Monday, August 11, 2008

Isu disana-sini dan apa puncanya? Tepuk dada tanya selera...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian dan rakan bloggers. Pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah agak lama saya menyepi didalam dunia bloggers. Sebenarnya saya sekarang sedang sibuk dengan tugasan dan jadual harian yang padat. Kali ini saya ingin membincangkan tentang masalah dan isu-isu yang semakin lama semakin banyak dan nampaknya sudah seperti tidak terkawal (saya sendiri sudah tidak larat untuk menyeenaraikan isu-isu tersebut..)
Kita semua maklum bahawa baru-baru ini, Bar Council @ Majlis Peguam menganjurkan Forum memeluk agama Islam.. Persoalan yang bermain di minda saya cuma satu, mengapa sekarang ini semakin bercambah pihak yang berani untuk mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Agama Islam? Adakah kerana kerajaan yang sedia ada lemah? atau nilai jatidiri dikalangan umat Melayu dan Islam itu sendiri sudah semakin terhakis?....

Pada pandangan saya, kerajaan yang lemah memang menjadi punca tetapi apa yang ingin saya tegaskan disini adalah dimanakah tahap jatidiri dan kekuatan umat Melayu dan Islam masa kini? Seperti yang saya selalu tekankan didalam posting saya yang sebelum ini, punca masalah yang berlaku didalam negara kita ini adalah kerana kelemahan kita sendiri.
Jadi, Ingin saya ingatkan sekali lagi, Ayuhlah wahai bangsa Melayu yang beragama Islam, kita bermuhasabah diri dan menilai dimanakah tahap kita, bagaimanakah bangsa lain memandang kita? Bukan hendak menuding jari kemana-mana pihak atau individu bahkan, sedang saya menulis saya juga berfikir tentang diri saya sebagai anak Melayu yang beragama Islam, dimanakah tahap saya dan apakah pandangan orang lain terhadap keperibadian saya dan sebagainya.

Seperti yang selalu ditekankan oleh pepatah Inggeris;

"If you want to be respected, you have to respect others"...

Menghormati orang bukanlah bererti kita takut terhadap orang, ianya harus ditunjukkan dengan "kemenangan kita". Maksud "Kemenangan kita" disini bukanlah untuk berperang atau bergaduh diantara kaum, akan tetapi kita haruslah menguasai ilmu pengetahuan, ekonomi dan lain lagi. Pada zaman sekarang, mata pena itu lebih gagah daripada pedang...
Natijahnya, masalah utama yang dihadapi oleh bangsa Melayu sekarang adalah kita sudah semakin lemah akan jatidiri didalam insan yang bernama Melayu.
Lihat saja statistik REMPIT, MAT DADAH, PENCURI, MASALAH SOSIAL, RAKAMAN VIDEO LUCAH dan bermacam-macam lagi yang MALU untuk saya senaraikan disini majoriti yang terlibat adalah dikalangan anak-anak muda berbangsa Melayu.. Itu perihal anak-anak muda, yang berumur dengan cara yang berumur, RASUAH, SALAH GUNA KUASA, ROGOL dan bermacam-macam lagi pun majoriti yang terlibat adalah dikalangan orang MELAYU..
Jadi cuba saudara dan saudari renungkan, dimanakah tahap kita sekarang? adakah ini harapan para pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas, menggadaikan nyawa, menitiskan air mata dan darah demi memartabatkan kedaulatan negara dan menuntut kemerdekaan???
Insan yang kerdil ini hanya mahu meminta:
bangsaku,
sekian lama engkau lena,
janganlah kau lena lagi,
bangunlah dari tidur-tidurmu yang nyenyak,
sedarlah dari angan-angan mu yang rapuh,
keluarlah dari kepompong pemikiran yang rapuh,
jadilah sebuah bangsa yang teguh,
agar nasib bangsa kita terbela....
Dan menjadi.... Kisah sebuah bangsa yang berjaya...
Renung-renungkanlah... tepuk dada, tanya selera..
Hidayat Rashid



1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakkua,

Mak Cik bangga kamu berkerja kuat dan tidak mengapalah kalau tidak blog buat sementara waktu. Elok juga masa yang berharga ditumpukan pada yang lebih penting dulu.

Ya Mak Cik faham perasaan kamu terhadap apa yang berlaku pada bangsa Melayu sekarang. Ini semua kerana SEGALA ISU mereka nak politikan.

Maksud Mak Cik ahli Politik dari semua parti sibuk berPolitik dari menjalankan tugas masing masing. Maka inilah jadinya. Inilah realitinya. Semakin kalut disana sini.

Tidak lama lagi akan berlaku lagi Perang Saudara. Melayu berebut kuasa dengan Melayu. Orang Melayu yang jadi mangsa.

Lengkapkan diri masing masing dengan mengejar Ilmu, pandai pandailah jaga diri kita, lengkapkan dengan yang sebaiknya ilmu dunia dan akhirat. Jangan harap sangat pada sesiapa untuk mengubah nasib kita.

WaAllahuALam.