Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua pembaca
blog Kisah Sebuah Bangsa, pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan
kerana agak lama saya tidak mengemaskini blog saya.
Untuk Pengetahuan para
pengikut blog Kisah Sebuah Bangsa sejak tahun 2008 dulu, saya telah pun
berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Umar
Ubaidullah bin Mohd Hidayat yang dilahirkan pada 13-Januari-2012.
Saya
bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga dan kehidupan yang baik sekarang.
Saya kini bekerja di Utara tanah air dan membantu menjaga amanah perniagaan
keluarga, Andai diantara pembaca blog saya sampai ke bumi Pulau Pinang atau
Kedah, boleh hubungi saya untuk singgah bertemu mengenal antara satu sama lain.
Pada entri yang seterusnya iaitu entri sulung pada tahun 2012, saya ingin
mengupas berkenaan dengan Bajet 2013 yang dibentang oleh Kerajaan dan juga oleh
Pakatan Rakyat. Saya akan menganalisan dari kacamata saya sebagai rakyat
Malaysia dan juga secara akademik kerana saya juga mempunyai sedikit sebanyak
ilmu berkenaan dengan ekonomi….
Salam Muqadimmah dari saya,
CHE Dayat serta keluarga…
Gambar 1 - Saya dan Isteri
Gambar 2 - Anak saya