Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Semakin hari semakin panas dengan corat-coret di sana sini berkenaan dengan pemilihan UMNO. Dengan semakin berleluasanya politik wang dimana calon-calon sudah berani secara terang-terangan menggunakan sogokkan bagi mendapat pencalonan untuk jawatan-jawatan tertentu didalam UMNO, kita dikejutkan lagi dengan kemelut yang melanda sayap Wanita UMNO. Sehingga memaksa veteran UMNO, Ibu Aishah Ghani bersuara.
Pada pandangan saya, Tan Sri Rafidah Aziz melalui pelan peralihan kuasanya, masih berkeinginan memegang jawatan didalam kabinet. Itulah sebabnya beliau ingin sangat-sangat untuk berundur pada Jun 2009. Pada pandangan saya, pelan itu hanyalah gimik bagi menampakkan Rafidah ini baik. Akan tetapi akar umbi sudah muak akan pemimpin yang hanya pandai berlakon. Akar Umbi sudah semakin matang dan inginkan perubahan.
Sedangkan Tun Dr Mahathir boleh turun dan menyerahkan kuasanya sebagai PM dan Presiden UMNO kepada Pak Lah. Cubalah contohi sikap Tun yang menyedari perlunya perubahan didalam parti dan negara sebab itulah beliau mengambil keputusan untuk mengundur diri. Bukan saja di Malaysia malah Dunia pun sudah berubah dan mahukan perubahan.
Lihat saja di Amerika Syarikat dimana kempen Barack Obama yang mengguanakan tagline Change Is What We Need jelas telah berjaya menambat hati para pengundi. Saya tidak menyalahkan Datuk Seri Shahrizat didalam keputusannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita kerana beliau nampak seolah-olah Tan Sri rafidah tidak Ikhlas didalam pelan peralihan kuasanya. Sepatutnya Tan Sri Rafidah mengubah tempoh pelan tersebut seiring dengan Presiden UMNO iaitu pada bulan Mac 2009.
Sekarang ini sudah terlambat. Perang sudah pun diishtiharkan dan cumanya, harapan saya janganlah akar umbi berpecah dan bertelagah sesama sendiri berkenaan dengan pertandingan ini. Pilihlah calon yang boleh membawa perubahan kepada parti kita. UMNO perlukan reformasi dan reformasi hanya boleh dicapai dengan peralihan kuasa kepada orang lain dan juga janganlah anda terpengaruh dengan politik wang yang sedang giat melanda parti kita ini. Fikirlah tentang nasib anak bangsa jika kita terus begini.
Renung-rengkanlah.
Salam Perjuangan.
Che Dayat