Tuesday, June 10, 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK, BUKTI KERAJAAN TIDAK PRIHATIN DENGAN MASALAH RAKYAT DAN SUARA AKAR UMBI


Pengumuman oleh YAB Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi berkenaan dengan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol dan RM 1 bagi diesel amat membimbangkan saya.. walaupun kerajaan membayar balik kenaikkan itu dengan pemberian wang tunai sebanyak RM 625 SETAHUN dan mengikut kadar-kadar yang lain, ini tidak dapat diterima oleh rakyat. Kenaikkan harga minyak Global tidak boleh dijadikan asas untuk kerajaan menaikkan harga minyak. Ini kerana Malaysia merupakan pengeksport minyak. Jadi sedikit sebanyak, kenaikkan harga minyak global akan memberikan impak yang positif terhadap perolehan PETRONAS.. tambahan pula, tujuan penubuhan PETRONAS adalah sebagai amanah rakyat untuk menjaga keperluan "minyak" negara.


Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat. Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah. Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan. Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat. Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka. Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia.

Kita perlu berterima-kasih kepada Tun Dr Mahathir yang telah menstrukturkan PETRONAS ini untuk menjadi lebih kukuh dengan melakukan eksplorasi di luar negara. Jadi keuntungan yang diperolehi daripada operasi PETRONAS di luar negara. Berbanding dengan negara lain, mereka hanya menggunakan sumber minyak mereka untuk dijual kepada luar dan juga untuk kegunaan dalam negara. Pendekatan yang diambil oleh PETRONAS menyebabkan keuntungan yang maksima dan mampu untuk menampung subsidi minyak di negara ini.

Dengan kenaikkan harga minyak yang mendadak ini, kadar inflasi negara melonjak kepada 5% dan ini adalah tidak sihat bagi sebuah negara yang sedang membangun. Orang ramai tidak akan berbelanja dan pusingan ekonomi akan menjadi lembab. Kerajaan sebenarnya amatlah dalam bahaya kerana menyeru rakyat supaya berjimat cermat, ubah gaya hidup dan sebagainya. Ini akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi yang lambat dan bagaimana industri dan sektor swasta akan bertahan didalam negara jika kos meningkat. Hakikat yang harus diterima adalah banyak pelabur asing telah beralih untuk melabur di negara China yang mana kosnya lebih murah berbanding Malaysia. Peluang pekerjaan akan berkurang, kadar pengangguran akan meningkat, jenayah akan meningkat, masalah sosial akan meningkat dan banyak lagi.

Pada pandangan saya, daripada kerajaan mahu menanggung subsidi terhadap bahan makanan dan lain-lain selain minyak, ianya tidak akan memberikan impak yang besar dan signifikan. Jika kerajaan mahu membendung ketirisan yang berlaku terhadap minyak bersubsidi, gunakan sistem dua harga kepada rakyat Malaysia dan juga kenderaan asing. Melalui kaedah ini, ianya akan menjimatkan jumlah tanggungan subsidi bersamaan dengan kaedah yang dilaksanakan sekarang tanpa menaikkan harga minyak dan membebankan rakyat yang telah MENGUNDI UNTUK MEREKA INI!!!!!!

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula kenaikkan bahan bakar ini yang menjadi nadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi negara dan keseluruhan rakyat...


2 comments:

Letting the time pass me by said...

Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...

I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...

Nur Ikhsan said...

We are not give them to rule the government but we give them the power to oppress our power. They're are not government, but they're seller, we are buyer.