Monday, May 11, 2009

Selamat Tinggal UiTM Kampus Bandaraya Melaka... "Tribute to BBAM" Siri I

Muqadimmah,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat para pembaca dan rakan bloggers... Ketika saya menaip entri ini, pelbagai perasaan bercampur aduk di benak fikiran dan hati saya... Sedih, Gembira, Insaf dan semuanya rasa serba tidak kena... Bukan apa, ini adalah hari-hari terakhir saya di bumi Melaka sebelum saya dan rakan-rakan akan pulang ke kampung halaman masing-masing... Kepulangan atau cuti semester ini amat berlainan dari biasa, kerana cuti ini merupakan cuti yang terakhir sebagai seorang pelajar, selepas ini kami akan menjalani latihan praktikal selama 5 bulan dan insyaallah akan bergelar seorang siswazah...

Dua tiga hari ini merupakan peluang untuk saya dan rakan-rakan yang saya kenali semenjak 2 tahun setengah berada di kampus ini...

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca dan juga saya dedikasikan entri ini buat semua rakan-rakan seperjuangan di UiTM Kampus Bandara Melaka...

Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun kita berada di bumi Melaka ini... Begitu banyak kisah-kisah yang pahit dan manis telah ditempuhi.. Akan tetapi, anggaplah segala pengalaman pahit itu sebagai satu pengajaran yang berguna pada kita dimasa hadapan... Saya telah ungkapkan ini di Facebook menyatakan bahawa saya akan tinggalkan segala yang pahit disini dan yang manis akan saya pulang... Ini kerana saya tidak mahu membawa yang pahit kerana tidak mahu ia menjadi kudis dihati dan akan menjejaskan perhubungan persahabatan yang terjalin selama ini.

Ya, saya akui, sepanjang berada di UiTM KBM ini, macam-macam ragam yang saya tempuhi dan bermacam-macam ragam saya yang rakan-rakan layani... tetapi ini pesan saya buat rakan-rakan:

"Sebelum kita membuat keputusan terhadap sesuatu masalah, konflik atau apa sahaja, kita harus cermin diri kita dahulu... kita hidup perlu bertolak ansur.. INGATLAH, bahawa diri kita juga tidak sempurna, didalam kita sibuk untuk hendak memarahi orang kerana kita terasa hati, pernahkah kita terfikir, perbuatan kita yang menyikiti hati individu tersebut???"

Kita jangan asyik nak fikirkan keburukkan orang itu sahaja, tetapi hendaklah kita memikirkan kebaikannya kerana kita juga mempunyai keburukkan....

Adalah menjadi harapan saya, agar persahabatan yang terjalin selama ini janganlah putus dan terus-terusanlah berhubung diantara satu sama lain...

Kepada Rakan-rakan, saya ucapkan selamat maju jaya, moga kalian berjaya didalam apa jua yang hendak diceburi... Dan ingin saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan buat kalian andai ada yang terasa hati dan segala salah silap dan khilaf saya harap diampun...

Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar nostalgia yang sempat saya upload... Moga kenangan yang manis ini akan terpahat dihati kita buat selamanya...

Nantikan Tribute siri ke II pada masa akan datang....


1 comment:

Amjat said...

Sudahlah saudara berjuang atas nama Melayu. Kerana berjuang atas nama melayu lah kita berpecah belah. Alangkang indahnya jika kita berjuang atas nama Islam dengan menyokong parti yang memperjuangkan islam. Walau ada cacat celanya tapi matlamatnya jelas iaitu untuk menegakkan agama islam. Jadi,tak ada gunanya menegakkan bangsa melayu. Jika boleh pun adalah adat2 melayu. Lebih baik kita berjuang atas nama islam kerana ganjarannya pasti di akhirat. Tapi berjuang atas nama melayu apa ganjarannya di akhirat??