Tuesday, September 23, 2008

Tumpukan perhatian didalam kemajuan ekonomi, Penguasaan ilmu dan hentikan Politikking


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada para pembaca dan rakan bloggers. Hari ini saya akan mengupas atau memberi pandangan mengenai suasana negara kita hari ini. Kita semua maklum bahawa dunia kini mengalami masalah kegawatan ekonomi yang teruk. Jagoan Ekonomi yang kononnya terbaik di dunia, Amerika Syarikat juga telah mengalami kegawatan ekonomi. Kita, Malaysia yang bergantung harap kepada gergasi ini harus sedar akan kejatuhan mereka. Kita patut memikirkan mekanisma-mekanisma yang membolehkan kita untuk meneruskan "survival" ekonomi kita di arena antarabangsa.


Saya bersetuju dengan langkah kerajaan yang berintdak untuk tidak menambat matawang kita buat masa kini dan membiarkannya diapung. Ini kerana, strategi menambat matawang (Ringgit) kepada satu kadar tertentu tidak sesuai digunakan di masa sekarang. Ini kerana ia sememangnya sesuai digunakan pada kegawatan pada tahun 1998 dahulu kerana pada waktu tersebut, hanya Asia yang mengalami kegawatan tapi tidak Amerika dan negara Eropah yang lain. Dengan menambat Ringgit, nilai Ringgit akan susut dan ini akan menggalakkan eksport negara apabila pelabur luar berminat untuk datang memandangkan nilai matawang kita rendah berbanding matawang lain dan seterusnya dapat mengurangkan kos operasi mereka. Strategi menambat Ringgit memang berjaya di tahun 1998.


Tetapi, pada masa kini, kita berhadapan dengan masalah kegawatan 3 F yang utama. Iaitu Fuel, Food dan Financial sekaligus melemahkan sistem ekonomi sedunia. Jadi, jika kita menambat matawang kita sekalipun, isnya tidak akan dapat memacu semula pertumbuhan ekonomi kerana maslahnya ialah Amerika dan sektunya juga telah gawat dan syarikat konglomerat terbesar sekalipun disana menghadapi masalah kewangan berikutan jatuhnya nilai hartanah, naik-turun harga minyak yang tidak menentu. Spekulator tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku dalam jangka masa yang terdekat ini.


pada pandangan saya, apa yang patut kerajaan lakukan di peringkat nasional adalah, Hentikan cakap-cakap POLITIK!!! Rakyat dah jemu untuk mendengar berita-berita politik yang tidak menguntang rakyat tetapi hanya menguntungkan para pemimpin sahaja. Saya memohon melalui blog semut saya ini agar semua ahli politik baik kerajaan atau pembangkang bersatu hati, membuka mata dan berganding bahu untuk menyelamatkan negara kita yang tercinta ini daripada belenggu kegawatan ekonomi. Pilihan Raya sudah pun tamat.... Buat ANWAR IBRAHIM, Jangan nak sibuk-sibuk berangan nak jadi PM.. Jaga kawasan sendiri dahulu, jaga kepentingan rakyat dahulu. Jangan nak penuhkan poket sendiri saje... nak lahap sorang-sorang... Kalau nak jadi pun dengan cara yang bersih, adil dan mendapat suara rakyat semua.. Rakyat dah buat keputusan pada pilihanraya yang lepas jadi, let it be...


Ahli politik sekalian, saya memohon anda semua... tolonglah gunakan kebijaksanaan dan mandat yang rakyat berikan kepada anda untuk melindungi kami.. bukan "memakan kami"...


Renung-renung kanlah...


Sekian,


Hidayat Rashid.

1 comment:

Ayman Siddiq said...

Salam,
Ayman Sidiq amat bersetuju secara dengan pendapat Che Dayat.
Nilai ekonomi dunia yang berada pada tahap kritikal ini adalah salah satu titik tolak kepada kerunduman ekonomi msia kini.
tindakan utk menambat ringgit pada dollar adalah satu tindak yang boleh di sifatkan bodoh dan ti dak relevan.
Tambatan ringgit akan mnyebabkan nilai ringgit jatuh dan pasaran dangangn mata wang akan meleset.

M'sia di amabang kejatuhan, dari segi politik dan ekonomi

Ramai yang duk nyalak kata depa leh bawak negara bebas dari cengkaman ekonomi dan politik

Duk pakat wat kerajaan....
duk pakat guling-guling macam tenggiling...

Politiking...
sapa yng menjadi raja dalam arena mereka sendiri...
dah macam babarian lak
KILL to Conquer...
sama la
cuma
'pembunuhan' tidak lagi menggunkan senjata tajam ke pistol...
pembunuhan hanya menggunkan akal...lidah dan fitnah...
Perebutan yan nyata lebih HINA dari perebutan tahta dan kuasa di rom ketika Julius Ceaser di tusuk dek kawan+ penashatnya....


-Ayman Sidiq_