Kejayaan Orang Lain Untuk Kita Berjaya... Siri I



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya iaitu belajar daripada kejayaan orang lain untuk saya berjaya.

Permasalahan utama yang dihadapi oleh orang melayu adalah kegagalan kita mengawal perasaan PHD (Perasaan Hasad Dengki) kita dan cemburu melihat kejayaan orang lain. Tambah teruk, kebanyakkan orang kita juga memasang niat untuk menjatuhkan orang itu dan ini. Senario seperti ini dapat dilihat terutamanya didalam bidang perniagaan dan politik. Kita asyik mencari kesalahan dan mencemburui kejayaan orang lain.

Pada pandangan saya, sudah sampai masa kita berubah, mengambil sifat-sifat baik yang ada pada masyarakat Cina yang mempunyai sifat berbaik sangka dan bantu-membantu sesama sendiri.. Siapa lagi yang akan menolong bangsa kita selain kita sendiri? Apa yang saya kesalkan adalah dewasa ini, muncul banyak pemimpin-pemimpin yang mengaku mereka ini adalah pembela bangsa tetapi hakikatnya mereka hanya membela bangsa yang terdiri daripada keluarga dan poket mereka sendiri.

Saya melihat senario ini, jika berterusan, kita akan menjadi seperti negara India yang mana bangsa mereka sendiri yang menindas sesama bangsa.

Mengapa terjadi seprti ini?? ini adalah kerana sikap kita sendiri yang mempunyai sikap dengki antara satu sama lain yang amat tebal didalam hati kita, lantas, munculnya golongan pemimpin yang bersikap serupa dan hanya mementingkan diri mereka sahaja.

Resolusinya adlah, kita seharusnya berubah, belajar daripada kejayaan orang lain, dan mengikuti jejak langkah mereka untuk berjaya juga.. pada pandangan saya ianya mudah saja, dengan menuntut ilmu. Berbekalkan ilmulah kita dapat memperjuangkan nasib bangsa agar dipandang tinggi oleh bangsa lain.


* Gambar atas sekali, gambar penulis bersama Tan Sri Senator Jins Shamsuddin sewaktu Anugerah Seri Angkasa / Gambar Bawah, bersama CEO Rangkaian Televisyen Media Prima, Dato' Seri Farid B Ridzuan sewaktu menjadi pelatih di TV3

Wednesday, October 15, 2008

Blogger diminta lebih beretika...


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada kali ini saya ingin mengulas mengenai isu yang ringkas sahaja. Mengenai bloggers. Saya sebagai orang bari didalam dunia blog ini mendapati betapa luasnya dunia tanpa sempadan yang mana, impak blog ini amat besar. Ianya amat baik jika digunakan secara berhemah kerana kita dapat berhubung dari segala pelosok kaum dan dari berlainan bidang dapat menghamburkan idea-idea bernas yang dapat meberi faedah kepada kita semua.


Akan tetapi, Blog juga boleh memberi kesan yang amat buruk (catastrophic) jika digunakan secara tidak beretika dan mampu mengganggu gugat kestabilan negara... Itulah yang diakatan dengan globalisasi, ciptaan Barat yang kita agung-agungkan. Ya, tidak dinafikan rekaan mereka ini memberi banyak manafaat kepada kita dan harus diingat ianya juga mampu memusnahkan kita.


Tujuan saya berkata begini didalam posting saya ini kerana baru-baru ini, saya telah meninjau komen-komen oleh para pembaca di blog sahabat cyber saya, saya dapati ada individu yang mengambil kesempatan diatas kebebasan Internet ini untuk mengaibkan dan mejatuhakan air muka seseorang dan mengaku dirinya hebat. (Siapa yang memakan cili dialah yang terasa pedasnya). Saya fikir, beliau ini penuh dengan idea dan pandangan akan tetapi, apabila saya melawat blog beliau, saya ketawa besar dan mendapati blog beliau ini amat kosong sekali tanpa sebarang posting...


Jadi saya kira, tujuan beliau membuat akaun blog bukanlah kerana untuk memberikan idea yang bernas tetapi sebagai medium untuk beliau masuk ke blog orang lain dan menghentam rang secara melulu.


Apa yang dikesalkan, Blogger yang tidak bertanggungjawab ini adalah orang kita sendiri. Orang Melayu.... Masih ada lagi umat Melayu yang Jumud Pemikiran dan tidak sedar akan kedudukan orang Melayu masa kini. Ubahlah bangsaku.... ubahlah.... Sudahlah kita diancam oleh penjajahan mental oleh bangsa asing, Ditambah pula dengan sikap kaum sendiri yang sanggup menikam kaumnya sendiri...


Kaitannya dengan tajuk saya, Blogger yang beretika akan dapat menjana kebaikan yang dapat dinikmati oleh semua pihak dan blogger yang hanya mementingkan diri sendiri dan membuat postuing mengikut emosi akan menjahanamkan negaranya sendiri.


"Ikut hati mati"


Fikirlah sebelum membuat apa-apa keputusan.


Bukan hendak mengata atau mencemuh tetapi sebagai pengajaran dan sarana buat kita bersama.


Renung-renungkanlah.


Hidayat Rashid

Tuesday, October 14, 2008

Mengapa masih ada lagi yang degil??? Kelabu dengan $$$$


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca dan rakan bloggers. Saya tertarik dengan petikan akhbar Utusan Malaysia (Hari ini) dimana laporan berkenaan dengan Bank Negara Malaysia menyerbu 4 Syarikat yang dipercayai terlibat dengan Skim Cepat Kaya... Apa yang saya kesalkan adalah, bagaimanakah di zaman canggih, serba moden dan Kerajaan menyediakan berbagai peluang perniagaan kepada rakyat, masih ramai yang menyertai Skim Cepat Kaya ini... Apa yang boleh dikesalkan lagi adalah, rata-rata dari peserta skim cepat kaya ini adalah dari golongan Umat Melayu... Wahai bangsaku, adakah engkau ni jahil sungguh berkenaan agama mu??? Bukankah Allah telah berfirman bahawa Allah tidak akan membantu sesuatu Umat itu melainkan mereka membantu diri mereka sendiri.... Akan tetapi, masih ramai yang ingin cepat kaya, kelabu dengan janji-janji manis yang menjamin mereka menjadi kaya. Saya bukan hendak tunjuk pandai, tetapi prinsip hidup saya yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca adalah jika ingin berniaga atau ingin kaya, hanya usaha yang gigih, perlu bersusah dahulu dan mempunyai barangan yang wujud dan sahih untuk diperdagangkan... Hukum alam sudah dicipta sebegitu rupa dimana apa-apa yang ingin naik ke atas mestilah daripada bawah... dan apa yang diatas itu boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja... Saya ingin mengingatkan para pembaca semua, jika ada saja tawaran skim itu dan ini yang menjanjikan wang tanpa perlu mebuat kerja apa-apa janganlah dipercayai dan nasihatlah rakan-rakan, saudara mara dan lain-lain jika ada yang cenderung ke arah itu.. Sekian. Hidayat Rashid

Sunday, October 12, 2008

HINDRAF... JANGAN KURANG AJAR!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya akan mengupas berkenaan dengan isu Hindraf... Sebuah PERTUBUHAN HARAM yang tidak mempunyai apa-apa motif melainkan mencari publisitui murahan dan menimbulkan kekecohan. Saya berasa amat bengang dan geram denga tindak-tanduk Hidraf yang menyerbu masuk ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Mentreri dan Menteri-menteri kabinet di PWTC pada 1 Syawal yang lalu. Saya nampak Hindarf sudah keterlaluan dan biadap tidak menghormati perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Cuba kita renungkan bersama, ada pernahkah UMNO menyerbu perayaan keagamaan orang Hindu seperti Deepavali dan sebagainya???
Jadi, Jika kami TUAN di tanah kami sendiri boleh menghormati anda, Mengapa anda tidak boleh menghormati kami. Tak salah untuk anda menyuarakan perasaan ketidakpuashati anda. Tetapi, mestilah kena pada tempat dan salurannya? Jumpalah PM di pejabatnya pada hari bekerja... kenapa hatrus diserbu masuk ke Majlis perayaan dan bersikap biadap pulak tu..
Kepada Menteri KDN, Syed Hamid Albar, inilah masanya untuk mengguanakan ISA untuk menahan siapa yang bertanggungjawab dan sudah sampai masa Diharamkan secara rasmi Pertubuhan Hindraf itu..
Sekian.
Hidayat Rashid

Dato' Mukhriz layak bertanding Jawatan Ketua Pemuda...


