Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca. Pada hari ini saya akan bercakap secara terus-terang dan kasar mengenai perhimpunan agung Umno.. Ya, terima kasih kepada para perwakilan TERUTAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA.. YA, inilah pemuda harapan bangsa yang akan meneruskan wadah perjuangan membela agama, bangsa dan negara.. Saya tidak mengerti dimanakah letaknya otak para perwakilan ketika memilih KP UMNO yang baru? Calon yang terbukti salah dengan politik wang diangkat darjatnya menjadi ketua.. Saya ingin tegaskan disini, adalah BERDOSA hukumnya kepada para perwakilan jika pemimpin yang dipilih itu adalah pemimpin yang korup, tidak amanah dan tidak memenuhi kriteria seorang pemimpin sejati... Saya bersutuju dengan rakan blogger saya, abang Azli Shukri yang menggariskan beberapa faktor dan kejadian yang akan menimpa UMNO kelak.
Saya sendiri sudah jelak dengan sikap perwakilan yang tidak faham bahasa. Bagaimana Datuk Seri Najib mahukan saf yang padu, bagaimana Tun Dr Mahathir menangis dengan sikap orang melayu.. Tetapi masih, tidak faham-faham.. Adakah anda terlalu jahil dan bodoh sehongga sanggup menggadai maruah anak bangsa demi kepentingan sendiri.. Ada beberapa orang rakan saya yang memberikan pendapat bahawa kita terima saja keputusan dan menyokong Khairy kerana beliau juga seorang True Leader... saya mahu biarkan persoalan ini tergantung untuk anda memberikan jawapan...
ADAKAH KHAIRY SEORANG PEMIMPIN SEJATI??????
Saya sendiri sudah jelak dengan sikap perwakilan yang tidak faham bahasa. Bagaimana Datuk Seri Najib mahukan saf yang padu, bagaimana Tun Dr Mahathir menangis dengan sikap orang melayu.. Tetapi masih, tidak faham-faham.. Adakah anda terlalu jahil dan bodoh sehongga sanggup menggadai maruah anak bangsa demi kepentingan sendiri.. Ada beberapa orang rakan saya yang memberikan pendapat bahawa kita terima saja keputusan dan menyokong Khairy kerana beliau juga seorang True Leader... saya mahu biarkan persoalan ini tergantung untuk anda memberikan jawapan...
ADAKAH KHAIRY SEORANG PEMIMPIN SEJATI??????
4 comments:
Salam...
sekadar ingin bertanyakan beberapa soalan...
APAKAH HANYA KJ DAN ALI RUSTAM SHJ YG KORUP DALAM UMNO???
APAKAH YG LAIN ITU SEPERTI MALAIKAT???
APAKAH YG LAIN TU TIDAK PERNAH MENYELUK POKET WALAUPUN SEKALI?
KITA HARUS MELIHAT KEPADA REALITI BRO...DALAM UMNO PERKARA INI SUDAH BERAKAR UMBI....
salam saudara lempeng, terima kasih kerana sudi singgah bertemu di laman blog saya.. ya, bukan khairy seorang yang korup dalam umno.. tp jika kita terus berfikiran seperti yang saudara katakan, sampai bilakah bangsa melayu nak maju???
sampai bila kita nak berada di takuk yang lama dan tidak mahu menerima perubahan?
Siapa yang nak mulakan kalau bukan kita.. takkan nak tunggu sehingga Umno terpahat sebagai sejarah baru kita nak sedar...
jawapan untuk anda tidak...
salam,
nak minta pendapat anda...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
Salam CHE Dayat,
Hakikat perlulah kita terima dengan dada yang lapang dan terbuka. Bukannya bungkam dengan amarah yang tidak berpenghujung, perwakilan sudahpun menterjemahkan kehendak majoriti mereka.
Saya melihat Datuk Mukriz dan Dr Khir Toyo sendiripun telah menerimanya.
Adat bertanding jika keris tak tertusuk di perut, akan menguris dihati jua. Ini UMNO, ini parti kita dan ini warisan bangsa. Jangankan kata KJ menang. MM dan KT menang pun pemuda akan menerima juga keputusnya. Jangan fanatik dengan idola sendiri.
Yang buas dan ganas akan tunduk pada nafsunya di penghujung usia. Seorang KJ yang biasa-biasa sahaja, apalah dosanya sehingga tidak terampunkan oleh tuan. Mari kita lihat kepimpinannya yang baru telerai tali ikatan rakitnya dipengakalan. Biar rakitnya dikemudi sendiri tanpa prajudis dari kita semua.
Seorang KJ yang amat kerdil dalam dunia ini. Biarkan ia berkarya dengan ilusi sendiri . Jangan ada dakwi dari kita sendiri-sendiri.
Post a Comment