Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada kali ini saya ingin mengupas isu-isu nasional kita yang mutakhir ini semakin hari semakin kejam masyarakat kita ini. Mengapa?
1) Kes bapa meliwat bayinya yang berusia hanya 5 bulan. Saya tidak tergamak hendak menulis berkenaan ini kerana membayangkan betapa teraseksanya bayi tersebut angkara perbuatan keji bapanya itu.
2) Kes seorang kanak-kanak yang disepak seperti bola oleh kekasih ibunya. Orang ramai yang berada disekeliling hanya mampu melihat saja.
3) Kes pembunuhan/ pengguguran anak di sebuah sekolah memandu di Segamat. Ini adalah 3 kes dari banyak kes-kes penderaan, pembunuhan dan penyiksaan yang berlaku didalam masyarakat kita. Apa sudah jadi kepada masyarakat Malaysia mutakhir ini? Paling menyedihkan saya adalah kerana yang terlibat didalam semua ini adalah dikalangan masyarakat melayu islam. Ulasan saya mudah saja.
Masyarakat kita sudah tidak lagi berpegang teguh kepada ajaran Agama kita. Sudah lari dari norma-norma kehidupan sebagai seorang insan. Saya juga merasakan bahawa penularan najis dadah yang berleluasa juga menjadi faktor keruntuhan moral dan akhlak masyarakat kita. Bersekudukan dan zina sudah menjadi perkara biasa didalam negara kita kini. Orang melayu islam minum arak juga sudah menjadi kebanggaan anak-anak melayu kita masa kini. Apa yang ditakutkan adalah masyarakat kita masa kini sudah menjadi semakin tamak!!! Tamak bukan sahaja dari aspek $$$ tetapi juga tamak dengan hanya mahu mengambil berat tentang diri sendiri sahaja tanpa mempedulikan orang lain. Mengupas berkenaan isu penderaan kanak-kanak sehingga mati baru-baru ini, saya amat MARAH dengan sikap orang-orang yang hanya tengok saja kanak-kanak itu disepak, diterajang oleh kekasih ibunya. Dengan hanya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak masuk campur, lelaki Syaitan ini mempunyai "lesen" untuk membunuh anaknya. Tidak logik sama sekali takkanlah 3-4 orang tidak boleh menghalang lelaki tersebut??? ini yang menjadi persoalannya. Mentaliti rakyat negara ini juga nampaknya semakin ke belakang. Seolah-olah Bodoh sehingga hilang pedoman. Contohnya apabila berlaku kemalangan, jalan menjadi sesak teruk kerana pemandu-pemandu yang bodoh hanya mahu tengok apa yang terjadi. (akan kupas di posting lain).
Pemimpin-pemimpin kita juga tidak mengira parti baik kerajaan atau pembangkang kini hanya sibuk mahu tunjuk siapa hebat, siapa menang sahaja. Isu-isu rakyat tidak mahu diambil berat. Konklusi saya, Masyarakat kita perlu berubah dan pemimpin juga MESTI turun padang bukan melawat sebagai VIP tetapi menyelami permasalahan rakyat. Isu Moral dan akhlak juga tidak harus diambil enteng. Perlu cari pendekatan bagaimana mahu menangani masalah ini. Sekian, Kita akan bertemu lagi di posting yang akan datang. Wassalam.