Monday, December 15, 2008

Bukit Antarabangsa... Kita masih tidak belajar....


Assalamualaikum kepada para pembaca dan sahabat bloggers. Saya ingin memohon maaf kerana agak lama saya menyepi dan tidak update blog saya ini berikutan cuti dan saya berada di kampung halaman. Kali ini saya akan mengupas berkenaan dengan tragedi yang mengejutkan negara buat kali ke--- (yang tidak dapat dikira kerana perkara yang sama telah berlaku). Ya, kita masih tidak belajar lagi daripada tragedi Highland Towers yang berlaku lebih 10 tahun lalu. Bukan Highland Towers sahaja, selepas daripada kejadian tersebut, tragedi susulan berlaku dari masa ke semasa melibatkan kawasan sekitar Bukit berkenaan.

Mengapa kita masih belum sedar? Saya akan kupas satu-persatu.

1) Keadaan Tanah @ geografi di Malaysia sendiri tidak membenarkan kawasan bukit diusik dan ditarah. Ini kerana kawasan bukit di Malaysia adalah tanah laterit dengan kedalaman sebanyak lebih dari 20 kaki sehingga bertemu batu (jika terdapat batu). Jika tidak, Bukit itu sendiri terdiri dari tanah laterit semata-mata dan jika ditarah dan diusik, sememangnya akan berlaku pergerakan tanah yang mendadak.

2) Keadaan bukit di luar negara seperti Mekah ataupun Amerika berbeza kerana bukitnya adalah Bedrock atau Batu yang kukuh dan ini membolehkan bangunan dibina di tebing bukit mahupun di puncak bukit kerana keadaan struktur bukitnya yang kukuh.

3) Bukit Antarabangsa itu dahulunya dikenali sebagai Hutan Ampang. Satu-satunya kawasan hutan yang menadah air bagi Kawasan Lembah Kelang, Jadi keadaan tanah tersebut adalah sangat lembut dan tidak sesuai bagi pembinaan apa-apa bangunan di lereng atau diatasnya.

4) Kita mempunyai banyak Universiti dan Institutu Kajian, Jabatan Kerja Raya, IKRAM dan berapa ramai pakar yang sememangnya pakar berkenaan keadaan struktur tanah.

5) Undang-undang di Malaysia sudah elok, dengan spesifikasi dan syarat-syarat untuk memberi kelulusan menduduk.

Mengapa masih terjadinya tanah runtuh ini?

1) KORUPSI yang melanda negara.

2) Kesemua urusan negara baik dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain lagi adalah berlandaskan political action.

3) Walaupun kita mempunyai struktur jawatankuasa dan pakar-pakar, akhirnya, pembuat keputusan tetap orang politik yang mempunyai kuasa.

4) Adat resam di Malaysia, apabila sudah terjadi bencana baru kita hendak kelam-kabut mengarahkan IKRAM, Universiti untuk buat kajian. Mengapa tidak bersedia dahulu? Buat Kajian sebelum memberi kelulusan.

5) PERMINTAAN yang terlalu TINGGI oleh pengguna yang mahu duduk asing dari masyarakat dan memilih kawasan berbukit sebagai lambang status kekayaan mereka.

6) Ada banyak perkara yang telah kita lakukan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. Dengan masalah sosial, maksiat di sana-sini, hubungan sejenis yang menular, arak menjadi perkara biasa bagi muda-mudi dan macam-macam lagi perkara yang telah umat islam lakukan sehingga leka dan alpa akan dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Bagaimana mengatasi masalah ini?

1) Struktur kerajaan itu sendiri harus diberi reformasi. Pengasingan kuasa pembuat keputusan seperti ekonomi dan kelulusan projek-projek haruslah tidak ada kaitan dan hubungkait dengan mana-mana badan politik.

2) Pembuat keputusan haruslah bebas daripada apa-apa kepentingan peribadi atau tekanan dari mana-mana pihak.

3) Masyarakat sendiri perlu berubah. Sama-sama kurangkan permintaan terhadap rumah di kawasan bukit. Dengan kurangnya atau sifar permintaan bagi kawasan tersebut, maka tidak adalah pemaju yang tamak untuk merobek alam ini.

4) Dari sudut rohani, kita harus muhasabah diri dan kembali kepada jalan yang lurus dan benar, tanpa kita sedari masyaralat kita sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Sekian saja posting saya pada kali ini, harap ada pihak yang dapat menyampaikan suara saya ini kepada pihak yang sepatutnya untuk menjadi pengajaran bersama.

1 comment:

taman taman ilmu said...

