Wednesday, June 11, 2008

Adakah UMNO masih relevan sebagai wadah perjuangan umat Melayu?


Assalamualaikum kepada para pembaca dan rakan bloggers. Kali ini saya akan membincangkan tentang UMNO. Adakah ia masih relevan sebagai wadah perjuangan umat Melayu. Jika dilihat senario politik semasa dalam negara, sememangnya kita dapat membuat rumusan yang UMNO tidak lagi menjadi "payung" buat umat Melayu. Ini adalah kerana, pengundi beranggapan UMNO tidak membantu mereka dari segi pertumbuhan ekonomi harian di mana harga minyak memainkan peranan penting. Seperti posting saya sebelum ini yang mengutarakan isu kenaikkan harga minyak, Minyak merupakan perkara yang paling sensitif yang melibatkan segala aspek baik dari segi ekonomi dan juga keperluan harian. UMNO di zaman pentadiran selepas Dr M gagal untuk melindungi kestabilan ekonomi orang melayu.

Benar, di dalam laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Gross Domestic Profit (GDP) dan Gross National Profit (GNP) mencatatkan keuntungan dan pertumbuhan dari tahun ke tahun. Akan tetapi, adakah laporan ini mengambil kira setiap individu di negara ini?

Rata-rata jika kita bersembang di mana-mana, samada di kedai kopi, rumah sanak-saudara dan banyak lagi, kita akan elihat semuanya mengeluh tentang kesempitan kehidupan seharian. Harga minyak naik, harga makanan naik, kos pengeluaran naik dan sebagainya yang memberi bebanan kepada rakyat. Atas faktor inilah yang menyebabkan pengundi Melayu dan Ahli UMNO sendiri bertindak untuk mengundi bagi pihak pembangkang.

Saya sebagai seorang ahli UMNO yang sayangkan parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib umat Melayu amat sedih dengan senario yang sedang melanda UMNO. Dari pandangan saya, UMNO masih relevan memperjuangkan nasib Melayu. Cumanya, orang didalam UMNO perlu muhasabah diri dan lihat apakah tujuan sebenar UMNO ditubuhkan dan apakah fungsi mereka sebagai pemimpin didalam UMNO... Perlu ada peralihan pemimpin bagi merealisasikan transformasi yang diimpikan oleh UMNO. Jika benar kita seorang pemimpin yang ikhlas berjuang untuk parti, berjuang sebagai ahli juga adalah wajar jika kedudukan kita sebagai pemimpin tidak lagi diperlukan.

UMNO sememangnya relevan, cuma ahli-ahli didalamnya cuma perlu muhasabah diri, kaji dimana kedudukan orang melayu kini dan ubahlah sikap kita dan hapuskan ketamakkan kita yang kelak akan merosakkan bangsa Melayu itu sendiri...

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.