Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan semua rakan bloggers sekalian. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan dengan keputusan Pilihanraya Kecil di tiga kawasan iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Bukit Gantang (Keputusan Rasmi: BN 19,071 ; PAS 21,860; BEBAS 62) :
Kemenangan Datuk Seri Nizar sudah saya jangkakan. Ini kerana mengambil statusnya sebagai Bekas Menteri Besar Perak. Dan saya yakin bahawa sebagai Bekas Menteri Besar, beliau boleh mengekploitasi banyak perkara dalaman didalam urus tadbir negeri Perak Darul Ridzuan. Walaupun boleh jadi rekaan semata-mata, rakyat (Khususnya penyokong PAS) akan menganggap bahawa kredibiliti Nizar sebagai Bekas Menteri Besar Perak boleh dipercayai. Beliau akan berjaya mengeksploitasi segala isu kerana memegang kredibiliti ataupun kapasiti sebagai Bekas Menteri Besar Perak. Sama seperti Anwar Ibrahim yang selalu didalam ceramahnya, mereka-reka cerita menggunakan kapisiti sebagai Bekas Menteri Kewangan dan Bekas Timbalan Perdana Menteri. Ini kelebihan yang ada di pihak pembangkang. Tambahan pula golongan intelek banyak berada didalam pembangkang, Professor, Jurutera dan sebagainya banyak menyertai pembangkang.
Bagi Barisan Nasional dan UMNO khususnya, saya merasakan bahawa Ismail Seffian telah berjaya. Ini kerana beliau berjaya meraih sebanyak lebih 19,000 undi dan ini saya kira permulaan yang baik bagi BN. Walaupun tidak menang kerusi tersebut, saya kira melalui Pilihanraya Kecil ini dapat diajadikan "benchmarking" buat BN dan UMNO untuk mengatur strategi di masa mendatang. Kehadiran Tun Dr M di Bukit Gantang dan Bukit Selambau juga saya kira banyak membantu BN didalam mendapat undi. Saya tahu, ramai ahli UMNO dan BN kecewa dengan keputusan ini, tetapi percayalah, secara logika, perubahan tidak akan dapat dilakukan sekelip mata, ianya harus melalui proses yang memakan masa. Dan saya amat mengaharpkan agar barisan kepimpinan BN dan UMNO dapat muhasabah diri dan melakukan "post-mortem" tentang kekalahan ini. Dengan syarat, "post-mortem" itu hendaklah disertai dengan kehadiran Tun Dr M dan Tun Abdullah kerana mengikut Albert Einstein, sesuatu masalah itu tidak akan selesai jika dianalisa oleh kelompok pemikiran yang sama, ianya mestilah dari kelompok pemikiran yang lebih tinggi dan juga luar dari pentadbiran. Ahli-ahli akademik juga boleh dipanggil bersama bagi mengkaji faktor kekalahan BN dan UMNO di Pilihanraya Kecil ini.
Bukit Selambau (Keputusan Rasmi : BN kalah kepada PKR sebanyak 2403 undi)
Saya agak optimis tentang Bukit Selambau. Ini kerana saya merasakan bahawa susah untuk menganalisa kehendak rakyat di kawasan tersebut. Saya juga merasakan bahawa isu-isu standard yang dimainkan oleh pihak pembangkang juga akan mudah "dimakan" oleh rakyat/pengundi. Saya tidak salahkan pengundi memilih PKR untuk mewakili mereka. Ini kerana di Kedah, dibawah kepimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak telah berjaya menyuntik keyakinan terhadap rakyat. Ini kerana semua projek pembangunan dilaksanakan dengan cepat dan juga kepimpinan kerajaan negeri dibawah Ustaz Azizan juga mahu mendengar nasihat dan sanggup membuang ego mereka. Ini yang menyebabkan mereka dapat menyelami hati rakyat.
Batang Ai (Keputusan Rasmi: BN 3907 ; PKR 2053) :
Seperti yang dijangkakan BN mampu bertahan di Sabah dan Sarawak. Ini kerana PKR tidak memahami agenda politik di Sarawak yang berbeza dengan Semenanjung. Ini kerana mereka berpegang kuat kepada parti komponen yang mewakili kaum mereka seperti Iban, Melanau dan sebagainya. Dan terbukti, BN lebih berpengalaman mengendalikan isu-isu dan kehendak rakyat di Sarawak dengan baik selama ini.
