Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Ini berikutan terlalu banyak isu sehinggakan saya tidak sempat nak menghuraikan satu persatu. Tetapi saya rasa terpanggil untuk menulis berkenaan Gagasan Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Kita DS Najib Tun Razak. Apa yang saya lihat, idea gagasan 1 Malaysia amat bagus sekali diamana ianya menekankan tentang prestasi dan mendahulukan rakyat.
Akan tetapi, apa yang ingin saya persoalkan adalah cara penyampaian atau "Delivery" oleh pelaksana-pelaksana daripada idea Gagasan 1 Malaysia ini. Pelaksana ini termasuklah Para Pegawai-pegawai Tadbir Kerajaan, Kementerian dan juga Menteri Kabinet. Sekalipun pemimpin utama negara mempunyai idea yang cukup baik untuk mengubah dan mentransformasikan Kerajaan, ianya tidak lengkap tanpa penyampaian "on the ground" yang efektif. Inilah persoalan besarnya, adakah aktiviti di padang @ dibawah @ "on the ground" cukup signifikan bagi merealisasikan idea @ Gagasan 1 Malaysia ini?
Apa yang saya lihat, di kebanyakkan kementerian lebih banyak mahu membodek rakyat dan mudah tunduk dengan apa saja tuntutan tanpa memikirkan akibatnya. Oleh sebab itulah kita lihat bermacam-macam isu pelik-pelik yang timbul mutakhir ini antaranya isu penggunaan Kalimah Allah. Saya tidak mahu komen berkenaan isu ini kerana saya sendiri tidak mempunyai ilmu yang cukup bagi mengeluarkan hujah bagi isu ini. Biarlah Majlis Fatwa, para alim ulama' dan umara' yang berhujah dan saya sebagai orang awam akan menuruti yang mana baik. Sebagai sebuah kerajaan, pihak kerajaan tidak perlu tunduk kepada gesaan rakyat tetapi membuat keputusan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara ini... Keputusan mestilah bersifat holistik kerana sebagai kerajaan, keputusan yang dibuat akan melibatkan semua. Pihak kerajaan tidak boleh berfikiran mikro tetapi berfikiran makro didalam menangani sesebuah isu dan masalah.
Saya lihat Gagasan 1 Malaysia ini sebagai realistik tetapi ada batasannya dan juga ada ruang yang boleh diperbaiki. Teruskan usaha murni anda DS Najib dan moga UMNO dan BN akan kembali kukuh pada PRU yang akan datang... Insyaallah.
Gambar atas: 1) Logo 1 Malaysia, 2) Penulis bersama Timbalan Perdana Menteri.