Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian dan rakan-rakan bloggers. Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana sudah lama rasanya saya tidak mengemas kini blog saya (due to hectic schedule).
Saya ingin mengucapkan SALAM KEMERDEKAAN ke-51 buat semua warga Malaysia. Alhamdulillah, dari tahun ke tahun kita dapat mempertahankan kedaulatan negara kita dengan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan yang amat gemilang sekali. Terima kasih diucapkan kepada para pemimpin negara seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir yang membolehkan generasi sekarang terutamanya generasi yang sealiran dengan saya dapat merasai kesenangan pasca-merdeka.. Kita haruslah menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala yang telah memberkati perjuangan kemerdekaan kita selama ini..
Akan tetapi, satu soalan yang berlegar difikiran saya selama ini.. Adakah kita masih merdeka? atau adakah kita masih dijajah?
Baru-baru ini, saya bersama seorang rakan menaiki motorsikal (Bukan rempit) meninjau disekitar Bandaraya Melaka untuk melihat sambutan merdeka di sekitar bandar. Setibanya kami di Dataran Pahlawan, nampak suasana begitu muram walaupun pengunjung ramai berpusu-pusu ke pameran DIGI.. Jauh di lubuk hati saya, saya merasakan amat muram sekali. Kenapa???
Ini kerana saya sedih melihat keadaan BANGSA saya iaitu Melayu yang masih lagi lena.. lena dibuai mimpi-mimpi dan fantasi.. dengan Rempit dan pakaian perempuan-perempuan yang saya jumpa di sekitar kawasan tersebut amat menjolok mata... saya bertanya pada diri sendiri.. Apa sudah jadi dengan ungkapan gadis melayu lemah lembut, sopan santun dan tertib yang selalu diungkapkan dulu???
Saya dan rakan hanya berada selama setengah jam di kawasan tersebut dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sewa dan menonton "countdown" merdeka di rumah sahaja..
Pada tahun ini saya mendapati kita semua, termasuk saya berasa amat tidak bersemangat untuk menyambut merdeka. Ini kerana keadaan semasa negara yang kacau dan keadaan ekonomi dimana rata-rata warga Malaysia didalam kesempitan hidup dan sentiasa beringat untuk berbelanja.. Sehinggakan ada cadangan dari rakan blogger yang mahu bendera Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik untuk menunjukkan tanda bantahan dan stress..
Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan cadangan beliau.. tetapi saya bersetuju bahawa relevan cadangan beliau ada benarnya. Sepangjang hidup saya, saya tidak pernah mendengar cadangan-cadangan pelik seperti ini.. Ini kerana rakyat hidup didalam keadaan aman, tenang dan harmoni.. (kerana perut kenyang dek kestabilan ekonomi dan politik).
Jadi, pucuk pimpinan harus sedar dengan keadaan ini.. Jangan salahkan rakyat kerana tidak menjadi patriotik.. Kerajaan harus muhasabah diri dan merenung dimana silapnya dan apakah langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan juga semangat rakyat yang semakin merudum...
Sekian..

3 comments:
Encik, betoi tu encik. Nilah yang dok buat leceh sekarang ni.
Saya masih ingat bekas PM mengalirkan airmata bila baca sajak melayu mudah lupa. nampaknya, seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan orang melayu. kenapa masih tidak berubah-ubah ya?
Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Salah-menyalah hendaklah dielakkan untuk mengatasi masalah ini.
http://pkrpasdap.blogspot.com
merdeka dari apa?
kita benarkan penjajah masuk ke negara ini malalui pintu belakang macam Anwar al-juburi nak buat nie
Sdr.Hidayat,
Walaupun kita telah 51 tahun merdeka tetapi kita belum bebas sepenuhnya dari cengkaman penjajah terutama dari segi pemikiran.
Memahami konsep bangsa dan negara sahaja sudah cukup untuk menunjukkan kita masih lagi terikat dengan percaturan penjajah.
Tetapi tahun ke 51 merdeka ini menampakkan sedikit perubahan yang agak ketara dari segi keberanian rakyat menyatakan hak mereka.
http://rahimkassim.blogspot.com/
Post a Comment