Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Saya ingin mengumumkan bahawa bermula pada 22 Februari 2009, Blog Kisah Sebuah Bangsa akan berubah wajah dan diberi nafas baru. Untuk pengetahuan para pembaca, tujuan asal saya membuat blog hanyalah untuk memperbaiki mutu tulisan saya baik didalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Akan tetapi, lama-kelamaan saya dapati bahawa blog saya sudah menjadi wadah perjuangan saya iaitu untuk membantu menaikkan martabat Agama, Bangsa dan Negara yang saya kasihi ini. Tambahan pula dengan sokongan yang memberangsangkan dari para pembaca dan rakan bloggers yang sentiasa menyokong dan membantu saya untuk terus mencurahkan idea-idea saya.
Untuk makluman, saya menganalisa sesuatu isu atau perkara itu berdasarkan informasi yang sah, dan diatas penilaian rasional dan seboleh-boleh saya akan cuba bersikap neutral. Jika saya menyokong pun kerana memang perkara yang dilakukan itu memberi faedah buat semua. Blog Kisah Sebuah Bangsa akan beroperasi sepenuhnya didalam Bahasa Melayu dan ada artikel yang awal didalam bahasa inggeris akan saya biarkan. Akhir kata saya ingin mengalu-alukan komen-komen yang bernas dan menggalakkan untuk sama-sama kita membantu bangsa kita dan suka saya ingatkan disini bahawa segala komen menggunakan nama anoynomous tidak akan dilayan dan juga komen-komen yang provokasi dan mencerca individu tidak akan dilayan. Saya menyeru kita mengamalkan Blog secara etika untuk membersihkan nama blogger yang dianggap negatif oleh kebanyakkan orang terutama pemimpin negara.
Nantikan posting-posting menarik saya di minggu hadapan dan sehingga bertemu lagi..
Salam Perjuangan,
C.H.E Dayat...
"Penulis bersama pengacara, Aziz Desa di Malam Puisi Gaza, Melaka"