Sehingga jam 12 tengah malam semalam, Dato' Mukhriz Mahathir telah layak untuk bertanding Jawatan Ketua Pemuada UMNO Malaysia dimana 40 bahagian telah mencalonkan beliau. Pada saya, ini adalah satu permulaan yang baik menujukkan kematangan ahli UMNO yang benar-benar mahukan perubahan. Inilah yang diharapkan. Pilihlah calon-calon yang benar-bebar bersih dan mampu membela nasib Agama, Bangsa dan Negara kita yang tercinta ini...


Hidayat Rashid

Thursday, October 9, 2008

Tindakan Pak Lah satu tindakan yang bertanggungjawab, mengambil kira tekanan yang diterimanya.



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Kali ini saya akan mengupas/mengulas berkenaan dengan isu Tindakan Pak Lah yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Parti UMNO sekaligus meletakkan diri beliau sebagai Pengurusi Barisan Nasional, dan Perdana Menteri Malaysia.

Saya melihat langkah ini sebagai langkah yang bertanggungjawab daripada seorang pemimpin. Tindakkannya menunjukkan bahawa beliau sedar akan perlunya reformasi yang segera didalam UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti UMNO dan juga Barisan Nasional.


Pada pandangan saya, Pak Lah merupakan seorang pemimpin yang baik... TETAPI, beliau terlalu banyak mendengar dan mengikut nasihat daripada orang-orang yang berkepentingan sendiri lalu menjatuhkan dirinya. Saya juga sebagai seorang pemimpin pelajar melalui pengalaman yang serupa. Kadang-kadang apabila memimpin, kita tidak sedar akan perkara yang berlaku di bawah. Kita menganggap semuanya indah dan semuanya baik-baik belaka walhal apabila kita periksa, terlalu banyak anai-anai yang telah memakan tiang kita lalu akan runtuh bersama-sama dengan kita sekali.


Sudah sampai masanya beliau sedar dan melakukan tindakan untuk kepentingan parti dan negara dan memenuhi suara akar umbi yang meminta beliau untuk melepaskan jawatan.


Cuma, apa yang saya kesalkan, masih ada calon yang bermain dengan wang ringgit dan tidak serik-serik untuk sanggup menjual agama, bangsa dan negara demi kepentingan sendiri... Saya tidak mahu menyebuty siapa orang tersebut. Tetapi, menurut maklumat yang saya terima, beliau ini telah menawarkan jumalah wang yang banyak bagui sesiapa yang mengundi beliau... Akan tetapi apa yang saya nampak, ialah beliau ini sudah ketinggalan kerana ada orang yang lebih bersih dari beliau yang telah layak bagi merebut jawatan tersebut.


Kita mestilah sedar bahawa tujuan kita berada didalam parti UMNO yang dicintai bukanlah untuk memberi keuntungan kepada kita dan keluarga kita... Sudah sampai masanya, kesemua ahli dan pimpinan UMNO sedar dan kembali kepada asal (back to basic) perjuangan UMNO iaitu demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.


Kita mesti reform dan berubah demi kebaikan. Anjakan paradigma adalah sesuatu yang amat perlu didalam UMNO masa kini. Keadaan UMNO pada hari ini akan mencerminkan masa depan umat melayu di masa hadapan.


Sekian.


Hidayat Rashid

* Penulis bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu Majlis Pelancaran Duit Syiling Songket di Sri Pentas 3, TV3.

Wednesday, October 8, 2008

Kisah Sebuah Bangsa Kembali Bernafas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Saya baruu kembali beroperasi di Melaka, Setelah cuti selama seminggu di kampung halaman... hehe.. jadi, bermula minggu ini, nantikan posting terbaru yang akan saya update pada setiap hari Ahad malam....

Sekian..

p/s = mood raya tak habis lagi... masih banyak open house yang perlu dihadiri... hehe

Saturday, September 27, 2008

Blog ini akan bercuti selama seminggu... Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir dan Batin


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan rakan bloggers sekalian. Saya disini ingin mengumumkan bahawa blog "kisahsebuahbangsa" akan bercuti selama seminggu, kerana saya akan pulang ke kampung halaman saya di utara tanah air untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri..


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan bloggers sekalian. Kalau yang memandu tu, berhati-hatilah di jalan raya, ingat orang yang tersayang... Biar Lambat asal selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju... Saya juga ingin menghulurkan sepuluh jari memohon maaf andai kata apa yang saya post atau pandangan saya melukakan hati sesetengah pihak...


Salam AidilFitri..


Hidayat Rashid

Tuesday, September 23, 2008

Tumpukan perhatian didalam kemajuan ekonomi, Penguasaan ilmu dan hentikan Politikking


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada para pembaca dan rakan bloggers. Hari ini saya akan mengupas atau memberi pandangan mengenai suasana negara kita hari ini. Kita semua maklum bahawa dunia kini mengalami masalah kegawatan ekonomi yang teruk. Jagoan Ekonomi yang kononnya terbaik di dunia, Amerika Syarikat juga telah mengalami kegawatan ekonomi. Kita, Malaysia yang bergantung harap kepada gergasi ini harus sedar akan kejatuhan mereka. Kita patut memikirkan mekanisma-mekanisma yang membolehkan kita untuk meneruskan "survival" ekonomi kita di arena antarabangsa.


Saya bersetuju dengan langkah kerajaan yang berintdak untuk tidak menambat matawang kita buat masa kini dan membiarkannya diapung. Ini kerana, strategi menambat matawang (Ringgit) kepada satu kadar tertentu tidak sesuai digunakan di masa sekarang. Ini kerana ia sememangnya sesuai digunakan pada kegawatan pada tahun 1998 dahulu kerana pada waktu tersebut, hanya Asia yang mengalami kegawatan tapi tidak Amerika dan negara Eropah yang lain. Dengan menambat Ringgit, nilai Ringgit akan susut dan ini akan menggalakkan eksport negara apabila pelabur luar berminat untuk datang memandangkan nilai matawang kita rendah berbanding matawang lain dan seterusnya dapat mengurangkan kos operasi mereka. Strategi menambat Ringgit memang berjaya di tahun 1998.


Tetapi, pada masa kini, kita berhadapan dengan masalah kegawatan 3 F yang utama. Iaitu Fuel, Food dan Financial sekaligus melemahkan sistem ekonomi sedunia. Jadi, jika kita menambat matawang kita sekalipun, isnya tidak akan dapat memacu semula pertumbuhan ekonomi kerana maslahnya ialah Amerika dan sektunya juga telah gawat dan syarikat konglomerat terbesar sekalipun disana menghadapi masalah kewangan berikutan jatuhnya nilai hartanah, naik-turun harga minyak yang tidak menentu. Spekulator tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku dalam jangka masa yang terdekat ini.


pada pandangan saya, apa yang patut kerajaan lakukan di peringkat nasional adalah, Hentikan cakap-cakap POLITIK!!! Rakyat dah jemu untuk mendengar berita-berita politik yang tidak menguntang rakyat tetapi hanya menguntungkan para pemimpin sahaja. Saya memohon melalui blog semut saya ini agar semua ahli politik baik kerajaan atau pembangkang bersatu hati, membuka mata dan berganding bahu untuk menyelamatkan negara kita yang tercinta ini daripada belenggu kegawatan ekonomi. Pilihan Raya sudah pun tamat.... Buat ANWAR IBRAHIM, Jangan nak sibuk-sibuk berangan nak jadi PM.. Jaga kawasan sendiri dahulu, jaga kepentingan rakyat dahulu. Jangan nak penuhkan poket sendiri saje... nak lahap sorang-sorang... Kalau nak jadi pun dengan cara yang bersih, adil dan mendapat suara rakyat semua.. Rakyat dah buat keputusan pada pilihanraya yang lepas jadi, let it be...


