




Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat mengemaskini blog saya agak lama kerana sibuk dengan tugasan hakiki seorang pelajar dan banyak masalah politikal dalaman yang saya perlu tempoh ketika ini. Buat masa ini, Alhamdulillah, kesemua masalah ini saya dapat harungi dengan jayanya. Walaupun kekadang terpaksa mengambil keputusan untuk beralah bagi memberi laluan kepada orang lain. Saya melihat sifat beralah ini bukan sebagai satu tindakan yang memalukan malah saya memperolehi kemenangan terbesar terhadap diri saya. Saya berjaya mengakui kesilapan saya dan sebagai pemimpin, tidak salah untuk kita mengakui kesilapan kita dan memohon maaf. Sepanjang "kesunyian" saya di dalam dunia blog ini, pelbagai isu telah berlaku. Isu di Kemenangan kontreversi BN di Perak, Sidang Kerajaan Pasir Dua Butir Pakatan Rakyat, Pilihan Raya kecil disana sini, Demonstrasi Gerakan Pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dan pelbagai lagi. Saya akan rungkaikan satu-persatu.
Kemenangan Kontreversi BN di Perak. Ini adalah sah kerana telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Sultan Perak. Pada pandangan saya, biarpun apa orang kata ia konspirasi atau apa saja, ianya tetap dikira sah.
Yang kedua, isu Persidangan Dun Pasir Dua Butir Pakatan Rakyat di bawah pokok. Saya rasa amat geli hati melihat kebodohan ahli-ahli DUN pakatan rakyat yang terlalu mabuk akan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyatakan mereka masih berkuasa. Ini adalah tidak sah kerana untuk mengadakan sidang DUN, Speaker perlu menghadap DYMM Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda untuk mengadakan sidang tergempar.
Yang ketiga, greakan pemansuhan PPSMI yang mahu mengembalikan PSMI untuk dihapuskan dan diganti semula dengan Bahasa Melayu. Pada pandangan saya, mereka cuma mahu mempolitikkan semua isu. mereka mahu mencari populariti kononya mahu memperjuangkan bahasa Melayu. Walhal, kita lupa bahawa pernahkah pakatan rakyat ambil kisah tentang Bangsa Melayu? Malah mereka sendiri sibuk hendak membuka kuota kemasukkan ke UiTM untuk Bukan Bumiputera. Jadi cermin diri dahulu sebelum mahu menjadi pahlawan.
Saya akan kaitkan isu-isu ini dengan program yang saya hadiri iaitu Program Bual Bicara Hari Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu hari dimana Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh keramat kemerdekaan negara kita di Padang Pahlawan Melaka. Tetamu pada hari tersebut adalah Prof Emeritus Khoo Kay Kim, Tan Sri Aziz Tapa, Prof Majid Munir dan dianjurkan bersama oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK). Pada program tersebut, kesemua ahli panel telah menegaskan bahawa perlunya kita untuk menghayati sejarah penubuhan negara ini.. Dari asas apa tertubuhnya malaysia.
Apa yang terjadi hari ini adalah kerana kita sendiri taksub dengan kuasa sehingga lupa asa kita. Kita lupa akan Perjuangan Datuk Nenek Moyang kita. Titisan darah dan keringat mereka bagi mengecapi kemerdekaan negara. Benarlah kata Dr Mahathir bahawa Melayu Mudah Lupa. Malah, pemimpin pakatan rakyat juga lupa asal mereka. Bagaimana mereka ini belajar didalam IPT yang disediakan oleh Kerajaan, Menjawat jawatan didalam kerajaan, apabila pencen saja, menjadi pembangkang dan lupa akan asal usul dan akar mereka.
Saya juga sempat melontarkan pendapat bahawa pentingnya rakyat Malaysia diajar secara sedalam-dalamnya akan sejarah kita kerana sesiapa yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali. Saya juga pada program tersebut menyeru semua generasi muda untuk bangun dan sedar akan perjuangan yang menantikan kita dihadapan...
Apa yang penting, buat semua rakyat Malaysia, Dengarlah suara kerdil ini menyeru anda semua untuk muhasabah diri. Renungkanlah apa asas perjuangan nenek moyang kita sehingga tertubuhnya sebuah negara yang amat kita cintai, Malaysia. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah pihak yang berkepentingan dan mempunyai agenda tersendiri didalam ideologi perjuangan mereka..
Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Sekian, Salam Perjuangan.
CHE Dayat.
* Gambar-gambar diatas adalah sekitar Program Bual Bicara Hari Persekutuan Tanah Melayu di Auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka.