Wednesday, October 15, 2008

Blogger diminta lebih beretika...


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada kali ini saya ingin mengulas mengenai isu yang ringkas sahaja. Mengenai bloggers. Saya sebagai orang bari didalam dunia blog ini mendapati betapa luasnya dunia tanpa sempadan yang mana, impak blog ini amat besar. Ianya amat baik jika digunakan secara berhemah kerana kita dapat berhubung dari segala pelosok kaum dan dari berlainan bidang dapat menghamburkan idea-idea bernas yang dapat meberi faedah kepada kita semua.


Akan tetapi, Blog juga boleh memberi kesan yang amat buruk (catastrophic) jika digunakan secara tidak beretika dan mampu mengganggu gugat kestabilan negara... Itulah yang diakatan dengan globalisasi, ciptaan Barat yang kita agung-agungkan. Ya, tidak dinafikan rekaan mereka ini memberi banyak manafaat kepada kita dan harus diingat ianya juga mampu memusnahkan kita.


Tujuan saya berkata begini didalam posting saya ini kerana baru-baru ini, saya telah meninjau komen-komen oleh para pembaca di blog sahabat cyber saya, saya dapati ada individu yang mengambil kesempatan diatas kebebasan Internet ini untuk mengaibkan dan mejatuhakan air muka seseorang dan mengaku dirinya hebat. (Siapa yang memakan cili dialah yang terasa pedasnya). Saya fikir, beliau ini penuh dengan idea dan pandangan akan tetapi, apabila saya melawat blog beliau, saya ketawa besar dan mendapati blog beliau ini amat kosong sekali tanpa sebarang posting...


Jadi saya kira, tujuan beliau membuat akaun blog bukanlah kerana untuk memberikan idea yang bernas tetapi sebagai medium untuk beliau masuk ke blog orang lain dan menghentam rang secara melulu.


Apa yang dikesalkan, Blogger yang tidak bertanggungjawab ini adalah orang kita sendiri. Orang Melayu.... Masih ada lagi umat Melayu yang Jumud Pemikiran dan tidak sedar akan kedudukan orang Melayu masa kini. Ubahlah bangsaku.... ubahlah.... Sudahlah kita diancam oleh penjajahan mental oleh bangsa asing, Ditambah pula dengan sikap kaum sendiri yang sanggup menikam kaumnya sendiri...


Kaitannya dengan tajuk saya, Blogger yang beretika akan dapat menjana kebaikan yang dapat dinikmati oleh semua pihak dan blogger yang hanya mementingkan diri sendiri dan membuat postuing mengikut emosi akan menjahanamkan negaranya sendiri.


"Ikut hati mati"


Fikirlah sebelum membuat apa-apa keputusan.


Bukan hendak mengata atau mencemuh tetapi sebagai pengajaran dan sarana buat kita bersama.


Renung-renungkanlah.


Hidayat Rashid

6 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Memang betul dan tepat saranan kamu.

Bukan bloggers sahaja, apa apa yang kita nak tulis pun biarlah beretika dan berdasarkan kepada fakta dan tidak pada khabar angin dan fitnah semata.

Bagaimana kita mahu dihormati begitu juga kita mesti menghormati.

WaAllahuAlam.

Ayman Siddiq said...

Hidup Melayu Penuh Budi dan Bahasa.

Salam,

Kalau kita ni melayu mengapa kita perlu menangkis amalan yang telah lama terpasak dalam jati diri kita
Blog atau pun boleh saya kata kan catatan elektronik ini adalah salah satu kemudahan,kebaikan dan keuntungan kepada kita

Bukan Semua org dapat peluang untuk menulis dalam kolum di majlah atau di akhbar

Tapi dengan blog ini,
kita mendapat sedikit ruang untuk mencetus sedikit idea dan memberi sedikit cadangan

Etika penulisan adalah amat penting
saya tahu,kadang kala teknik penulisan saya agak berbau politik atau pun perkauman.

Namun sentuhan saya lebih kepada am
dan bukan bersifat peribadi

etika penulisan amat didtitik berat kan dalam semua genre penulisan sama ada di sebaran umum atau pun di dalam blog

blog adalah medium untuk kita berinteraksi dangan dunia luar.

Blog bersifat subjektif yang sukar untuk kita tafsirkan

Ada blogers yang menjadikan blog sebagai jurnal, atau catitan peribadi. dan ada juga sebagai medium melepas kan ketidak puasan hati Dan ada juga sebagai tempat melebarkan pendapat.

Lazim, bloger yang menjadikan blog sebagai medium untuk melepaskan matlamat pribadi dengan menyalahkan atau melemparkan sesuatu yang tidak wajar adalah antara bloger yang rendah etika penulisannya.

Ayman Siddiq,

Menyeru kepada semua bloger agar menetapkan satu etika penulisan bagi tidak mencemar dunia penulisan ini.

Salam Kepada Che Dayat...
dan Terima Kasih


Bila hang nak link kat blog aku???

The Island of NAMOYAKI, said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Salam hormat kepada Che Dayat.
"Bukankah bahasa itu bangsa, budi itu sopan-santunan bangsa, budi bahasa jua kan budaya kita" =Melayu

"Kita semua umat Nabi Muhammad Saww, kita semua adalah cermin kepada keperibadian baginda rasullullah" =Islam

Melayu dan Islam, nah, bukankah sudah cantik disitu, lalu;

"Apalagi yang mahu didustakan oleh sesetengah penabur fitnah yang hanya mahu menjahanamkan"

:)
Salam kaseh sayang,
ZUL RAHMAN.
P/s- Gita suci keluarga Nabi esok, Jumaat ya. Penghulu hari yang memulakan bicara dengan kaseh sayang terdahulunya. :)

Ruj: Shahifah Sajjadiyyah ,
Gita Suci Keluarga Nabi,
Doa Hari Jumaat, Hal 216.

Unknown said...

pisau di tangan kita, kita yang menghunusnya. jangan salahkan pisau, takut terhunus diri sendiri.

;-)

Cheguman said...

Assalamualaikum,

Beri sokongan pada Deklarasi Janda Baik

http://deklarasijandabaik.blogspot.com

Satu usaha memartabatkan para bloggers

Terima kasih.

Cheguman said...

Eh... ramai sahabat Demang dok bersembang kat sini ye? Takpe, teruskan. Lain kali Demang join... nie tengah sibuk kempen Deklarasi Janda Baik.

(menjejak dan mengumpul sahabat untuk berjuang)