Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat para pembaca dan sahabat-sahabat bloggers. Pertama sekali saya ingin memohon kemaafan kerana lama tidak bersiaran di arena blog ini. InshaAllah saya akan cuba meluangkan masa dengan membuat tulisan-tulisan dengan lebih kerap InshaAllah.
Baik lah bagi yang baru mengikuti blog ini, CHE Dayat adalah nama pena yang saya gunakan selama 10 tahun didalam blog. Jemput untuk Follow blog saya ya.
Baru-baru ini diadakan sebuah kongres yang dinamakan Kongres Maruah Melayu, Amanat Tun Dr Mahathir kepada umat Melayu. Saya melihat penganjuran program ini adalah manifestasi keresahan dan kebimbangan orang melayu akan nasib bangsa nya sendiri pasca PRU 14 yang nampak nya semakin lama semakin hilang kuasa, semakin hilang tempat di dalam perlumbaan kemajuan, semakin tidak dihormati dan banyak lagi.
Penganjuran ini saya kira kena pada tempatnya, namun amanat dan ucapan yang diberikan oleh Perdana Menteri Ke 7 ini agak mengecewakan saya. Ya, kita sedar, melayu itu banyak kelemahannya dan sebagai seorang "father Figure" Tun Mahathir wajar menegur. Namun, sepatutnya teguran perlulah disertai dengan dorongan dan motivasi. Jangan membangsatkan bangsa sendiri.
Sesungguhnya bangsa melayu itu bukan bangsa yang Bangsat, malah ketamadunan Bangsa Melayu mendahului bangsa-bangsa lain sebelum ini. Namun ada beberapa kelemahan yang perlu kita perbaiki dan ambil pengiktibaran. Dalam ucapan beliau juga, banyak perkara saya lihat kena pada batang hidungnya sendiri. Di mana perpecahan melayu, persengketaan dan banyak lagi siapa yang cetuskan? Siapakah yang sanggup menggadai prinsip perjuangan bersekongkol dengan Parti Chauvinis dan Liberal itu hanya untuk menumbangkan seseorang pemimpin?
Namun disini, saya juga didalam dilema kerana kerajaan dahulu juga tidak kurang khilaf dan silapnya. Hanya kekalahan dapat mengajar pembodek-pembodek dan pemimpin yang leka dengan kuasa dan harta. Ini lah harga yang kita perlu bayar diatas kelekaan dan kelalaian kita dengan duniawi.
Berbalik pada Kongres ini, Saya cuma kecewa dengan ucapan Perdana Menteri yang tidak memberikan semangat dan inspirasi kepada Umat Melayu untuk bangkit semula. Ianya lebih kepada komplen dan leteran. Namun, bagi pembentangan Kluster-kluster yang terlibat amatlah saya sokong,
Saya amat berharap Kerajaan yang ada pada harini mengambil maklum dan mengambil berat akan Resolusi yang dibentangkan oleh Kongres. Dan kepada seketariat Kongres, saya berharap jangan berhenti setakat ini sahaja. mesti ada sesi Follow Up bersama pihak-pihak yang berkenaan untuk memastikan semua resolusi yang dibentang dituruti oleh pemerintah.
Begitulah saja ulasan ringkas saya terhadap Kongres ini. InshaAllah entri selepas ini saya akan kupas berkenaan Belanjawan 2020 yang baru dibentangkan kepada Parlimen pada Jumaat baru-baru ini.
Sekian.
CHE Dayat
No comments:
Post a Comment