Ahli politik sekalian, saya memohon anda semua... tolonglah gunakan kebijaksanaan dan mandat yang rakyat berikan kepada anda untuk melindungi kami.. bukan "memakan kami"...


Renung-renung kanlah...


Sekian,


Hidayat Rashid.

Saturday, September 13, 2008

wahai bangsaku.. masih utuhkah jatidirimu???


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Sudah hampir 3 minggu saya menyepikan diri dari dunia blogging. Ini kerana berbagai isu timbul dan penangkapan Raja Petra (RPK) dan lain-lain lagi dibawah ISA menyebabkan saya mengambil keputusanuntuk berehat seketika dari "berblogging". Kali ini saya akan membincangkan tentang bangsa saya, iaitu Melayu.. Seperti posting saya yang sebelum ini, ramai sudah maklum dengan statement saya mengenai nasib bangsa melayu masa kini... pada osting yang sebelum ini, saya banyak menyalahkan golongan muda-mudi dan belia yang menjadi masalah kepada kita.. Kali ini saya akan membincangkan mengenai apakah yang punca sebenar masa;ah tersebut???

Baru-baru ini saya bersama beberapa orang teman telah minum-minum kopi di Mc'Donalds di bandar melaka. Sedang asyik kami berbual mengenai kenangan silam zaman persekolahan tiba-tiba salah seorang dari rakan saya menyuarakan tentang rasa tidak puasn hati beliau terhadap anak seorang VVIP didalam kampus kami.. Apabila mendengar ceritanya, adalah difahamkan pelajar ini adalah anak seorang yang tinggi di UiTM Malaysia.. Mengikut perkhabaran, anak beliau ini telah terlibat didalam satu kes sehingga memaksanya dihadapkan ke Tindakan Tatatertib di Universiti.. Apa yang membimbangkan, tindakan atau hukuman yang dikenakan ditarik semula kerana ayahnya merupakan seorang yang VVIP didalam sistem UiTM Malaysia. Saya amat terkilan mendengar cerita ini.. Dan khabarnya, bilik pelajar ini dilengkapi dengan "air-cond" dan pelbagai kemudahan yang tidak akan termimpi oleh pelajar lain untuk merasainya..

Saya berasa amat marah dan kecewa mendengar cerita ini. Ini kerana, Pelajar terbabit dan keluarganya adalah Melayu.. Mengapakah perlunya "Double-standard" didalam sistem Universiti BUMIPUTERA sendiri dan membezakan taraf seseorang pelajar itu dengan tahap jawatan ibu dan bapanya??? Dimanakah letaknya maruah kita sebagai seorang ketua dan pemimpin?? adakah ini sikap peimimpin yang harus diikuti oleh para pelapis yang akan memimpin negara pada masa akan datang?? Apabila saya mendengar cerita tersebut, saya mengeluh dan bertanya kepada diri sendiri... Sampai bilakah orang Melayu mahu menjadi Bangsa yang Manja??? Kenapa perlu dilatih anak-anak kita dengan menjadikan mereka "Spoil-brat"??? Pada pandangan saya, apabila seseorang itu bernama pelajar, maka dia tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat didalam Universiti tersebut. Tidak ada exemption atau pengecualian kepada mereka..

Ini menunjukkan, Ibu Bapa zaman sekarang adalah punca runtuhnya jatidiri dikalangan anak-anak muda masa kini... Maksud saya bukan semua, tetapi segelintir. Ibu bapa seharusnya mengambil pendekatan orang-orang tua terdahulu didalam mendidik dan membentuk anak-anak mereka.

Sudah terlanjur bercerita mengenai ini, teringat saya terhadap cerita orang tua saya yang pernah memasuki Maktab Tentera DiRaja di era 70an. Beliau menceritakan, Anakanda Sultan Kelantan, Yang menjadi Agong pada tahun tersebut menyertai Maktab Tentera. Apabila hujung minggu, anakanda tuanku ini pulang ke Istana Negara dan sekembalinya ke Maktab Tentera, maka driver pun siap membawa baju-baju yang siap digosok dan juga makanan yang mewah-mewah belaka buat bekalan anakanda tuanku di Maktab Tentera.. Sejurus selepas pemandu mereka beredar, para senior yang sedia menanti turun dan mencampakkan baju-baju yang siap digosok tadi kedalam lumpur dan Anakanda tuanku diarah membasuh baju-bajunya itu sendiri. Dan yang membanggakan saya, Anakanda tuanku Sultan berjaya mempatuhi arahan dan melakukan apa yang telah diarah tanpa apa-apa bantahan, complain dan beliau juga tidak terlepas dari peraturan Maktab Tentera DiRaja.

Kisah ini saya sampaikan kerana hendak para pembaca sekalian menilai jatidiri orang terdahulu berbanding dengan orang sekarang yang amat manja dan selalu mengambil kesempatan dengan jawatan yang dimiliki olh ibu dan ayah mereka...

Apabila berlakunya perkara seperti ini, Kita boleh bayangkan pa yang akan terjadi pada nasib anak bangsa kita yang dimanjakan ini. Sudahlah tidak mengerti erti kemerdekaan, ditambah pula dengan sikap segilintir ibu dan bapa yang memanjakan anak mereka. Cuba kita renungkan, pada masa dulu, kita tidak mendengar kes-kes ibubapa menampar guru... tapi sekarang ini, ibubapa semakin buruk perangai.. yalah, sayang anak tu berpada-padalah hendaknya. Saya masih ingat sewaktu di zaman persekolahan saya, jika saya dirotan oleh guru, dan saya pulang kerumah melaporkan kepada ayah saya, saya akan dirotan dan dimarah oleh ayah.. Bukan kerana apa, kerana saya telah melakukan kesalahan di sekolah.. Saya bersyukur kerana tidak dimanjakan dan hasilnya, saya menjadi lebih berdisiplin dan insyaallah saya dapat berdikari tanpa menyusahkan orang lain.

Saya sebenarnya sudah muak melihat perihal ibubapa masa kini... Kepada semua ibubapa, walaupun saya masih muda dan tidak mempunyai anak, saya memberikan pandangan saya berdasarkan pemerhatian dan pengamatan saya terhadap punca runtuhnya jatidiri dikalangan anak-anak muda kita terutama Melayu.. Kita patut mencontohi sikap yang baik masyarakat Cina yang menekankan pendidikan dan disiplin kepada anak-anak mereka..

Tolonglah sedar bangsaku... samai bila kau ingin diulit didalam duniamu yang semakin menuju keruntuhan... sedarlah,sedarlah,sedarlah...

Maafkan saya jika posting saya ini mengguris perasaan sesetengah pihak.. saya cuma memberikan pandangan dari kacamata seorang yang bernama Melayu yang sayangkan bangsanya...

Sekian.

Friday, September 5, 2008

Al-fatihah.. perginya seorang permata kewartawanan negara..


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca dan rakan bloggers.

saya ingin menyampaikan salam takziah saya kepada seluruh keluarga Allahyarham Pak Samad di atas pemergiannya pada petang kelmarin..


Sila ke sini untuk membaca laporan oleh The Star Online.

~Al-Fatihah~

Monday, September 1, 2008

Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak.. Its Bonus Month...!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para pembaca dan saya sendiri untuk merebut peluang-peluang untuk merebut bonus yang kita tidak akan dapat pada bulan-bulan lain..

Sekian.. Wasalam..

Selamat menjalani ibadah puasa....

Hidayat Rashid

Salam Kemerdekaan.. Semarak lagikah semangat kemerdekaan dalam diri kita???


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian dan rakan-rakan bloggers. Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana sudah lama rasanya saya tidak mengemas kini blog saya (due to hectic schedule).

Saya ingin mengucapkan SALAM KEMERDEKAAN ke-51 buat semua warga Malaysia. Alhamdulillah, dari tahun ke tahun kita dapat mempertahankan kedaulatan negara kita dengan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan yang amat gemilang sekali. Terima kasih diucapkan kepada para pemimpin negara seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir yang membolehkan generasi sekarang terutamanya generasi yang sealiran dengan saya dapat merasai kesenangan pasca-merdeka.. Kita haruslah menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala yang telah memberkati perjuangan kemerdekaan kita selama ini..

Akan tetapi, satu soalan yang berlegar difikiran saya selama ini.. Adakah kita masih merdeka? atau adakah kita masih dijajah?

Baru-baru ini, saya bersama seorang rakan menaiki motorsikal (Bukan rempit) meninjau disekitar Bandaraya Melaka untuk melihat sambutan merdeka di sekitar bandar. Setibanya kami di Dataran Pahlawan, nampak suasana begitu muram walaupun pengunjung ramai berpusu-pusu ke pameran DIGI.. Jauh di lubuk hati saya, saya merasakan amat muram sekali. Kenapa???

Ini kerana saya sedih melihat keadaan BANGSA saya iaitu Melayu yang masih lagi lena.. lena dibuai mimpi-mimpi dan fantasi.. dengan Rempit dan pakaian perempuan-perempuan yang saya jumpa di sekitar kawasan tersebut amat menjolok mata... saya bertanya pada diri sendiri.. Apa sudah jadi dengan ungkapan gadis melayu lemah lembut, sopan santun dan tertib yang selalu diungkapkan dulu???

Saya dan rakan hanya berada selama setengah jam di kawasan tersebut dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sewa dan menonton "countdown" merdeka di rumah sahaja..

Pada tahun ini saya mendapati kita semua, termasuk saya berasa amat tidak bersemangat untuk menyambut merdeka. Ini kerana keadaan semasa negara yang kacau dan keadaan ekonomi dimana rata-rata warga Malaysia didalam kesempitan hidup dan sentiasa beringat untuk berbelanja.. Sehinggakan ada cadangan dari rakan blogger yang mahu bendera Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik untuk menunjukkan tanda bantahan dan stress..

Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan cadangan beliau.. tetapi saya bersetuju bahawa relevan cadangan beliau ada benarnya. Sepangjang hidup saya, saya tidak pernah mendengar cadangan-cadangan pelik seperti ini.. Ini kerana rakyat hidup didalam keadaan aman, tenang dan harmoni.. (kerana perut kenyang dek kestabilan ekonomi dan politik).

Jadi, pucuk pimpinan harus sedar dengan keadaan ini.. Jangan salahkan rakyat kerana tidak menjadi patriotik.. Kerajaan harus muhasabah diri dan merenung dimana silapnya dan apakah langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan juga semangat rakyat yang semakin merudum...

Sekian..

Thursday, August 14, 2008

Untuk renungan bersama... UiTM Di Hatiku....


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca dan rakan bloggers sekalian.. Kali ini saya akan membincangkan tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu UiTM..

Sebagai salah seorang diantara 125,000 orang mahasiswa UiTM, saya adalah diantara mereka-mereka yang menentang sekras-kerasnya cadangan Tan Sri Khalid iaitu Menteri Besar Selangor yang mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu dan bukan bumiputera.

Ingin saya tekankan disini, walaupun Tan Sri Khalid tidak mempunyai hak didalam urusan pengambilan pelajar dan pelaksana polisi UiTM, saya melihat statement Tan Sri Khalid amat merbahaya dan membawa keburukkan kepada kedua-dua parti politik. Ini kerana ianya akan dimanipulasikan oleh ahli-ahli politik untuk menggunakan isu ini demi kepentingan peribadi.

Saya bukan hendak menjadi "racist" disini. Cumanya, orang Melayu selama ini tidak pernah mempersoalkan penubuhan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan yang khas dibuka untuk kaum tertentu. Sedangkan Sekolah Kebangsaan dibuka untuk umum. Begitu juga dengan IPTA dan IPTS di negara ini. Jika kita melihat statistik di IPTA di negara kita (selain dari UiTM), ianya didominasi oleh bukan melayu. .. Dan orang melayu masih tidak bersuara dan mempertikaikan tentang isu ini. Kerana pengambilan pelajar ditentukan oleh sistem meritokrasi yang mana sesiapa yang cemerlang akan mendapat tempat di IPTA dan juga IPTS.

Sebagai orang Melayu, saya bertuah kerana mendapat pembelaan daripada MARA. Keputusan SPM saya tidak memberangsangkan bahkan saya tidak mendapat tempat langsung baik di SEMUA IPTA dan juga Politeknik. Lalu saya mohon untuk meneruskan pengajian saya di Kolej Profesional MARA. Saya diberi peluang kedua oleh MARA yang menawarkan saya kursus Diploma in English For Communication di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Saya diberi biasiswa iaitu elaun pelatih sebanyak RM265 sebulan dan yuran pengajian saya ditanggung sepenuhnya oleh MARA. Selama 3 tahun saya berusaha dan memperoehi segulung diploma yang melayakkan saya untuk menyambung pengajian saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kini saya di tahun 2 dan tinggal setahun lagi untuk saya menamatkan pengajian saya. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan nasib bangsa saya berbekalkan ilmu yang telah saya perolehi. Terima Kasih buat MARA dan UiTM yang membantu saya.

Saya menceritakan kisah saya ini bukanlah untuk menyakiti mana-mana pihak. Tetapi saya hendak bangsa saya sedar betapa besarnya pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menjadikan MARA sebagai sebuah organisasi yang memboleh orang melayu bergantung.. Oleh sebab itu saya amat sensitif apabila ada pihak yang "mengusik" MARA.. Cukuplah kita telah berikan kuota sebanyak 10% kepada bukan bumiputera untuk menyertai MRSM. Sebenarnya, kita telah banyak bertolak ansur.. Janganlah cuba bermain dengan api Tan Sri Khalid...

Jika alasan beliau itu kerana hendak melihat anak melayu bersaing dan lebih cemerlang, saya rasa tidak perlu membuka kuota tersebut.. Sudah terbukti kejayaan demi kejayaan sudah ditempa oleh graduan UiTM. Daripada Menteri, CEO dan Juga Pegawai-Pegawai baik di sektor swasta dan kerajaan rata-rata adalah daripada sistem UiTM.. Jadi, Siapa kata orang Melayu tidak berkualiti???

Kepada yang lain, saya tidak berniat untuk menjadi racist dan perkauman, cuma saya marah apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk mencetuskan sesuatu yang memberi faedah kepada diri mereka dan memberi kerugian kepada kita semua... Saya rasa sudah adil kiranya UiTM dibuka hanya untuk bumiputera. UTAR, Manipal dan lain-lain lagi dibuka khas untuk kaum tertentu.. Apalah salahnya jika UiTM tidak diganggu gugat...

Kepada para Siswa dan Siswi UiTM sekalian, marilah kita bersama-sama bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu dan janganlah alpa lagi, (lihatlah posting saya yang sebelum ini).. Janganlah alpa dan leka dengan duniamu yang tidak menjanjikan apa-apa melainkan kerugian. Jangan asyik sibuk nak terlibat dengan masalah sosial.. sedar dan bangkit dari lenamu wahai bangsaku..

Kita yang akan memimpin negara di masa hadapan dan sekaranglah masanya untuk kita bersatu dan merangka masa depan kita agar menjadi sebuah bangsa yang berjaya...

