Saturday, April 11, 2009

Kabinet 2009, Kabinet Rakyat.. Tahniah Datuk Seri Najib



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca serta rakan bloggers sekalian. Pada posting kali ini, izinkan saya mengucapkan kalungan tahniah buat Datuk Seri Najib B Tun Abdul Razak kerana telah membuat perhitungan yang baik didalam pemilihan Barisan (Saf) Kabinet yang baru ini.

Saya melihat barisan ini akan dapat membawa perubahan yang dikehendaki ditambah pula dengan sistem Key Performance Index (KPI) yang akan menilai prestasi masing-masing. Saya rasa sudah tiba masanya bagi negara yang berusia lebih dari 50 tahun ini berubah dari yang baik kepada yang lebih baik. Kita perlukan anjakan paradigma dan kepimpinan yang ampuh didalam memastikan kestabilan politik dan perpaduan kaum di negara kita terjamin. Dengan ini, ianya akan membantu didalam pembentukkan negara itu sendiri.

Prinsip negara bangsa yang diinginkan oleh Y.A.B Datuk Seri Najib adalah selari dengan perjuangan "The forefathers of Malaysia" pemimpin negara terdahulu yang mahukan bangsa kita dikenali sebagai bangsa malaysia. Konsep 1 Malaysia yang beliau perkenalkan amat tepat pada masanya.

Pada pandangan saya, terdapat juga keraguan dan harap para pimpinan negara dapat mendengar suara kecil ini. Saya mengharapkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) diperkasakan semula dan ditimbangkan untuk diwujudkan semula kerana inilah kementerian yang banyak membantu didalam meningkat taraf kualiti hidup rakyat terutama Bumiputera melalui agensi-agensinya.

Usahawan melayu juga tertanya-tanya mana perginya MARA, UDA dan agensi-agensi lain dibawah kementerian ini berada? Kementerian manakah yang akan menaungi usahawan-usahawan ini? Ini satu Tanda soal yang besar harus dijabwab oleh kepimpinan negara agar rakyat tidak keliru...

Kepada yang mempunyai kapasiti untuk menyampaikan suara saya ini, saya mengharapkan anda sampaikanlah kepada pihak yang berkenaan agar dapat dipertimbangkan.

Bukan mengutuk, hanya memberikan pandangan dan pendapat untuk mementapkan lagi pembangunan negara.

Sekian.

No comments: