
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pada kali ini saya akan memberikan sedikit sebanyak perjalanan kami ke Sabah pada minggu lalu. Kami berada di sana selama 4 hari dan pelbagai aktiviti yang berfaedah kami lakukan. Selaku Pengarah Projek Lawatan Akademik ke Sabah ini, saya merasakan bahawa perjalanan ini adalah satu perjalanan yang lengkap kerana melalui projek ini mengajar kami erti bekerja didalam sebuah pasukan, cabaran dan dugaan yang harus dihadapi didalam sebuah organisasi dan banyak lagi. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat saya "post" untuk tatapan bersama.





Begitulah, sedikit sebanyak program kami di UiTM Sabah. Ada banyak lagi gambar tetapi tidak dapat di hantar. Gambar kami di Kundasang, Ranau dan Kinabalu Park. Kepada semua Ahli JawatanKuasa Gerak Kerja bagi Lawatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian. Kepada pihak UiTM Sabah, terima kasih diucapkan dan sesungguhnya budi kalian amatlah dihargai.
Sekian.
Sekian.
1 comment:
CHE Dayat,
Ya...saya telah beberapa kali ke sabah, negeri nyaman di bawah bayu. Jika berjalan di pasar malam di water front (tapi macam tak begitu, tepi sungainya) banyak coral dan siput yang boleh di beli sebagai cenderahai.
Post a Comment