Untuk renungan bersama.. sama-samalah kita hayati lirik lagu ini:

UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya
pelopor hidup budaya bangsa, agama dan negara
membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah kesini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku..

Majulah bangsa.. maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya demi bangsa

watikah yang kumiliki
kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati
membela negara

doa restu ayah bondaku
untukmu semua
UiTM... Usaha Taqwa Mulia...

Monday, August 11, 2008

Isu disana-sini dan apa puncanya? Tepuk dada tanya selera...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian dan rakan bloggers. Pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah agak lama saya menyepi didalam dunia bloggers. Sebenarnya saya sekarang sedang sibuk dengan tugasan dan jadual harian yang padat. Kali ini saya ingin membincangkan tentang masalah dan isu-isu yang semakin lama semakin banyak dan nampaknya sudah seperti tidak terkawal (saya sendiri sudah tidak larat untuk menyeenaraikan isu-isu tersebut..)
Kita semua maklum bahawa baru-baru ini, Bar Council @ Majlis Peguam menganjurkan Forum memeluk agama Islam.. Persoalan yang bermain di minda saya cuma satu, mengapa sekarang ini semakin bercambah pihak yang berani untuk mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Agama Islam? Adakah kerana kerajaan yang sedia ada lemah? atau nilai jatidiri dikalangan umat Melayu dan Islam itu sendiri sudah semakin terhakis?....

Pada pandangan saya, kerajaan yang lemah memang menjadi punca tetapi apa yang ingin saya tegaskan disini adalah dimanakah tahap jatidiri dan kekuatan umat Melayu dan Islam masa kini? Seperti yang saya selalu tekankan didalam posting saya yang sebelum ini, punca masalah yang berlaku didalam negara kita ini adalah kerana kelemahan kita sendiri.
Jadi, Ingin saya ingatkan sekali lagi, Ayuhlah wahai bangsa Melayu yang beragama Islam, kita bermuhasabah diri dan menilai dimanakah tahap kita, bagaimanakah bangsa lain memandang kita? Bukan hendak menuding jari kemana-mana pihak atau individu bahkan, sedang saya menulis saya juga berfikir tentang diri saya sebagai anak Melayu yang beragama Islam, dimanakah tahap saya dan apakah pandangan orang lain terhadap keperibadian saya dan sebagainya.

Seperti yang selalu ditekankan oleh pepatah Inggeris;

"If you want to be respected, you have to respect others"...

Menghormati orang bukanlah bererti kita takut terhadap orang, ianya harus ditunjukkan dengan "kemenangan kita". Maksud "Kemenangan kita" disini bukanlah untuk berperang atau bergaduh diantara kaum, akan tetapi kita haruslah menguasai ilmu pengetahuan, ekonomi dan lain lagi. Pada zaman sekarang, mata pena itu lebih gagah daripada pedang...
Natijahnya, masalah utama yang dihadapi oleh bangsa Melayu sekarang adalah kita sudah semakin lemah akan jatidiri didalam insan yang bernama Melayu.
Lihat saja statistik REMPIT, MAT DADAH, PENCURI, MASALAH SOSIAL, RAKAMAN VIDEO LUCAH dan bermacam-macam lagi yang MALU untuk saya senaraikan disini majoriti yang terlibat adalah dikalangan anak-anak muda berbangsa Melayu.. Itu perihal anak-anak muda, yang berumur dengan cara yang berumur, RASUAH, SALAH GUNA KUASA, ROGOL dan bermacam-macam lagi pun majoriti yang terlibat adalah dikalangan orang MELAYU..
Jadi cuba saudara dan saudari renungkan, dimanakah tahap kita sekarang? adakah ini harapan para pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas, menggadaikan nyawa, menitiskan air mata dan darah demi memartabatkan kedaulatan negara dan menuntut kemerdekaan???
Insan yang kerdil ini hanya mahu meminta:
bangsaku,
sekian lama engkau lena,
janganlah kau lena lagi,
bangunlah dari tidur-tidurmu yang nyenyak,
sedarlah dari angan-angan mu yang rapuh,
keluarlah dari kepompong pemikiran yang rapuh,
jadilah sebuah bangsa yang teguh,
agar nasib bangsa kita terbela....
Dan menjadi.... Kisah sebuah bangsa yang berjaya...
Renung-renungkanlah... tepuk dada, tanya selera..
Hidayat Rashid



Tuesday, July 22, 2008

Pembelian Mercedes-Benz untuk Exco dan Pegawai Kerajaan Negeri Terengganu... Relevan atau Tidak?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan-rakan bloggers sekalian. Pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat untuk "update" blog saya ini kerana kesibukan dan jadual yang padat.. Rasanya, tidak terlambat untuk saya mengulas berkenaan dengan Isu Pembelian 14 Mercedez Benz oleh kerajaan negeri Terengganu.

Saya mengikuti isu ini dari saat pengumuman pembelian kereta tersebut sehinggalah keputusan oleh Y.A.B PM berkenaan dengan larangan menggunakan Kereta tersebut.

Pertama sekali saya ingin mengulas berkenaan dengan Pembelian Kenderaan tersebut. Pada pandangan saya, pembelian kereta Mercedes Benz Kompressor E200 oleh Kerajaan Negeri Terengganu amat tidak relevan sekali. Ini kerana ianya bercanggah dengan polisi kerajaan yang mewartakan mesti menggunakan kereta nasional sebagai kereta rasmi. Sedangkan Menteri Pertanian, Dato' Mustapa Mohamed menggunakan Proton Chancellor dan PM sendiri mengguunakan Proton Perdana, Exco kerajaan negeri hendak "Lawan-tokey" dengan menggunakan Mercedes.

Yang Keduanya, jika dilihat dengan persepsi rakyat terhadap BN dengan keputusan drastik dalam PRU ke-12 yang lalu, tindakan sebegini akan melemahkan lagi kedudukan BN di mata rakyat. Rakyat akan menilai, Bukankah wang berjuta ringgit yang dibelanjakan untuk membeli kenderaan tersebut dapat diagihkan kepada orang miskin, biasiswa sekolah dan banyak lagi untuk kepentingan rakyat.

Pembelian kereta Mercedes ini juga melihatkan betapa lemahnya kepimpinan Pak Lah yang masih membenarkan kenderaan itu digunakan sebagai kereta tetamu.. (Saya tahu siapa tetamu tu..). Ini Menampakkan Pak Lah tidak mempunyai leadership yang tinggi dan amat lemah sehingga Mentri Besar boleh dikatakan memijak kepala beliau. Sepatutnya Pak Lah haruslah lebih tegas dan melarang terus penggunaan kenderaan tersebut dan mengarahkan kereta tersebut dijual semula.

Saya harap posting saya kali ini jangan disalah erti. Bukan hendak mengata, bukan hendak menuding jari dan bukan hendak menjadi biadap terhadap pemimpin, tetapi bagaimanakah saya harus menghormati pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik???

"Kepimpinan melalui teladan haruslah menjadi amalan bersama..."

Wednesday, July 16, 2008

Debat diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim & Datuk Ahmad Shabery Chik. Tercapaikah matlamat?



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian dan sahabat bloggers. Kali ini saya akan membincangkan tentang Debat Perdana yang julung kali diadakan di negara kita iaitu diantara Mantan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Chik pada 15 haribulan baru-baru ini.

Saya berkesempatan untuk meluangkan masa mengikuti Siaran Langsung melalui Astro Awani. Selama satu jam mengikuti debat tersebut, saya dapat membuat pelbagai rumusan. Pertama sekali saya mahu mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada kedua-dua tokoh ini kerana begitu beretika dan mengawal emosi ketika berdebat.. SYABAS!!!

Saya rasa tidak perlu saya tenrangkan dan ulangi apa yang diperkatakan didalam perdebatan itu. Cuma disini saya ingin memberikan pandangan dan konklusi dari perspektif individual.

