Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Kita bakal meninggalkan tahun Hijrah 1429 dalam masa beberapa hari lagi. Waktu Maghrib pada Ahad ini menandakan Tibanya tahun baru bagi Kalendar Umat Islam iaitu 1430 Hijrah.
Apabila tiba 1 Muharram, kita semua maklum bahawa itulah tarikh keramat Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah. Inilah yang menyebabkan kita menerima ajaran Islam. Hijrah ini sungguh besar maknanya. Bukan sahaja berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi juga berhijrah dengan membawa kejayaan. Nabi Muhammad telah membuktikan melalui Hijrah, Baginda dapat menyebarkan Syiar Islam sehingga kini yang Umatnya mencapai lebih 2 Billion seluruh Dunia. Didalam kehidupan kita, kita juga memerlukan penghijrahan.
Penghijrahan kepada yang baik kepada yang lebih baik. Inilah masa untuk kita berubah. Inilah masanya untuk kita muhasabah diri dan memikirkan untuk melakukan Penghijrahan Rohani dan Jasmani demi kebaikan bersama.
Kepada semua pembaca dan rakan bloggers Kisah Sebuah Bangsa, saya ingin mengucapkan Selamat Menghayati Tahun Baru 1430. Kita muhasabah diri kita, dan buat perancangan bahawa Tahun 1430 Hijrah haruslah lebih baik dari 1429 Hijrah. Sekian.