Sunday, May 18, 2014

Respons KSB Tentang Kenyataan MP Lenggong.....



Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca/followers blog Kisah Sebuah Bangsa serta rakan-rakan bloggers. Pada kali ini CHE dayat nak kupas berkenaan dengan kenyataan MP Lenggong Datuk Shamsul Annuar Nasarah yang menyatakan Calon Parlimen Teluk Intan, Dyana umpama menggigit tangan yang berinya peluang. Ya, kalau tuan-tuan tanya saya perkara ini 3-5 tahun yang lalu, saya akan menyokong kenyataan ini. Dyana anak Melayu Bumiputra, mendapat pendidikan bersubsidi di UiTM institusi yang saya sangat sayang. Institusi yang membina destini anak bangsa. Namun, setelah saya bekerja dan saya sendiri telah duduk didalam UMNO, saya sangkal dan bangkang 100 % kenyataan MP Lenggong ini. Mengapa? adakah kerana saya lupa diri? Kacang lupakan kulit?

Tidak sama sekali. Sesungguhnya saya amat sayangkan institusi MARA. Saya anak MARA, saya diberikan pendidikan Diploma di Kolej Profesional MARA, Yuran FREE, dapat Elaun lagi RM265 sebulan. Kemudian saya menyambung di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Melaka. Yuran nya hanya RM400++ satu semester. Ya, saya berterima kasih kepada MARA kerana menjadikan saya manusia yang berguna. Namun, saya sangkal dakwaan bahawa MARA ini lahir dari DEB, Mara ini milik UMNO, Tidak sama sekali.

Tahukah anda bila lahirnya MARA? MARA Lahir pada zaman BRITISH, Ya BRITISH. Kerajaan Kolonial British telah menubuhkan RIDA (Rural Industry Development Authority) yang bertujuan untuk memajukan sosio-ekonomi Melayu dan Bumiputra yang mundur ketika itu. Kemudian pada 1966 barulah ianya diberi dengan nama Majlis Amanah Rakyat. Jadi MARA tidak Lahir dari Dasar Ekonomi Baru. Sila kaji dulu sejarah sebelum berkata-kata. DEB cuma memperkasakan lagi institusi ini. Namun ia tidak lahir dari DEB. DEB dilancarkan pada 1971 oleh Tun Abdul Razak.

Pada hemat saya, UiTM dan MARA adalah tanggungjawab kerajaan. Kenapa British yang menjajah kita pun sedar untuk mewujudkan RIDA? kerana atas dasar tanggungjawab. 

Seluruh sistem di negara kita telah korup dan telah diracuni oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa mereka. Apabila saya balik dari UiTM, saya pulang ke Kedah bekerja dan niat di hati nak bantu memperjuangkan perjuangan anak bangsa melalui UMNO sebagai wadah perjuangan. Ternyata harapan saya meleset kerana saya lihat UMNO menjadi platform bagi mereka yang nak kejar dunia dan harta bagi poket mereka. Salah seorang pemimpin tertinggi UMNO Kedah berkata kepada saya, Hidayat, kalau kamu nak bawa ideologi UiTM kamu di peringkat cawangan dan bahagian tak payahlah. UMNO is very territory-based party. Jadi apa guna Kerajaan UMNO hantar saya belajar tinggi-tinggi kalau saya tak boleh nak ubah sistem yang salah. Nak betulkan menjadi baik? jadi saya kira apa guna saya bersama UMNO, lebih baik saya keluar dan berjuang bersama ISLAM.....

Kami menyokong pembangkang bukan bererti kami tak sayang kepada negara. kerana kami sayanglah kami menyokong Pakatan Rakyat untuk kami menjahanamkan kamu pemimpin UMNO yang rakus dengan kuasa dan harta. Kami sayang negara kami. Kami mahu yang terbaik kepada negara kami. Apa yang kamu dah sediakan memang tanggungjawab kamu sebagai Kerajaan. Kamu bukan Kerajaan untuk ahli UMNO sahaja. Kamu Kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia... Sudah-sudahlah dengan permainan kamu bahawa UMNO lah pejuang segala-galanya....

UITM dan MARA adalah tanggungjawab kamu sebagai Kerajaan untuk Membela MELAYU dan ISLAM. Andai ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir negara ini pun, saya tidak akan sekali-kali membenarkan MARA Dibubar atau dirombak dan jika anda tengok buku jingga didalam resolusi Pakatan Rakyat, Perkara 152 dan 153 iaitu Hak Keistimewaan Orang Melayu akan terus dibela dan dijunjung dan resolusi ini ditandatangani oleh 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP jadi jangan nak pandai-pandai nak racun dan guna taktik lapuk bahawa kalau tak ada UMNO siapa nak bela Melayu....

Saya menyokong penuh akan calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan ini dan saya harap PAS dapat mentarbiyah calon ini bagi menjadi muslimat yang lebih baik dan dapat menerima perjuangan kita.

sumber rujukan : www.mara.gov.my 

Sekian, 

Salam Perjuangan...

Galeri 


Penulis Ketika Menyampaikan Ucapan Perasmian Program Usahawan Tani di UiTM Kampus Melaka



Ketika Menerima Ijazah Sarjana Muda oleh Pro Canselor UiTM Prof Arshad Ayub

1 comment:

Nur Ikhsan said...

Terima kasih atas pencerahan tuan terhadap komen ahli parlimen ini. Saya pun produk UITM, berbangga menjadi sebahagian keluarga kelahiran UITM selamat dua tahap pelajaran, sarjana muda dan sarjana.

Menjadi tugas kami graduan untuk membawa perubahan dan bukan mengiakan sahaja kemusnahan yang berlaku disekeliling kita.