Pada pengamatan saya, perdebatan itu seolah-olah tergantung dan persoalannya (Hari ini bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak..) tidak terjawab dengan sempurna dan seolah-olah tergantung.

Dan Menteri Penerangan menyerang" DSAI secara peribadi dan tidak fokus kepada isu yang sebenar diutarakan.

Tetapi.. Syabas kepada kedua-dua pemimpin kerana berjaya mengekalkan etika dan keterampilan diri semasa berdebat..

Program debat yang serupa haruslah lebih kerap dianjurkan supaya rakyat dapat menilai hujah dari kedua-dua pihak.

Persoalannya... Tercapaikah Matlamat..???

Sunday, July 13, 2008

Happy Belated Birthday Tun.....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada sahabat bloggers dan para pembaca sekalian. Saya ingin memohon ribuan kemaafan kerana agak lama saya menyepi. Anyway, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang ke-83. Sebagai anak muda yang membesar sepanjang kepimpinan Tun, pada pandangan saya, beliaulah yang memberikan suntikan semangat baru kepada anak muda untuk maju ke hadapan setanding dengan negara maju yang lain. Semoga Allah memberikan kesihatan kepada Tun untuk terus memberikan pandangan dan nasihat yang bernas lagi berguna buat generasi muda agar tidak menjadi sebuah bangsa yang MUDAH LUPA....

Sekian.

Hidayat Rashid

Friday, July 11, 2008

Ceramah Perdana Ezam, Hamdan Taha & Khir Toyo di Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca dan para sahabat bloggers sekalian. Baru-baru ini saya menghadiri Ceramah Perdana anjuran UMNO Bahagian Shah Alam. Para panel terdiri daripada Bekas Ketua Angkatan Muda PKR Sdr Ezam Mohd Nor, Bekas Ketua Pemuda PKR Sdr Hamdan Taha dan Mantan Mentri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir B Toyo. Tujuan saya menghadiri majlis tersebut adalah untuk mendapatkan input untuk membolehkan saya menganalisa perkembangan politik semasa negara.

Pertama, Ucapan daripada mantan mentri besar Selangor, Ada sesetengah hujah beliau yang saya setuju seperti kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihanraya Umum (PRU) Ke -12. Memang benar, kedudukan orang melayu terutama didalam sosio-politik agak tercabar selepas PRU Ke-12 yang lalu. Kita dapat lihat di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat (Kecuali Kedah & Kelantan), pembahagian Exco dan jawatan didalam pentadbiran Kerajaan Negeri tidak memberi kelebihan kepada orang Melayu. Saya sememangnya berpegang kepada prinsip bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan nasib bangsa melayu.. Saya melihat PKR, adalah sebuah parti yang tidak berprinsip. Prinsip mereka hanyalah untuk menaikkan atau mengangkat DS Anwar Ibrahim sebagai PM...

Kedua, ucapan daripada Sdr Hamdan Taha, Saya sememangnya tidak bersetuju dengan hujah beliau dengan menyatakan bahawa faktor dan punca kekalahan teruk Barisan Nasional pada PRU ke-12 ini berpunca daripada ketidak puas hati oleh kaum bukan Melayu terutama kaum Cina. Mungkin ada yang bersetuju dengan saya dan mungkin ada yang tidak, tetapi didalam pemerhatian saya, faktor kekalahan BN pada PRU ke-12 adalah berpunca daripada Kerajaan yang lemah dan gagal mendapat kepercayaan rakyat. Sdr Hamdan juga turut mengungkit peristiwa berdarah 13 Mei tahun 1969 dengan menyatakan kekalahan teruk BN pada masa itu berpunca daripada Sentimen Perkauman. Memang benar, "Racial Flair-up" pada tahun 1969 menyumbang kepada prestasi yang buruk oleh BN. Akan tetapi, pada pendapat saya, itu hanyalah faktor yang kecil atau pun "subfactor" yang menyebabkan BN kalah. Faktor yang besar adalah kerana Kerajaan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu lemah dan gagal menyeimbangkan kedudukan ekonomi diantara kaum lalu menyumbang kepada Rusuhan Kaum.

Jadi, apa yang hendak saya utarakan ini, Faktor EKONOMI lah yang memainkan peranan penting didalam jatuh bangun sesebuah negara. Saya rasa Sdr Hamdan perlu mengkaji sedalam-dalamnya tentang peranan ekonomi didalam pembangunan dan kejatuhan sesebuah NEGARA... Jangan diungkit tentang rusuhan kaum dan sepatutnya, kita harus menoleh ke hadapan, bukannya kebelakang. Ya, memang benar jika kita tidak mengkaji sejarah dan tidak tahu sejarah kita akan tidak mengenali asal-usul kita. Tetapi harus diingat, Sejarah juga membuktikan ada kelemahan yang dilakukan oleh pihak tertentu dahulu. Jadi yang penting ialah, kita harus mengkaji Kesilapan yang pernah dilakukan dahulu. Kerana pepatah Inggeris yang suka digunakan oleh Tun Dr Mahathir :

" Those who do not learnt from history will be tormented by repeating their mistakes"...

atau bermaksud:

"Barangsiapa yang lupa akan sejarah dan akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali."

George Santayana

Begitu Juga dengan Saudara Ezam,

Ada hujah yang saya bersetuju dengan beliau dan ada juga yang saya tidak berapa setuju. Pada pandangan saya, beliau tidak sepatutnya bercakap mengenai prinsip kesetiaan dan sebagainya. Ini kerana beliau mempunyai sejarah lompat ataupun keluar daripada UMNO dan menjadi penaja lepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat. Saya berpendapat Ezam adalah seorang yangsetia kepada Individual sahaja dan juga beliau tidak yakin terhadap perjuangan UMNO sebelum ini. Kita perlu mencintai Parti kita yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Jika kita tidak bersetuju dengan cara atau pendekatan pimpinan parti, Suarakan secara terbuka didalam adalah lebih berkesan. Saya mungkin tidak tahu permainan atau percaturan politik didalam UMNO kerana saya hanyalah seorang ahli biasa sahaja dan masih muda... (Jika ada tersilap fakta dan kenyataan saya harap dimaafkan).

Saya cuma menyuarakan pandangan saya sebagai seorang Semut didalam UMNO. Apa yang saya harapkan agar pucuk pimpinan sedar kehendak akar umbi dan sesiapa yang memegang jawatan didalam PArti supaya janganlah memutar belitkan fakta untuk anda mengecapi apa yang anda impikan.

Saya mengalu-alukan kedatangan Ezam dan Sdr Hamdan ke pangkuan UMNO dengan mengharap anda akan dapat memberikan nafas baru didalam transformasi UMNO agar kita dapat memulihkan UMNO dan menaikkan semula kedudukan orang melayu di masa mendatang..

Hidup Islam..Hidup UMNO dan Hidup Melayu..

Percayalah bahawa jawatan yang anda pegang adalah AMANAH RAKYAT dan HARAPAN RAKYAT dan janganlah anda menghampakan atau terlepas dari AMANAH itu.. apapun yang kita lakukan adalah Lillahita'ala (Kerana Allah Taala)

Sekian.

Monday, July 7, 2008

Parti Pembangkang perlu lebih matang.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para sahabat bloggers dan para pembaca yang dihormati sekalian. Dibawah adalah petikan artikel dari Utusan-online yang melaporkan berkenaan insiden di perhimpunan protes sejuta rakyat baru-baru ini. Ulasan dan kupasan saya diakhir artikel ini...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Protes harga barang dicemari londeh seluar


Alak kemudian melakukan aksi yang lebih berani dengan menunjukkan punggungnya sambil menjerit, “jilat, jilat jubur korporat sedap.”


PETALING JAYA 6 Julai – Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun membantah kenaikan harga minyak anjuran pakatan pembangkang mencetuskan insiden yang memalukan apabila seorang penyanyi jemputan bertindak liar melondehkan seluar di hadapan para peserta perhimpunan itu ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya di sini lewat petang ini.

