Thursday, May 8, 2014

Takbir!!!! Allahuakbar!!! Kenapa Ku Beralih Arah....


Takbir! Allahuakbar!, ungkapan ini cukup sinonim dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Mutakhir ini, ramai mengetahui yang nada saya di facebook tak seperti masa-masa lalu. Saya sudah berubah. Ya saya dengan ini mengishtiharkan diri saya sebagai penyokong Parti Al-Islam SeMalaysia (PAS) khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Namun, sokongan saya bukan lah secara membuta-tuli. Saya menyokong untuk perjuangan Islam. Saya memilih PAS kerana saya merasakan bahawa PAS mampu menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini.

Ya saya akui PAS ada lemah di sini sana sikit. Namun asas atau fundamental perjuangan PAS tetap konsisten berpaksikan Ugama iaitu ISLAM mendahului perjuangan Kebangsaan.

Mengapa saya menyertai PAS??? Bukankah saya ini penyokong tegar UMNO suatu ketika dahulu???

1) Menegakkan Syiar ISLAM...

 Tidak dinafikan oleh sesiapa pun, jika anda hendak lihat kehidupan bercorak islamik, PAS lah jawapannya. Ya, PAS dan pemimpinnya tidak maksum, namun kita tengok berapa ramai ahli alim ulama yang berada di dalam Parti PAS...

2) Kepimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak

Semenjak Kedah berada dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat diterajui oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan, saya lihat banyak perubahan yang dilakukan, dari aspek kepimpinan beliau sendiri, beliau adalah pemimpin yang sukar digalang ganti. Profesionalisme yang ditunjukkan tak dapat dicontohi oleh kawan mahupun lawan. Beliau tahu membezakan portfolio beliau selaku pemimpin Parti dan Kerajaan.

3) Golongan akademik dan cerdik pandai didalam PAS

Jika kita lihat dalam UMNO seolah-olah tiada lagi golongan cerdik pandai didalam parti itu, malahan ulama dalam UMNO juga dilihat sebagai memegang prinsip matlamat menghalalkan cara dan lebih kepada kaki ampu dan membodek pemimpin. Berbeza didalam PAS, jemaah didalam PAS saya lihat ramai golongan profesional seperti Guru, Doktor, Peguam, Akauntan, Ahli Perniagaan dan ramai lagi menganggotai PAS. Disini teserlah

4) Apabila UMNO sudah lari dari landasan perjuangan.

Saya berasal dari keluarga UMNO, ada ahli keluarga saya juga kini mempimpin UMNO Shah Alam. Saya juga anak MARA, Belajar di Kolej MARA yang ditaja sepenuhnya oleh MARA, Sambung Pengajian di Universiti teknologi MARA. Ketika di alam mahasiswa saya menjadi tulang belakang kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang Pro-Aspirasi. Ya, saya mendukung perjuangan UMNO ketika alam pelajar. Selepas itu saya bekerja di Media Prima Berhad, Saya masih lagi Mendukung aspirasi perjuangan UMNO, saya ketika didalam UMNO juga lantang bersama-sama kem Tun Mahathir mendesak Pak Lah Mengundur diri. PRU ke - 12 saya masih lagi mengundi untuk BN, saya balik walaupun jauh di Melaka. Saya tetap mengundi bagi memastikan kemenangan parti yang dikasihi ketika itu.

Apabila DS Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, saya sungguh kagum dengan mesej Transformasi yang dibawa, Saya lihat pendekatan beliau dengan golongan muda dan media baru amat bagus. Saya mula tertarik dan bersemangat lagi bagi membantu agar mesej dan aspirasi beliau disampaikan di peringkat akar umbi...

Tetapi......

Bila masa berlalu, saya menilai, Laporan Ketua Audit Negara, kes-kes rasuah dan apabila saya pergi kerumah salah seorang pemimpin tertinggi UMNO Kedah bagi memberitahu kesediaan saya membantu, tetapi beliau sendiri berkata, UMNO is very territorial party. u jangan ingat u boleh bawa ideologi orang muda ke dalam cawangan mahupun bahagian. its nothing u can do to change.... Saat saya keluar dari rumah tersebut saya nekad dalam hati bahawa UMNO bukanlah parti yang mendokong aspirasi memperjuangkan rakyat. Ya, asalnya memang UMNO mendokong perjuangan ini, tetapi bila terlalu lama berkuasa, mereka telah menjadi bongkak dan sombong dengan kekuasaan dan kekayaan yang ada. Saya sedih melihat akar umbi yang terpedaya dengan janji-janji manis pihak atasan.

Seperti contoh, saya adalah orang yang menentang BR1M ketika saya masih didalam UMNO. hujah saya mudah, kita kalau nak membantu rakyat perlu beri mereka Joran untuk memancing, bukannya menyuap ikan terus ke mulut mereka. jangan ajar rakyat menjadi rakyat yang malas dan meminta-minta. Nanti Buruk padahnya. Nah, dalam manifesto BN menjanjikan akan naik lagi BR1M ke RM1000. saya betul-betul sedih.. Lebih sedih lagi melihat anak bangsa yang termakan dengan suapan duit ini. BR1M pada saya adalah skim rasuah yang terbesar sekali di Malaysia ini.

Apabila saya menyertai perjuangan PAS, saya lihat Jemaahnya lain sekali. Saya terasa dekat dengan Islam. jentera mereka tidak meminta-minta apabila bertugas. Jabatan Amal membuat kerja dengan sukarela. pemimpin didalam PAS terdiri daripada Ulama', Cerdik pandai dan Profesional. Jadi apa alasan saya untuk tidak bersama Jemaah ini.

Saya tidak akan menoleh kebelakang lagi. Diri ini akan terus bersama panji-panji menegakkan syiar Islam di Bumi Malaysia ini. Ayuh mari bersama PAS kita tegakkan Islam di Bumi Malaysia yang Kita Kasihi ini.... 

Takbir.... Allahuakbar....

Galeri Foto;

  Bersama Datuk Noh Omar Di Hotel Seri Pacific , Perhimpunan Agung UMNO


 Bersama Saudara Dzulhailee Akbar (Anak Kepada Pelari Pecut Negara Datuk Mumtaz Jaafar)


Bersama rakan-rakan seperjuangan dan fasilitator Biro Tatanegara, ketika kursus BTN di Ulu Sepri, Negeri Sembilan

Itulah kisah silamku... tetapi kini.... Aku bersama mereka....

 Bersama Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mohd Sabu

Bersama Rakan Dari Alternative Riders Club (ARC)

Didalam Satu Program ARC

Sekian.... Nantikan entri yang seterusnya pastinya lebih telus dan terang dari Kisah Sebuah Bangsa.... 

No comments: