Thursday, October 9, 2008

Tindakan Pak Lah satu tindakan yang bertanggungjawab, mengambil kira tekanan yang diterimanya.



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Kali ini saya akan mengupas/mengulas berkenaan dengan isu Tindakan Pak Lah yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Parti UMNO sekaligus meletakkan diri beliau sebagai Pengurusi Barisan Nasional, dan Perdana Menteri Malaysia.

Saya melihat langkah ini sebagai langkah yang bertanggungjawab daripada seorang pemimpin. Tindakkannya menunjukkan bahawa beliau sedar akan perlunya reformasi yang segera didalam UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti UMNO dan juga Barisan Nasional.


Pada pandangan saya, Pak Lah merupakan seorang pemimpin yang baik... TETAPI, beliau terlalu banyak mendengar dan mengikut nasihat daripada orang-orang yang berkepentingan sendiri lalu menjatuhkan dirinya. Saya juga sebagai seorang pemimpin pelajar melalui pengalaman yang serupa. Kadang-kadang apabila memimpin, kita tidak sedar akan perkara yang berlaku di bawah. Kita menganggap semuanya indah dan semuanya baik-baik belaka walhal apabila kita periksa, terlalu banyak anai-anai yang telah memakan tiang kita lalu akan runtuh bersama-sama dengan kita sekali.


Sudah sampai masanya beliau sedar dan melakukan tindakan untuk kepentingan parti dan negara dan memenuhi suara akar umbi yang meminta beliau untuk melepaskan jawatan.


Cuma, apa yang saya kesalkan, masih ada calon yang bermain dengan wang ringgit dan tidak serik-serik untuk sanggup menjual agama, bangsa dan negara demi kepentingan sendiri... Saya tidak mahu menyebuty siapa orang tersebut. Tetapi, menurut maklumat yang saya terima, beliau ini telah menawarkan jumalah wang yang banyak bagui sesiapa yang mengundi beliau... Akan tetapi apa yang saya nampak, ialah beliau ini sudah ketinggalan kerana ada orang yang lebih bersih dari beliau yang telah layak bagi merebut jawatan tersebut.


Kita mestilah sedar bahawa tujuan kita berada didalam parti UMNO yang dicintai bukanlah untuk memberi keuntungan kepada kita dan keluarga kita... Sudah sampai masanya, kesemua ahli dan pimpinan UMNO sedar dan kembali kepada asal (back to basic) perjuangan UMNO iaitu demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.


Kita mesti reform dan berubah demi kebaikan. Anjakan paradigma adalah sesuatu yang amat perlu didalam UMNO masa kini. Keadaan UMNO pada hari ini akan mencerminkan masa depan umat melayu di masa hadapan.


Sekian.


Hidayat Rashid

* Penulis bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu Majlis Pelancaran Duit Syiling Songket di Sri Pentas 3, TV3.

1 comment:

Ayman Siddiq said...

Tangungjawap atau tekanan?

Satu-satu nay tindakan yang betul di lakukan oelh Pak Lah adalah tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan akan datang,
adakah alhirnya beliau sedar dari mimpi dan ketaksubannya dalam mencari fatmurgana nya sendiri(pinjam ayat dia juga)

Antara rasa tngungjawap atau tekanan yang di berikan oleh akar umbi dan rakyat membuatkan pak lah akur...

kata orang, kalu kita turun sendiri dari tempat yang tinggi tak la sesakit di tolak dek orang lain...
so ,daripada di aibkan dengan kekalahan bek Pak lah undurkan...


refomasi dan revolusi
UMNO
akan
bermula

dan refomasi kearah mana?
revolusi dari arah yang bertentangan atau sebaliknya....

Ada telinga dengar, ada mata lihat, ada akal korang pikirla sendiri


Ayman Siddiq