Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca serta sahabat bloggers sekalian. Kali ini saya akan mengupas berkenaan dengan perihal Dunia Keusahawanan Melayu. Dimaklumkan bahawa ini adalah kesinambungan daripada tulisan sahabat blogger saya, Saudara Azli Shukri yang bertajuk Usahawan Melayu Mencari Jalan Pulang. Kupasan saya pada kali ini adalah berdarsarkan pemerhatian saya sendiri dan melalui kursus dan seminar yang saya pernah hadiri.
Senario perniagaan di alam melayu
1) Orang Melayu ini, ideanya cukup banyak, jika bercakap, berkoyan-koyan idea dicurahkan. Sememangnya orang melayu mempunyai buah fikiran yang cukup kreatif didalam melemparkan idea dan jika brainstorming, pastinya idea-idea yang banyak akan dikeluarkan.
2) Mahu untung berjuta-juta tetapi takut ataupun kedekut untuk berbelanja demi kepentingan bisnes.
3) Menadah air yang menitik berbanding air yang mecurah-curah. Ini bermakna orang melayu suka mengambil kira perkara yang remeh temeh didalam perniagaan tanpa menyedari dan mengabaikan peluang didepan mata yang harus direbuti.
4) Mentaliti yang sempit dan suka mengambil jalan pintas tanpa mahu mengharungi liku-liku didalam dunia perniagaan. Jika kita lihat bangsa lain yang berniaga, mereka yang berjaya semuanya harus melalui pahit-jerih perniagaan, menempuh neraka dunia sebelum dapat mengecapi kemanisannya di hujung jalan.
5) Masih mempercayai BOMOH yang menentukan segalanya. Rata-rata usahawan Melayu gemar benar untuk mempercayai BOMOH. Sedangkan didalam Islam, Allah sendiri telah berfirman bahawa "Aku tidak akan menolong sesuatu Umat itu melainkan umat itu menolong dirinya sendiri". Firman ini jelas menunjukkan bahawa didalam Islam, kita haruslah BERUSAHA, IKHTIAR sehabis dan sebaik yang terdaya dan akhir sekali barulah kita bertawakkal kepadaNya mengharapkan usaha kita mendapat keberkatan dariNya.
6) Berfikiran sempit dan tidak mahu memikirkan dengan lebih luas. Suka menyalahkan orang lain berbanding untuk melihat cermin dan cermin tahap kemampuan dan pencapaian diri sendiri.
Kita haruslah menghapuskan elemen-elemen yang disebutkan tadi jika kita mahu berjaya dan mengangkat maruah bangsa kita yang semakin hari semakin merudum jatuh. Itulah yang sempat saya rumuskan hasil pemerhatian saya dan hasil bacaan di blog saudara Azli Shukri. saya akan kupas banyak lagi perihal usahawan melayu di posting akan datang.
Sekian.

* Penulis sewaktu mengemudi "Seminar on Sales and Managing Sales Force" di UiTM Melaka
4 comments:
satu kupasan yang sangat menarik dayat..
(Sesalain kepada adik c.h.e dayat, semoga kita semua mengerti)
assalamualaikum warahmatullahi wb.,
salam kunjung kembali kepada saudara azli shukri yang kami hormati lagi kami kasehi,
benarlah kepada sebarang perbicaraan tentang 'soal hidup dan kehidupan' bahawasanya hidup ini hanyalah satu pelayaran atau dagangan yang bersingah-singgahan,
salam hormat juga kepada semuanya;
terutama kepada orang lama dato' adil, pok li & melayu angkat dll., orang muda che dayat & budak kampung dll.,
dan kepada semua saudara sahabat-sahabat seugama dan sahabat-sabahat berugama lain se-Malaysia,
quote:
'Hikayat Dewan Ekonomi'-Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut
Oleh Muhammad Azli Shukri
terlebih dahulu kami memohon ampun dan maaf kepadamu saudara seugama kami, adik azli shukri kerana sudah agak lama tidak singgah dilaman nukilan hatimu ini, walhal, bukanlah lama ditinggalkan, cuma pada kadar waktu yang sangat pendek,
tetapi-
sudah berbagai-bagai perkara yang sudah terjadi kepada dirimu, astagh'firullahiladzim, demi masa,
saudara kami, adik azli shukri,
demi langit,
dan demi bumi serta yang ada pada penghamparanya yang menyaksikan,
usahlah dikau bersedih hati, kerana bagi perkara-perkara yang sebegininya terjadi; dengan idzin Allah, telah kami berdoa, sekiranya ujian ini diberikan kepada mu dan kamu tetap bersabar dan tiada berpaling-paling,
maka tujuannya adalah untuk dinaikkan derajatmu kepada sesuatu yang lebih baik, insyaAllah, kami bermohon,
dan sebaliknya,
dengan idzin Allah, telah kami berdoa, sekiranya ujian ini diberikan kepada mu atas dasar kifarahmu, kepada perbuatanmu yang lalu,
dan kamu juga masih tetap bersabar dan tiada berpaling-paling,
maka tujuannya untuk kamu belajar dan mengerti; sehinggalah kamu bersedia dan dinaikkan juga derajatmu kepada sesuatu yang lebih baik, insyaAllah, kami bermohon,
wallahualam, Allah sahajalah yang Maha Merencana, Maha Mengerti dan Segala puji hanyalah kepada Allah.
