Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca dan rakan bloggers. Saya tertarik dengan petikan akhbar Utusan Malaysia (Hari ini) dimana laporan berkenaan dengan Bank Negara Malaysia menyerbu 4 Syarikat yang dipercayai terlibat dengan Skim Cepat Kaya... Apa yang saya kesalkan adalah, bagaimanakah di zaman canggih, serba moden dan Kerajaan menyediakan berbagai peluang perniagaan kepada rakyat, masih ramai yang menyertai Skim Cepat Kaya ini... Apa yang boleh dikesalkan lagi adalah, rata-rata dari peserta skim cepat kaya ini adalah dari golongan Umat Melayu... Wahai bangsaku, adakah engkau ni jahil sungguh berkenaan agama mu??? Bukankah Allah telah berfirman bahawa Allah tidak akan membantu sesuatu Umat itu melainkan mereka membantu diri mereka sendiri.... Akan tetapi, masih ramai yang ingin cepat kaya, kelabu dengan janji-janji manis yang menjamin mereka menjadi kaya. Saya bukan hendak tunjuk pandai, tetapi prinsip hidup saya yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca adalah jika ingin berniaga atau ingin kaya, hanya usaha yang gigih, perlu bersusah dahulu dan mempunyai barangan yang wujud dan sahih untuk diperdagangkan... Hukum alam sudah dicipta sebegitu rupa dimana apa-apa yang ingin naik ke atas mestilah daripada bawah... dan apa yang diatas itu boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja... Saya ingin mengingatkan para pembaca semua, jika ada saja tawaran skim itu dan ini yang menjanjikan wang tanpa perlu mebuat kerja apa-apa janganlah dipercayai dan nasihatlah rakan-rakan, saudara mara dan lain-lain jika ada yang cenderung ke arah itu.. Sekian. Hidayat Rashid
4 comments:
salam dayat - abang suka posting ni, dan bercadang untuk mintak dayat tuliskan untuk majalah abang, dewan ekonomi, tentang soal2 DEB tu bila dateline nya? abang agak sibuk bulan ni.
Terima Kasih kerana add kan link blog aku.
Pasal skim cepat kaya ni, sebilangan besar bangsa kita paling gemar skim-skim seumpama ini. Tak serik-serik, tak faham ke? kalau nak kaya semua kena susah-susah dahulu. Tapi bangsa kita suka yang senang je dan tak nak ambik risiko. Padahal skim-skim seumpama inilah yang paling menyusahkan dan berisiko tinggi. Angan-angan tinggi macam mat jenin. Nak pakai kereta mewah, nak jadi jutawan. Tinggalkan pekerjaan, tinggalkan pelajaran hanya untuk skim-skim ini. Paling kesian aku tengok ada yang sampai gadaikan rumah dan buat pinjaman peribadi untuk masuk. Bila skim hilang entah ke mana, habis la semua harta benda hilang sekali. Harapan nak hidup senang tapi akhirnya makin susah.
Bilalah bangsa kita nak sedar? Banyak juga mereka-mereka yang aku cuba sedarkan, tapi aku rasa bangsa kita ni nak kena terhantuk dulu baru terngadah. Tapi yang penting jangan putus asa menegur bangsa kita yang tersilap langkah dan yang leka. Kitalah harapan mereka, teman sesama bangsa.
Skim ini memang bergerak atas nama usahawan tanpa apa2 produk. yang penting duit masuk cari downline atau dok tunggu je.
Buat la undang-undang mcm manapun.patutnya yg masuk skim ni pun patut dikenakan hukuman.
Nak cARI Duit...nak cari duit...
Salam,
Bukan senang nak senang....
em ayman siddiq amat setuju ngan kenyataan cik yat kita ni
Ramai sungguh dah terpadaya dek skim2 pelik ni.
dulu masa ayman kecil2 dulu heboh pakcik2 kawan2 ayah, duk wat loan, jual tanah,pajak umah, untk menyertai satu skim yang di gelar skim PAK MAN TELO...
tu rasanya pada awal tahun 1990-an
masa tu ayman masih skolah lagi.
Mungkin masa tu kesedaran masih kurang
17 tahun kemudian...
"Melaka: Dua biras yang juga rakan niaga Syrikat Hitech Enterprise, semalam mengaku tida bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan, penggubah wang haram, masing-masing lebih RM 45 Juta dan RM 16 Juta.
Mohd Riezuan Jalil, 28 menghadapi 162 tuduhan pengubagan wang haram berjumlah RM 45,026,06, manakala Basri Samsudin, 35, denagn 60 tuduhan yang sama berjymlah RM16,133,009." Berita Harian
tgk2
ada lagi yang kena tipu....
teruk tullah
orang kita ni
emm nak wat macam na
Nak cari duit...nak cari duit...
Ayaman Kesah ni....
Post a Comment