Monday, May 19, 2008

Situasi Dalam UMNO Kini dan Suasana Politik Melayu Masa kini..Pada pandangan saya


Assalamualaikum kepada rakan-rakan bloggers dan sesiapa yang melyari blog saya ini. Di sini saya ingin memberi sedikit pandangan saya sebagai akar umbi UMNO mengenai situasi UMNO pada masa kini dan juga keadaan politik melayu masa kini. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Y.A.B Tun Dr Mahathir yang telah keluar daripada UMNO setelah berada didalam parti tersebut selama 62 tahun.. Pelbagai reaksi telah ditunjukkan oleh pemimpin MELAYU yang kononnya sayangkan UMNO dan sebagainya. Paling yang tidak dapat diterima ialah komen daripada (Tun) Musa Hitam yang menyifatkan tindakan Tun Dr M keluar daripada UMNO ibarat "duri dalam daging yang sudah terkeluar". Tidakkah Tun Musa sedar bahawa Tun Musa juga dulu yang menjadi duri dalam daging didalam UMNO sendiri dengan menyertai Tengku Razaleigh Hamzah dan Pak Lah untuk menjatuhkan Dr M.. Inilah hakikat yang harus kita tempuhi dan lihat.. bahawa politik alam Melayu sungguh kaya dengan budaya "Cah Keting" dan dengki - mendengki.. Kita lihat semasa Tun Dr M semasa menjadi PM, beliau mengumumkan mahu meletak jawatan, Lihat saja reaksi MT yang lain tergesa-gesa meluru terhadap Tun menyeru agar Tun tidak letak jawatan... Tetapi, setelah Tun tidak lagi ada kuasa dan tidak menjadi PERDANA MENTERI mengumumkan beliau keluar didalam UMNO, kebanyakkan pemimpin bertindak "Memaki" TUN.. Lihat saja lah, betapa kotornya pemikiran politik melayu.. hanya memandang seseorang itu kerana jawatannya.. bukan kerana keperibadian seseorang itu..

Umno juga kini menjadi sebuah parti yang in-denial dimana menafikan hakikat yang mereka tempuhi.. UMNO harus terima hakikat bahawa UMNO bukan lagi menjadi wadah perjuangan orang melayu masa kini. tidak seperti tujuan asal penubuhan PEKEMBAR (UMNO) iaitu untuk menjadi wadah bagi umat Melayu Islam untuk memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara. Oleh sebab pemimpin UMNO masih menafikan hakikat ini.. maka terjadilah apa yang kita namakan Tsunami Politik didalam PRU ke 12 yang lalu.. Dan Pemimpin UMNO masih lagi In-Denial mengatakan mereka menang.. hakikatnya mereka telah kehilangan bukan sahaja 6 negeri kepada pembangkang, malahan kepercayaan akar umbi terhadap kepimpinan parti juga telah hilang..

Inilah yang menjadikan Tun Dr M dan ramai lagi akar umbi resah dan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti sehingga Pak Lah meletak Jawatan.. Ini kerana UMNO masa kini sudah tidak relevan lagi kepada orang Melayu.. Sebagai orang yang sayangkan parti, kadang kala kita harus mengambil tindakan di luar jangkaan kita untuk menyelamatkan parti yang dicintai..

Itu sajalah komen saya.. saya akan kupas lagi mengenai dimana silapnya UMNO sehingga menjadi kucar-kacir seperti sekarang didalam posting saya yang berikut...

1 comment:

Unknown said...

Penyakit didalam UMNO:
1 kepentingan diri
2 mencari harta kekayaan dunia
3 politik wang
4 mengejar kuasa tanpa tanggungjawab
5 tidak berdaya mencari penyelesaian yang tepat
6 mendengar hanya pujipujian
7 tidak endah kritikan membina
8 tunjuk perasaan "hangat2 tahi ayam" - saga keris
9 kesanggupan mengampu, mencium tangan untuk hadiah jawatan dan pangkat
10 dan lain2 lagi

Kini PAS lebih amanah