ingatlah adik shukri azli,
bahawasanya kamu jualah suatu waktu dulu,
yang telah sampai-menyampaikan pesanan yang berbunyi:
'jangan kamu meminta-minta jawatan,
melainkan dianugerahkan,
itulah pesan-pesanan (dengan kesabaran) yang ingin difahami dan diwarisi serta diikuti semanjak 1400 tahun dahulu oleh baginda Muhammad Rasulallah SAW, (sabdanya-hadis soheh) insyaAllah.
saudara kami, adik shukri azli,
telah berfirman Allah SWT didalam surah 'Luqman', ayat 1 sampai 7:
"dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alif Laam Miim,
inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah,
menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan,
(yaitu) orang-orang yang mendirikan salat, menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat,
mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung,
dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan,
dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbat di kedua telinganya; maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih".
[QS:'Luqman, ayat 1-7]
ampun dan maaflah yang terlebih dahulu kami pohonkan,
sesungguhnya surah Luqman tersebut juga adalah kepada kita yang terlebih dahulu dan
tiadalah
niat
kami
menujukan
kepada
sesiapa,
kerana Al-Quran & al hadis itu adalah sebagai panduan
kepada
kita
semua
umat manusia.
astagh'firullahiladzim...,
(kami jua memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar yang tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia yang hidup dan kepadaNya kami bertaubat.)
mohon ampun dan maaf andai kami sudah terlebih bicara.
berfirman Allah SWT:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kelaliman yang besar".
[QS:'Luqman, ayat 13]
telah berfirman Allah SWT:
(Lukman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya).
Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
[QS:'Luqman, ayat 16]
ampun dan maaf kami pohonkan kepada semua,
sesungguhnya tiadalah lain niat hati kami melainkan niat suci bagi mendokan kepada kita semua agar kita semua mendapat kejayaan, insyaAllah.
akhirul kalam,
sesungguhnya betapalah besar anugerah Allah kepada kita tentang surah Luqman ini;
telah berfirman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
[QS:'Luqman, ayat 18]
astagh'firullahiladzim...,
'allazi laillahhaillahu wal hai'yyul qhai'yyum mu waatubuilaih...,
La ilahaillallah huwahdahu la syarikalah,
lahulmul kuwalahul hamduyuhyi wayumitu wahuwa'ala kullisyai'in qhodir...,
kitalah jua yang telah menzalimi diri kita sendiri,
mohon ampun dan maaf, semoga saudara adik azli shukri dan kita semua mengerti dan memahami,
dan jua saling mengerti dan saling memahami,
salam hormat, salam penuh kaseh sayang,
taman-taman ilmu
January 3, 2009 11:50 AM
Salam
Ayman Siddiq Mencoret lagi.
Budaya org melayu mmg gemar di manja dan di layan umpama raja.
Budaya org melayu malas nak usaha tapi nak dapat hasil cepat tak leh tunggu lama.
Budaya orang melayu hidup nak bergaya tapi tak mau pula kerja.
Budaya orang melayu suka skim...piramid...up line down line suma sebab nak cepat kaya.
Budaya orang melayu, kalau berani duk belakang2 duk depan tutup muka.
Budaya orang melayu,Makan jangan bercakap biadap, tapi leh makn Suap.
BUdaya orang melayu, dapt masuk U bijak... kena buang memberontak
Budaya orang melayu, baling batu sorok tangan, salah baling kena teman.
Budaya orang melayu, tipu bohong perkara biasa, bukan tipu, tipu sunat...
Budaya orang melayu, nak kontrak juta-juta, tapi duk curik lagi batu bata...
Budaya orang melayu, cakap besar, api hembus terbakar semua...satu dunia dia punya
Budaya orang melayu, masuk nya sikit ke IPT banyak masuk pusat serenti
Budaya orang melayu, nafsu besar nak jadi ketua, kempen habis berjuta2..last2 jadi KUDA, kena pacu bangsa luar,
BUdaya orang melayu, semua boleh, semua ok, sampai nak wat jarum pun import teknologi luar...kualiti
budaya orang melayu, cakap pasal orang paling handal, sedangkan diri pun tak tentu pangkal
Aku melayu...budaya ku budaya melayu...
kenapa mesti ku turut budaya yang negatif sedangkan budaya ku amat tersohor satu masa dulu...budaya dan budi melayu...
Kerana Melayu mudah Lupa
Che Dayat,
Apa yang saya lihat, Melayu memang banyak begitu. Cara yang paling menarik dalam perniagan Melayu. Modal kecil untung nak besar. Malas nak buat kerja tetapi mahu jadi kaya. Kerja tak mahu tapi nak hidup senang. Orang lain kaya dikata-kata. Diri sendiri tak seberapa, nak salahkan Melayu lain pula. Hidup perlulah punya impian dan usaha gigih sendiri.
Post a Comment