Thursday, December 4, 2008

Mengapa ketuanan Melayu sering dipersoalkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca serta sahabat bloggers sekalian. Sudah agak lama saya menyepi kerana berehat sebentar di musim cuti ini. Kali ini saya ingin membincangkan isu yang agak hangat diperkatakan dewasa ini iaitu ketuanan melayu. Kita dapat lihat kedudukan orang melayu pasca pilihanraya ke -12 yang lalu jatuh merudum. Baik dari segi politik, sosial dan pandangan dari kacamata bangsa lain, orang melayu dilihat terlalu lemah dan berada di kelas yang bawah. Mengapa terjadinya perkara seperti ini?


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mantan Menteri Kesihatan yang TERKENAL dengan Skandal Seksnya yang mempersoalkan konsep ketuanan Melayu. Saya berpendapat dia tidak berhak sama sekali untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu. Sudahlah sikap dan perangainya langsung tidak layak untuk dipanggil pemimpin dan kini berani pula hendak menjadi hero kosong bagi kepentingan peribadinya. Mengapa begitu lantang dia bersuara?


Saya berpendapat bahawa kita sebagai bangsa melayu islam harus renung dan muhasabah diri. Ahli polittik juga harus sedar akan kedudukan bangsa melayu masa kini. Saya tidak menyalahkan Bangsa lain, tetapi saya salahkan bangsa saya sendiri. Kita masih tidak sedar bahawa kitalah yang sebenarnya menghancurkan bangsa kita sendiri. Kita lihat saja "kehebatan" anak bangsa kita yang begitu asyik dengan dunia khayalan mereka. Malam minggu ke kelab malam, rempit dan video-video yang tidak senonoh semuanya merupakan barisan pelakon hebat dikalangan bangsa Melayu. Malah pelajar Universiti juga bersikap serupa. Sudahlah kita mendapat keistimewaan dengan adanya institusi seperti UiTM, Pelajar-pelajar yang telah mendapat peluang pula sibuk dengan Cinta dan khayalan mereka.

Inilah diantara punca mengapa ketuanan atau keistimewaan orang melayu sering dipersoalkan, kerana kita tidak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Kepada bangsaku, sedarlah dan bangunlah, mahukah kamu menjadi hamba di negaramu sendiri?? kalau tidak, sekaranglah masanya untuk kita berubah. Hari ini mestilah lebih baik daripada hari-hari yang lepas dan esok mestilah lebih baik dari hari ini.

Saya menulis ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau merasakan sayalah yang terbaik, tetapi saya menulis ini juga untuk berpesan kepada diri saya sendiri..

Sekian

2 comments:

Ayman Siddiq said...

Kita ni bangsa melayu
yang menjadikan kita kuat satu masa dahulu dalah kerana kita ni muafakat
setia kawan
dan toleransi

Cuba kita tgk, kisah 5 bersaudra.. Hang Tuah,jebat,likir,likiu dan kasturi
Mereka ni amat muafakat
dan setia kawan

Tapi kini

semua dah hilang seperti hilangnya emapayar melaka satu masa dahulu

demi jawatan setia kawan, muafakat dah tak da nilai lagi
semua hanya satu ungkapan yang tidak ada erti

Sekarang wang ringgit jadi
taruhan
kau ada wang ramai kawan yg sanggup nak menjadi teman
kau tak da duit..pi matilah perjuangan

Nak memilih ketua dari kalangn sendiri pun
kena pakai RM
takda RM
tak jadi

Nak jadi ketua bukan main suka2

Ketua
ni ada banyak sebab untuk dilantik

1.popular
2. layak
3. kaya
4. pengaruh


kalau kita teliti sekarang
berapa ramai ketua yang benar2 ada kualiti sebagai ketua

tak ramai

yang ramai adalh ketegori 1,3,&4

tak di nafikan
ketua perlu ciri2 yang lain untuk berjaya

namun jika 3 faktor itu punca sebab jadi ketua,
kalau dah miskin,tak popular dan tak da pengaruh maka ketua itu akan jadik tak berguna langsung

Tapi jika ahli dan masyarakat muafakat memilih ketua yang layak
itu takkan berlaku

Masakan jebat sanggup menyanggah sultan melayu apabila tuah di hukum...
masa tu tuah nyata ilang pengaruh, harta dan populariti...
namun jebat tetap menyokongnya
kerana kualiti Tuah sebagai ketua dan muafakat dan kpercayaan ahli melantik ketua

bagi yang sedar..cepat tepuk dahi kawan2 yang masih leka
Muafakat adalah satu cara agar melayu dapat bangkit

Ayman Siddiq said...

Dalam usaha untuk membentuk satu negara yang maju dari segi infrastruktur dan peradabannya, manusia berlari-lari bersaing antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Meletakan satu platform agar mereka selesa untuk berlari dan berinjak bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan, apa yang mereka hajati.

Namun di dalam keasyikan melaksanakan agenda mengapai kemewahan dan kesempurnaan mereka acap kali teralpa lantas mengabaikan apa yang telah di warta kan dari azali.

Apabila kita berdiri dia atas puncak kegemilangan, kita akan lupa apa yang kita perjuangkan
apa yang kita gagah mencanangkan...
kita semakin lalai dalam arus kemodenan.
tak salah untuk mengejar komodenan. tetapi kemodenan cara manakah kita ingin cari?
komodenan yang meletakan batu asas pada kekukuhan wang ringgit?
komodenan yang boleh menidak kan hak alam pada manusia dan sebalik nya
komodenan yang di mana hak Pencipta kepada hamba ciptaannya di enteng-entengkan

Radikal atau tidak pemikiran saorang melayu pada ketika ini dengan meletakkan agama dan kemewahan sama darjat dan sama letaknya??

Melayu dan ISLAM adalah umpama isi dengan kuku....

Isi di mana menjamin kekukuhan kuku...
dan kuku yang melengkapi dan melindungi isi...

dan jika melayu sendiri mencemari islam...
dan islam pula di cemari melayu...
dimanakah
letaknya kesenambungan warisan berzaman

Dibawah Keruntuhan Hati ini...
kita amat terkilan
dan
sedih jika Melayu
tetap meminggirkan nilai melayu...