Insiden itu telah membawa kepada pergaduhan antara hadirin apabila mereka membaling botol air ke arah pentas dan cuba menyerbu penyanyi itu dan rakan-rakan kumpulannya gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan tersebut.

Semasa kejadian, Alak, penyanyi lelaki kumpulan Carburetor Dung, sedang menyanyikan lagu berjudul Mari Nyanyi Menjilat sebelum bertindak melondehkan seluarnya. Sambil membelakangkan diri ke arah penonton dan menunjuk-nunjukkan punggungnya, Alak kemudian menjerit perkataan ‘jilat’ berkali-kali.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 7 petang itu dilihat telah menjatuhkan air muka penganjur yang sejak awal pagi tidak henti-henti cuba ‘mengajar’ kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimana untuk mentadbir negara tetapi ia akhirnya gagal menganjurkan satu protes yang mudah dengan jayanya.

Difahamkan, sekitar 700 anggota Unit Amal Pas telah bertindak meninggalkan stadium selepas kejadian itu kerana tidak berpuas hati dengan pengisian berbentuk konsert hiburan yang disediakan oleh penganjur.

Penyanyi berkenaan pula dipercayai dibelasah oleh segelintir hadirin ketika dia dibawa keluar dari Stadium Kelana Jaya walaupun perkara itu seolah-olah cuba disembunyikan oleh pihak penganjur.

Ahli jawatankuasa penganjur perhimpunan itu, Tah Moon Hui memberitahu pemberita, penyanyi itu hanya terjatuh kerana terkena botol air yang dibaling orang ramai yang berang dengan kejadian tersebut.

“Mestilah jatuh kalau kepala terkena sesuatu,” katanya ketika ditemui selepas kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila diberitahu mengenai insiden penyanyi itu dipukul yang berjaya dirakamkan oleh jurugambar.

Penyanyi Carburetor Dung yang berusia awal 20-an itu ditampilkan oleh pihak penganjur sebagai selingan antara ucapan para pemimpin pembangkang sebelum menunggu ucapan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah seorang ahli PKR, Othman Mustafa berkata, tindakan biadap penyanyi itu yang menunjukkan aksi tidak sopan telah menimbulkan kemarahan penyokong pembangkang.

“Sepatutnya mereka menjemput penyanyi nasyid, ini mereka jemput penyanyi kumpulan underground yang berkelakuan tidak senonoh.

“Perbuatan tersebut cukup memalukan sehingga membuatkan keadaan kami tidak selesa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, penyanyi itu juga menunjukkan aksi lucah mengunakan isyarat tangan.

Selepas kejadian itu, pengurus pentas yang bertanggungjawab membawa penyanyi itu, Hishammuddin Rais tampil memohon maaf.

Dalam nada suara yang sebak, beliau berkata:

“Kita tidak merancang perkara-perkara seperti ini. Pihak penganjur mengambil tanggungjawab sepenuhnya, orang yang perlu dihukum adalah saya.”

Penjelasan beliau itu mendapat reaksi negatif para penonton. Hishamuddin diboo oleh para peserta perhimpunan itu.

Nasib penyanyi kumpulan Carburetor Dung tidak diketahui tetapi penganjur perhimpunan memberi jaminan bahawa dia dan kumpulannya selamat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Komentar.

Pada pandangan saya, insiden ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana ianya akan membuka lagi pekung di dada pimpinan pembangkang yang selama ini melaungkan bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar, merekalah yang betul dan kerajaan BN yang sentiasa salah. Bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak, ini kerana saya melihat isu ini dari perspektif seorang rakyat biasa yang mengharapkan pemimpin yang dipilih akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan secara betul.

Jika benar merekalah parti yang "perfect", mengapa terjadinya insiden yang memalukan ini. "In the first place," mengapa mereka mengundang artis underground yang sememangnya kita tahu akan sikap mereka yang radikal dan mengikut perasaan mereka dalam mengekspresikan perasaan mereka. Sepatutnya, para jawatankuasa penganjur Perhimpunan protes ini lebih teliti tentang "flow" dan aturan majlis supaya "kena" pada tempatnya. Saya memuji tindakan Unit amal PAS yang bertindak keluar daripada lokasi perhimpunan itu setelah insiden tersebut.

Membelasah penyanyi itu tidak akan membersihkan nama penganjur yang sudah tercalar. Malah ianya akan memburukkan lagi imej dan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Jika kita lihat parti pembangkang di luar negara terutama di negara-negara maju, kita dapat lihat kredibiliti dan kematangan yang ditunjuk oleh mereka setaraf dengan parti yang memerintah. Inilah yang rakyat harapkan dari Pakatan Rakyat agar menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka untuk menyelesaikan isu-isu semasa negara terutama isu rakyat.

Pada perspektif saya, saya melihat pembangkang didalam sesebuah parlimen negara bukanlah sebagai musuh, tetapi sebagai sumber rujukan dan panduan agar kerajaan akan melaksanakan dengan teliti dan dengan adanya check & balance dari kedua-dua pihak, ianya akan dapat memberikan impak yang amat positif kepada sesebuah negara. Bukan maksud saya supaya kerajaan tunduk kepada pembangkang, tetapi saya mohon agar pihak kerajaan dan pembangkang supaya muhasabah diri dan kembali kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W yang menyeru umatnya supaya sentiasa bermusyawarah dalam membincangkan sesuatu isu.

Apabila adanya two-way communication dikalangan kedua-dua pihak, barulah kita akan dapat mengurangkan kontreversi dan mempertingkatkan efficiency kerajaan agar segala hasrat dan dasar dapat sampai kepada rakyat jelata...

Saya amatlah mengharapkan agar kita semua renungkan.. apakah natijah sebenar perjuangan kita.. adakah kerana kepentingan diri atau kepentingan rakyat dan negara....???

Renungkanlah...

Sunday, July 6, 2008

Senyap Di Blog dan Kekacauan semasa politik negara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan bloggers dan para pembaca sekalian.. Pertama sekali saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama tidak aktif untuk menghantar posting-posting terbaru didalam blog saya ini. Ini kerana saya amat sibuk untuk menguruskan pendaftaran saya memasuki semester baru di kampus. Insyallah, apabila saya sudah stabil, saya akan menghantar banyak posting. Ini kerana sememangnya banyak perkara yang terbuku di hati melihat kekacauan politik semasa dan gelagat pimpinan masa kini membuatkan saya amat pening kepala.

Dengan masing-masing seakan-akan lupa dengan tanggungjawab dan tugas hakiki mereka sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili KAMI!!! bukannya untuk mendakwa si polan itu membuat salah dan sebaliknya.

Sudahlah kita kini dilanda krisis makanan dan eknomi global yang amat merunsingkan, para pemimpin baik dari pihak Pembangkang dan Kerajaan saling berbalah mengenai isu yang tidak langsung melibatkan permasalahan rakyat. Dengan adanya Sidang Akhbar tanpa henti dan akuan Sumpah yang bersepah disana sini.. Apa ni...??? ?

Bukan hendak mencemuh atau mengata, tetapi sebagai salah seorang "Semut" yang menyumbangkan bakti demi tanah tumpah darah yang tercinta ini, saya merasa amat kecewa dengan sikap para pemimpin yang nampaknya hanya mementingkan imej mereka dan diri mereka sendiri.

Saya akan menghantar lagi komentar yang lebihberisi di posting saya yang mendatang....

Sekian.

Sunday, June 22, 2008

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH... dan TAKZIAH...

TAHNIAH...TAHNIAH... DAN TAHNIAH....

1) Pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah buat Johan Akademi Al-Quran musim ke-3.. Anak kedah iaitu Mohd Fakhrul Razi dari Kolej Universiti Insaniah.. Saya telah hadir pada malam tersebut dan memang wajar beliau mendapat gelaran tersebut.. Pujian juga saya berikan kepada 3 finalis yang lain, Syarifah, Syamsul dan Tarmizi yang membaca dengan amat baik sekali.




2) Saya juga ingin memberikan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada
TV 9 telah menjayakan program Akademi Al-Quran ini... saya rasa sudah cukuplah kita asyikyang dihidangkan dengan hiburan yang tidak berfaedah seperti Akademi Fantasia, Gang Ster dan banyak lagi..




3) Tahniah juga Kepada Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman yang telah menewaskan Selangor 3-2 dalam perlawanan final Piala FA semalam.. Sang Kenari akan mendapat hatrik lagi season nie.. InsyaAllah..




TAKZIAH


Diucapkan kepada warga Malaysia khususnya Muslimin dan Muslimah terutama golongan muda yang nampaknya semakin tidak berminat dengan program Ilmiah seperti Akademi Al-Quran.. Saya sempat mendengar "statement" daripada pengacara majlis yang mengatakan bahawa rating pada AQ musim ini adalah 800,000. Daripada 27 juta rakyat Malaysia yang majoritinya Muslim, Tidak sepatutnya ratingnya hanya mencatatkan 800,000. Sepatutnya ia boleh mencecah 10 juta atau lebih..

Ayuh wahai bangsa Melayu dan Islam.. Berubahlah daripada menyanjung tinggi artis-artis yang sememangnya tidak memberi faedah kepada kita semua.

Tuesday, June 17, 2008

Congrats Tun...!!












Early morning yesterday, Tun Dr Mahathir's blog had hit 2 million.. I wish Tun a very good luck and well done for his phenomenal blog www.chedet.com.

May Allah bless him with his thoughts and wisdom on helping to ensure the success of our nation..

Hidayat Rashid

Saturday, June 14, 2008

Our Boys Are In Town...Guys...

Sorry, I think I have been late on posting the news on our Army (The Malay Regiment) in Buckingham Palace, London. But, Its alright I guess, The hype isn't over yet..

We as Malaysians especially Malays feel really honored to guard the Palace. Below are the quotes and pictures courtesy of United Kingdom Ministry of Defense website.

20 soldiers of the Royal Malay Regiment have become the first all-Islamic Company to provide a British monarch's ceremonial guard. Report by Shell Daruwala.
RMR soldiers during Changing of the Guards

The Royal Malay Regiment soldiers with Members of the Welsh Guards during the Changing of the Guard at Buckingham Palace on Friday 2 May 2008
[Picture: Sergeant Mick Howard RLC]

At Buckingham Palace today, Friday 2 May 2008, red jackets and black bearskins were replaced by pristine white tunics, brocade 'sampins' and gold-banded 'songkoks', when the Malay Regiment changed guards with 1st Battalion Welsh Guards.

The Regiment is visiting the UK to strengthen ties between Malaysia and the UK. Malaysia is only the fourth Commonwealth nation, after Canada, Australia and Jamaica, to be honoured in performing Public Duties in England.

Major Mohd Fuad bin Md Ghazali led his Company as the Malaysian Army's first Captain of the Guard at Buckingham Palace. He said:

"It is a great honour to be here guarding Her Majesty, who is the Head of the Commonwealth, and it is an expression of the close ties between our two countries."

The Royal Malay Regiment or Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), is the most senior in the Malaysian Army. The 1st Battalion is the ceremonial battalion to their King and only draws recruits from the ethnic Malay population. Because the State religion of Malaysia is Islam, the elite soldiers of the 1st Battalion must all be practicing Muslims.

1 RMR dress uniform and emblem

Dress uniform showing the emblem of the 1st Battalion The Royal Malay Regiment
[Picture: Shell Daruwala, MOD]

The Regiment's own band accompanied the Guards onto the parade ground today. Wearing Malay dress uniform consisting of white tunics and trousers, gold and green brocade 'sampins' (a type of kilt or sarong), topped off with gold-banded, green velvet 'songkoks' (Islamic caps), the bandsmen played a selection of traditional Malaysian tunes to the delight of the gathered crowds.

Major Norhisham bin Kamar, of 1 RAMD, said that this was a proud moment for the Regiment:

"This is a very historical moment for us doing this job, and we will show the best to the audience here, as well as to the Queen.”

He said that this was also a way to help break through religious tensions between the people of Islamic and non-Islamic nations:

"Nowadays there is some difficulties between religion," he said. "Here we will show that Muslim countries can work together with non-Muslim countries. We came from a Colonial country - there's no problem with us – and can show how Muslim countries have no problem to work together with other people."

Changing of the Guard

Garrison Sergeant Major WO1 Mott watches with pride as soldiers of the Royal Malay Regiment carry out the Changing of the Guards at Buckingham Palace
[Picture: Shell Daruwala, MOD]

Welsh Guards Drill Sergeant, Warrant Officer Second Class Dorian Thomas, was one of the three British trainers who spent three weeks training the RAMD in Malaysia, preparing them for their ceremonial duties in the UK. He said:

"I've now trained many incremental Companies that have come across here, and their standard of drill to begin with was immaculate. All we really had to teach was the procedures, or the different procedures we use on our Guard Bands."

Following today's ceremony, WO2 Thomas said that the Malaysians had been outstanding; the best visiting company he had ever seen.

Another of the trainers was Warrant Officer Class 1 W D G Mott OBE, who is the Garrison Sergeant Major at London District and oversees all the Royal ceremonial parades taking place in London and the Home Counties:

"I think it's lovely to have the Malay Regiment on guard now," he said. "They're on Queen's Guard. They've mounted. They're very professional. They've got a lovely attitude towards it.

“From the inception of this with the Chief of General Staff with the Chief of Army over in Malay, General Ismael, everything has been 'cooking on gas'. They've been positive all the way through – very professional as I say – and it's lovely to have them on board."

Sentries given orders

A soldier of the Royal Malay Regiment and a soldier of the Welsh Guards are given orders for their duties on guard at Buckingham Palace
[Picture: Sergeant Mick Howard RLC]

"The Malay Regiment are very professional men and they've come on board with an absolutely outstanding attitude. And that three weeks – you'd think they've been training for about six months."

He said that Malaysians everywhere should take pride in the professionalism of their soldiers:

"If we have Malay persons that live in this country, they should be proud and they should come into London to see them. Over in Malaysia they should be very, very proud of their countrymen that are over here on Royal Guards looking after Her Majesty, the Sovereign."

The Royal Malay Regiment began their Public Duties in the UK by providing the Windsor Castle Guard on Tuesday, 29 April 2008. The Company's London duties are expected to end on 13 June 2008.

London District Brigade Major Lieutenant Colonel Jeremy Bagshaw said:

"We are delighted to welcome the Royal Malay Regiment to participate in ceremonial duties. We are most impressed by the excellence of their turnout and their quality of drill and musicianship."

RMR Band

Members of the Royal Malay Regiment band
[Picture: Sergeant Mick Howard RLC]

Founded by British Commanding Officer, G McBruce in 1933, the Royal Malay Regiment began life as an Experimental Company of just 25 men, becoming the Malay Regiment, with a complement of 150 men on 1 January 1935.

The Regiment now consists of 25 Battalions and has a distinguished record of service in the Second World War, The Malaysian Emergency in the 1950s and the Indonesian Confrontation in the 1960s. More recently, the Regiment's 19 (Mechanised) Battalion were involved in the rescue of downed American servicemen during The Battle of Mogadishu in 1993 – a story immortalised in the Hollywood film 'Black Hawk Down'.

During their stay in London, the Regimental Band will also be involved in the Royal Windsor Castle Tattoo on 8-10 May, Beating Retreat on Horse Guards on 4-5 June and the Royal Hospital Pageant on 7-8 June 2008.

1 RAMD is allied to the Royal Anglian Regiment.

During their tour the Company is based at RAF Uxbridge.