Saturday, December 19, 2009

KEKALKAN MODUL BIRO TATANEGARA!








"Bersama Mencipta Kegemilangan". Itulah slogan yang diguna pakai di dalam Biro Tatanegara selama ini. Dan sememangnya kursus-kursus dan modul yang di guna pakai didalam setiap Siri BTN adalah menepati dengan slogan BTN. Sebagai badan yang bertanggungjawab untuk melatih dan memupuk masyarakat dan komuniti yang lebih baik didalam mencipta kegemilangan.

Saya selaku salah seorang produk BTN, saya merasakan bahawa modul yang digarap didalam setiap siri kem BTN adalah mengikut acuan Islam. Dimana elemen-elemen berikut ditekankan:

1) Kerohanian - Solat 5 waktu tidak diabaikan dan setiap waktu solat, wakil dari tiap-tiap kumpulan akan diberikan tugasan seperti menjadi imam, bilal dan sebagainya.

2) Semangat Gotong-Royong - Didalam Biro Tatanegara, kami dilatih untuk bergotong-royong menggunakan sumber yang ada. Ini melatih kami supaya sedar tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan.

3) Mengajar peserta supaya lebih merendah diri - Daripada Perdana Menteri hinggalah pelajar, dilatih untuk merendah diri dengan membasuh pinggan sendiri dan juga mengajar erti kesusahan.

4) Semangat Setiakawan - Suka saya nyatakan disini bahawa BTN memupuk semangat setiakawan yang utuh antara kumpulan dimana kami dilatih untuk bekerja didalam satu kumpulan.

5) Semangat Cintakan Negara - Sepanjang seminggu berada di dalam Kem Biro Tatanegara, saya lebih sayangkan tanahair ini dimana penceramah akan memberikan penerangan dan penekanan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.

Apa yang saya dapat rumuskan disini adalah, para pemimpin pembangkang ini janganlah terlalu ego dan sombong dan juga hanya mementingkan diri sendiri. kenangkan nasib bangsa anda dan apa yang anda lakukan selama ini telah pun sedikit sebanyak merosakkan pemikiran rakyat Malaysia dan bangsa melayu khususnya. Contohi sikap kepimpinan Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang menyatakan benda yang baik buat apa nak halang...

Gambar Atas: 1) Logo Biro Tatanegara, 2) Penulis bersama rakan-rakan didalam LDK, 3) Penulis bersama rakan seperjuangan bersedia untuk sesi ceramah BTN, Ulu Sepri, Negeri Sembilan.

1 comment:

Nur Ikhsan said...

gambar terbaik tu... hehe