[sama-sama baca]

astagh'firullahiladzim...,
'allazi laillahhaillahu wal hai'yyul qhai'yyum mu waatubuilaih...,
La ilahaillallah huwahdahu la syarikalah,
lahulmul kuwalahul hamduyuhyi wayumitu wahuwa'ala kullisyai'in qhodir...,
(ingat lagi kepada tasbih dan wirid ini ini semasa di video "tsunami" dan gegaranNya yang lalu -kepada sesiapa yang memerhati,)


astagh'firullahiladzim...,
'allazi laillahhaillahu wal hai'yyul qhai'yyum mu waatubuilaih...,
La ilahaillallah huwahdahu la syarikalah,
lahulmul kuwalahul hamduyuhyi wayumitu wahuwa'ala kullisyai'in qhodir...,
(ingat lagi kepada tasbih dan wirid ini selepas semua perang yang telah terlaksana oleh para anbiyaa yang dikhalifahkah oleh Nabi Muhammad SAW)


astagh'firullahiladzim...,
'allazi laillahhaillahu wal hai'yyul qhai'yyum mu waatubuilaih...,
La ilahaillallah huwahdahu la syarikalah,
lahulmul kuwalahul hamduyuhyi wayumitu wahuwa'ala kullisyai'in qhodir...,
(ingat wirid dan tasbih ini,
wirid yang sudah masyur sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW, sebuah wirid yang diberi nama "Auraadul Madiniah")


astagh'firullahiladzim...,
'allazi laillahhaillahu wal hai'yyul qhai'yyum mu waatubuilaih...,
La ilahaillallah huwahdahu la syarikalah,
lahulmul kuwalahul hamduyuhyi wayumitu wahuwa'ala kullisyai'in qhodir...,
(ingatkah lagi kita kepada wirid dan tasbih ini yang telah diajarkan dan ditinggalkan kepada kita zaman berzaman semenjak awalan zaman 300M 600M, 1400M, 1511M,
zaman semua sultan-sultan kerajaan Empayar Selat Melaka,
Pahlawan Melayu,
datuk Maharaja Lela, Tok Jangut, Raja Haji dan semuanya, dan yang terutamanya,
"Auraadul Madaniah" yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW ini semenjak berkurun tahun semenjak kurun sebelum tahun 0 Hijrah dan 0 Masehi hingga kepada 1430 Hijrah?)

adakah ianya berubah?
adakah ianya hilang?
adakah ianya dibuang?
adakah ianya dicampakkan dari sudut hati kita yang paling dalam, dimana...

(ingatlah)
suatu waktu dulu, sebelum kehadiran (kelahiran) kita didunia ini, kita semuanya telah bersumpah dan bersetuju serta berkata... "La ilahaillallah"

dan setelah kita lahir,
bukankan kita telah diucapkan (didengarkan) melalui suara adzan dan iqamah;
"assyhaduan La ilahaillallah,
waashaduan na muhammadarrasulullah"

apa kita kita lupa?
apa kita kita berdusta?
apa lagi kita betikam-saudara?
apa kita mahu ditimbus tanah yang sedang runtuh?
apa kita mahu dilemaskan dengan ombak besar?
apa kita mahu dijilat api kebakaran?

atau kita suka makan darah seperti yakjud & makjud?
(kerana mereka menanti kita bertikaman sesama sendiri serta mengeluarkan darah)

(bacalah)
astagh'firullahiladzim...,
'allazi laillahhaillahu wal hai'yyul qhai'yyum mu waatubuilaih...,
La ilahaillallah huwahdahu la syarikalah,
lahulmul kuwalahul hamduyuhyi wayumitu wahuwa'ala kullisyai'in qhodir...,

[ucapkanlah]
aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar yang tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia yang hidup dan kepadaNya aku bertaubat.

tiada Tuhan yang yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
tiada sekutu baginya; bagi Allah seluruh pemerintahan,
dan untuk Allah segala kepujian, ia menghidupkan dan ia mematikan. Dialah Allah Yang Amat Berkuasa atas segala sesuatu.


Ya Allah,
kami bersedih hati dan
kami menyesali keatas apa yang telah terjadi Ya Allah,

kami memohon ampun kepadaMu Ya Allah,
dan kini, kami kembali pesan-pesankan kepada kebenaranMu dan kesabaranMu Ya Allah...

Ya Allah,
maafkan kami,
maafkan kami,
maafkan kami,

ampun dan maaf kami hanturkan kepadaMu Ya Allah...
Ya Rabbul a'lamiin...

astagh'firullahiladzim...,






salam sayang, :.(
ref:
Nabi Muhammad SAW, petikan dari sebuah sebuah wirid yang diberi nama "Auraadul Madiniah")

January 3, 2009 9:36 AM
p/s: sesalin kpd che dayat.