Thursday, December 31, 2009
Selamat Tahun Baru 2010...
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan rakan bloggers.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dari moderator blog Kisah Sebuah Bangsa. Semoga Allah memberikan kita kurnia dan InayahNya kepada kita pada sepanjang tahun 2010.
Nantikan kemunculan semula blog ini dengan entri-entri yang lebih kritis, lebih rasional disamping mengekalkan nilai-nilai akademik didalam memberikan wahana penulisan yang lebih baik lagi kepada diri saya dan juga kepada para pembaca.
Terima Kasih diatas sokongan anda dan semoga tahun 2010 memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.
Saturday, December 19, 2009
KEKALKAN MODUL BIRO TATANEGARA!
"Bersama Mencipta Kegemilangan". Itulah slogan yang diguna pakai di dalam Biro Tatanegara selama ini. Dan sememangnya kursus-kursus dan modul yang di guna pakai didalam setiap Siri BTN adalah menepati dengan slogan BTN. Sebagai badan yang bertanggungjawab untuk melatih dan memupuk masyarakat dan komuniti yang lebih baik didalam mencipta kegemilangan.
Saya selaku salah seorang produk BTN, saya merasakan bahawa modul yang digarap didalam setiap siri kem BTN adalah mengikut acuan Islam. Dimana elemen-elemen berikut ditekankan:
1) Kerohanian - Solat 5 waktu tidak diabaikan dan setiap waktu solat, wakil dari tiap-tiap kumpulan akan diberikan tugasan seperti menjadi imam, bilal dan sebagainya.
2) Semangat Gotong-Royong - Didalam Biro Tatanegara, kami dilatih untuk bergotong-royong menggunakan sumber yang ada. Ini melatih kami supaya sedar tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan.
3) Mengajar peserta supaya lebih merendah diri - Daripada Perdana Menteri hinggalah pelajar, dilatih untuk merendah diri dengan membasuh pinggan sendiri dan juga mengajar erti kesusahan.
4) Semangat Setiakawan - Suka saya nyatakan disini bahawa BTN memupuk semangat setiakawan yang utuh antara kumpulan dimana kami dilatih untuk bekerja didalam satu kumpulan.
5) Semangat Cintakan Negara - Sepanjang seminggu berada di dalam Kem Biro Tatanegara, saya lebih sayangkan tanahair ini dimana penceramah akan memberikan penerangan dan penekanan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.
Apa yang saya dapat rumuskan disini adalah, para pemimpin pembangkang ini janganlah terlalu ego dan sombong dan juga hanya mementingkan diri sendiri. kenangkan nasib bangsa anda dan apa yang anda lakukan selama ini telah pun sedikit sebanyak merosakkan pemikiran rakyat Malaysia dan bangsa melayu khususnya. Contohi sikap kepimpinan Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang menyatakan benda yang baik buat apa nak halang...
Gambar Atas: 1) Logo Biro Tatanegara, 2) Penulis bersama rakan-rakan didalam LDK, 3) Penulis bersama rakan seperjuangan bersedia untuk sesi ceramah BTN, Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
Wednesday, December 2, 2009
Setelah lama menghilang, kini kembali lagi...
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada rakan-rakan bloggers sekalian. Saya rasa sudah lama benar saya tidak menulis di blog ini. Bukan kerana kekeringan idea, tetapi terlalu sibuk dengan tugasan menjalani latihan praktikal di TV9 dan melakukan Thesis saya. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama 6 bulan terakhir ini saya telah berjaya mengharunginya dan kini saya telah kembali ke kampung halaman saya di utara tanahair bagi membantu menjalani perniagaan keluarga.
Harapan saya kini agar saya dapat berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara saya secara langsung dan oleh kerana itulah saya memilih untuk kembali ke kampung halaman bagi membantu keluarga saya didalam perniagaan. Saya juga bercita-cita untuk melaksanakan projek pertanian iaitu penanaman cili secara fertigasi dan ternakan keli yang mana saya akan laksanakan dalam tempoh sebulan dua ini.
Disamping itu saya akan bergiat dengan lebih aktif dan agresif lagi di arena politik bagi membolehkan saya menyampaikan idea saya kepada pentadbiran untuk memajukan rakyat. Saya menyahut Gagasan 1Malaysia dimana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan oleh sebab-sebab inilah saya kini berada di kampung halaman dan tidak memilih untuk terus bekerja di Media Prima Berhad. Kepada rakan-rakan dan semua di Media Prima terutama yang berada di TV9 dan TV3 bahagian Komunikasi Korporat, saya ucapkan selamat maju jaya dan moga kita terus berhubung dan kekalkan ukhuwah yang terjalin selama ini...
Kepada semua pembaca dan rakan bloggers, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana sudah lama saya tidak bersuara di blog ini. Dan suka saya umumkan di sini bahawa saya akan kembali menulis dan blog ini akan dikemaskini setiap minggu iaitu pada hari ahad jam 9.00 malam ataupun pada bila-bila masa yang saya mempunyai kelapangan dan diharapkan anda semua teruskan menyokong dan memberikan komentar-komentar yang membina di blog saya ini.
Sekian,
Sehingga bertemu kembali...

Subscribe to:
Posts (Atom)