Monday, February 2, 2009

Sekitar Kursus Asas Keusahawanan Siswa Anjuran Malaysian Entrepeneur Development Centre (MEDEC)




Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman sekitar Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) Siri 3&4 Anjuran MEDEC di Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi Pahang Darul Makmur.


Ketibaan & Pendaftaran di Selesa Hillhomes, Saya bersama sahabat merangkap orang kuat Kampus, Saudara Nur Ikhsan di Kaunter Pendaftaran.




Slot Pertama oleh En Nazri, Koordinator Program Tunas Mekar yang memberi Suntikan semangat kepada para peserta untuk menceburi bidang Keusahawanan. Gambar dibawah menunjukkan sekitar Slot Bersama En Nazri.


Setelah kami puas berhempas pulas memerah otak dan diberikan tugas untuk membangunkan sebuah business plan, maka tibalah masa untuk pembentangan Business Plan. Saya juga telah diberi peluang untuk memberi sedikit sebanyak ceramah berkenaan dengan perihal Usahawan Melayu. Bersama saya adalah pengusaha Dobi yang berjaya memecahkan dominasi bangsa lain dan bakal memasuki pasaran Francais tidak lama lagi, Tuan Haji Jamil (Contoh Usahawan Melayu yang berjaya) dan bersama perantara merangkap Koordinator Kursus (KAKS), Puan Zaliha Bt Hashim.


Banyak pengisian program yang amat bermakna dan berguna termasuklah pendedahan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan dan juga cara-cara untuk berjaya didalam bidang perniagaan. Kami juga berkesempatan untuk menjalani Lawatan Industri di Ulu Yam, dimana kami bertemu dengan salah seorang dari pengusaha cendawan yang berjaya memperolehi pendapatan lebih RM30,00 sebulan. Dan sempat juga kami singgah untuk menghirup sedikit air mineral yang terus turun dari Bukit.. Inilah Nikmat alam yang Allah berikan kepada kita...






Akhir kata, itulah saja yang saya dapat kongsikan sedikit sebanyak pengalaman dan intipati dari kursus tersebut. Kepada para peserta, saya ucapkan selamat berjaya dan moga bertemu lagi di kesempatan lain.... Wasalam...



3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Alhamdulillah, sejuk hati tengok gambar kamu semua membuat dan mempelajari sesuatu yang berguna.

Sibuk betul kamu, baguslah, manafaatkan waktu yang terluang dan kesihatan kurniaan Illahi ke arah kebaikan.

Semoga berjaya dan teracapai segala cita cita, InsyaAllah.

azlishukri said...

dayat - kagum dengan cara dayat bekerja.

Nur Ikhsan said...

satu pendekatan yang bagus dari Uitm, namun masyarakat kita perlu ubah persepsi mereka dalam menjalankan sebarang bisnes, bukan hanya sekadar berfikiran local sahaja. Teruskan perjuangan anda