Thursday, January 1, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 2009. Semoga tahun yang mendatang ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Saya menyambut tahun baru di Kampus bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kami menghadiri Kursus Ketatanegaraan anjuran Biro Tatanegara (BTN) bermula jam 9.00 malam sehingga "countdown" tahun baru.

Banyak maklumat yang saya dapati dalam kursus itu. Saya juga sempat melemparkan beberapa buah fikiran untuk renungan bersama. (Saya akan ceritakan keseluruhan kursus itu didalam posting saya yang akan datang).

Setelah selesai kursus tersebut, saya berasa amat lapar kerana tidak makan daripada tengahari. Lantas mengajak rakan-rakan untuk ke Mc Donalds. Saya berpakaian formal lengkap dengan "kopiah". Sebaik tiba di restoran tersebut, memang ramai orang yang terdiri dari muda-mudi hinggalah ke keluarga membawa diri dan anak-anak untuk menyambut tahun baru. Yang membuatkan saya rasa kecewa, ramai yang mentertawakan saya kerana memakai kopiah. Yang saya nak tanya sekarang ini, hina sangat ke orang yang memakai kopiah dikaca mata masyarakat kini??? Memang patutlah bangsa kita dipandang lekeh, kerana sememangnya bangsa kita mempunyai masyarakat yang mempunyai mata hati yang amat cetek.

saya cuma berdoa agar Allah S.W.T memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua termasuk saya sendiri agar kembali kepada jalan yang benar dan lurus. Sudah jauh kita menyimpang. Umat Islam masa kini lebih mementingkan sambutan Tahun Baru Masehi berbanding sambutan tahun baru Maal Hijrah. Saya rasa banyak yang perlu diperbetulkan oleh generasi muda dan tua agar dapat membentuk generasi yang terpelihara di masa yang akan datang.

Sekian.

2 comments:

Ayman Siddiq said...

Dont Judge The Book By The Cover,

Mudah, tepat dan padat...

Pribahsa Inggeris yang lazim kita dengar.. dan di guna pakai.

Penampilan Mencerminkan Peribadi, itu pendapat umum masyarakat kita.

Jika kita berjalan dan nampak

Orang Berserban, berjubah dan berjanggut panjang, dalam ati mesti terdetik, kalu tak sokong PAS, mesti ahli tabligh...

Persepsi tertlalu subjektif untuk di ulas...

Dan manusia bebas berpersepsi...

Ayman Siddiq tak menidakkan, persepsi dan pandangan orang...

Namun kembali ke asal kejadian...

saper la kita untuk menilai orang lain sedangkan kita sendiri masih di nilai oleh PENCIPTA RABBUL IZZATI


Ayman Siddiq

taman taman ilmu said...

"segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Subhanahu WaTaala,

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
(kepada tuan & puan serta semua rakan yang budiman, yang berada di Malaysia, Palestin & yang Muslim)

assalamualaika ai'yuhan nabiyyu warah matullahi wabarakatuh, (kepada Rasulillahi saw dan para anbiya yang terdahulu)

assalamualaina wa'alaibadillahisolihin,
(kepada sekalian malaikat dan sekalian makhluk yang mengerti dan kepada yang memahami)

shalawat salam kepada Nabi Muhammad Rasulillahi SAW serta kepada ahli keluarga baginda a.s dan para sahabat dan para abiya yang terdahulu,

astagfirulahiladzim,..

tak jemu saban hari mendengar surah Al-Baqarah, Fusshilat, Al- Muk'minun, dll, dan membaca terjemahan2nya tentang bani israel untuk kefahaman diri dan demi masa,

renungan juga buat kita untuk sama-sama berkongsi,

setelah kita sudah berusaha (dengan apa saja perjuangan) dan berdoa munajat kepada Allah SWT,

maka marilah kita renungkanlah kembali, sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya):

'Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman,
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,
sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka),
sehingga Allah datangkan perintahNya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 109)


'Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman
(dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya),
maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan
(dengan kamu).
Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad)
kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 137)

Allahumma, Ya Allah, Ya Rabbal a' lamiin,

'rabbana aatina fid'dunya hasanah, wafil 'a 'qhiroti hasanah,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,

insyaAllah,
salam hormat,
salam penuh kasih sayang,
taman taman ilmu