Monday, May 12, 2014

Pergolakkan UMNO di Terengganu... Satu Mesej Buat Rakyat dan Ahli UMNO




Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera buat para pembaca dan rakan-rakan bloggers yang dikasihi sekelian.

Kita semua tahu pada tanggal 13 Mei 1969 merupakan tarikh hitam dalam sejarah negara kita di mana rusuhan kaum telah berlaku. 45 tahun berselang, pada tanggal 13 Mei 2014 bermula titik hitam didalam sejarah politik Terengganu apabila Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said diatas desakan dan tekanan telah meletakkan jawatan dan seterusnya keluar dari UMNO. Ini diikuti oleh 3 Adun yang turut keluar UMNO dan menjadi Adun Bebas di DUN Terengganu. Menurut Sumber www.malaysianinsider.com.my Kerusi BN kini 14 Pakatan 15 Bebas 3 menunjukkan Pakatan yang diterajui oleh PAS boleh Membentuk Kerajaan baru. Namun, selagi 3 Adun Bebas ini belum memberi surat mereka kepada Speaker DUN Terengganu, selagi itu kerajaan BN masih berkuasa. 

Baik kawan mahupun lawan, semua maklum yang DS Ahmad Said bukanlah Menteri Besar pilihan ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau merupakan calon MB pilihan Istana dan bukannya pilihan Itana Abdullah Putrajaya. Dan semua tahu bahawa DS Ahmad Said adalah calon MB yang disenangi oleh rakyat kerana sikapnya yang bersahaja dan berjiwa rakyat. Kawan mahupun Lawan tahu yang DS Ahmad Said berasal dari keluarga susah dan gaya hidup beliau amat simple. 

Bagi Pihak PR terutama PAS, ini adalah khabar yang baik dimana PR berpeluang untuk mentadbir negeri Terengganu dengan majoriti mudah. Insiden di Terengganu ini umpama pembalasan atas pengkhianatan BN terhadap rakyat Perak satu ketika dahulu. Kini terjadi di Terengganu memakan diri mereka sendiri. 

Sebagai pemerhati akar umbi, saya berpendapat jika PAS dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sekali pun, tindakan yang tepat adalah dengan membubarkan DUN Terengganu dan kembalikan kuasa memilih kepada rakyat. Rakyat cukup bijak dalam menilai perkara ini dan saya rasakan bahawa Insyaallah PR akan memperoleh kemenangan yang lebih besar lagi dalam PRKN ini. Adalah sangat sukar untuk mentadbir didalam majoriti yang sgt tipis begini. 

Kepada yang masih berada didalam UMNO, sedarlah, UMNO bukan platform bagi kita memperjuangkan Nasib Agama, Bangsa dan Negara. Cukuplah ia dah berjasa selama ini, bila terlalu lama, ia menjadi semakin sombong, bongkak dan angkuh dengan kuasa. Mari bersama Parti Islam dan Ulama, kita tegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini....

Saya sangat berharap agar Pilihan Raya Kecil Negeri dapat diadakan dan beri semula kuasa memilih ke tangan rakyat. Insyaallah kami di utara akan membantu memperkuatkan jentera di Terengganu.

Sekian

Wallahualam.



1 comment:

Ayman Siddiq said...

Che dayat menulis kembali.... Namun lain madah bicaranya...lain pula angin tiupnya... Berbeza pula pandngannya.. Masa berubah...bersma pemikiran kita... Dulu kita berbeza di laluan bersma di dlam perjuangan kini jalan kita sama haluan kita sama lebih manis perjuangan kita...mudahan kita berjaya di Terengganu... Tpi kaki ku ttap terpasak ke bumi tangan terpasung di langgit..