Konklusi/rumusan:
Saya ingin mengucapkan kepada calon-calon yang menang. Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang, S. Manikumar di Bukit Selambau dan calon BN Malcom Mussen Lamboh di Batang Ai.
Kepada calon-calon yang kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dan juga kepada BN dan UMNO jika anda membaca blog saya ini, ingatlah bahawa kekalahan ini adalah kekalahan yang penuh berhikmah. Kita harus memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana Allah S.W.T ingin memberikan kita kesedaran dan petunjuknya agar kita kembali kepada asas-asas perjuangan yang murni iaitu memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Ya, mungkin pemerintahan BN selama 50 tahun membuatkan kita berada di zon selesa dan saya kira kita harus membuat "post-mortem" seperti yang dicadangkan di atas sekarang. Ini kerana kita tidak mempunyai masa lagi. Dengan kembalinya Tun Dr M kepada UMNO, marilah kita rapatkan saf pemimpin ini bagi membantu mengatur strategi bagi melakukan anjakan paradigma kepada BN dan UMNO khususnya. Ini kerana UMNO masih lagi berada didalam zon bahaya dan perlu dimasukkan ke ICU untuk menerima rawatan intensif. Rawatan ini haruslah dilakukan secepat mungkin. Bagaimana rawatan UMNO ini hendak dilakukan? terserahlah kepada para pemimpin tetapi ini adalah antara cadangan saya untuk merawat UMNO:
1) Betulkan akidah para pemimpin didalam UMNO. Baik dari sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dan juga di peringkat tertinggi. Untuk sayap Wanita, saya syorkan agar Datuk Seri Shahrizat memakai tudung dengan lebih sempurna, jagalah aurat anda agar tidak dipersenda oleh bangsa sendiri. kita bercakap bagai seorang alim dengan mengatur hadis dan firman Allah tetapi tidak bertudung. Begitu juga dengan Pemuda, Khairy, anda perlulah berubah dari segi personaliti. Kita perlu memadamkan api kebencian terhadap UMNO bukannya dengan api, tetapi dengan air. Kita harus "counter" serangan mereka dengan cara yang berhikmah. Solat yang paling utama. Seperti mana yang dikatakan oleh saudara Azli Shukri, bahawa penekanan solat mampu menerapkan disiplin kepada barisan jentera.
2) Perlaksanaan format kempen yang standard dilakukan oleh BN. Mungkin rakyat sudah jemu dengan taktik BN berkempen. "Nak Pilihan Raya Barulah Nampak Muka". Inilah sindrom yang membelenggu pengundi. Jadi saya kira inilah masa yang terbaik bagi calon yang kalah untuk dekat dengan pengundi. Inilah masanya anda berdamping dengan rakyat dan mudah-mudahan kita akan dapat menang di lain hari.
3) Pendekatan secara berhikmah juga harus diutamakan. Hadapilah musuh (parti lawan) dengan menggunakan "reverse psychology". Jika mereka membuat kecoh, jentera haruslah bersikap bersahaja.. Ini akan membuatkan mereka menjadi bodoh pada diri sendiri.
Itulah saja yang dapat saya cadangkan. Saya mohon ampun dan maaf andai kata ada yang terasa dengan teguran saya. Ini hanyalah pendapat ikhlas dari seorang ahli UMNO yang mahukan BN dan UMNO berjaya dan kuat di hari-hari mendatang..
Sekian dari saya,
Salam Perjuangan.

3 comments:
Bagus hujah2 dayat ni..abang rasa kita harus bersatu dalam aspek agama ni.
Salam CHE dayat
Teruslah menulis demi Islam, Melayu dan tanah air. Kita hanya ada satu negara, tanah ini satu-satunya milik kita, kita tidak mahu kehilangannya dan tidak akan kehilangan selagi seorang Melyu seperti CHE Dayat masih ada urat nadinya lagi.
Che Dayat,
Orang besar seperti saudara, mesti berjiwa besar, bukan sekadar hati dan kemampuan juga mesti besar. Bangsa kita sangat memerlukan seorang muda seperti saudara. Islam inginkan seorang ummah yang bijak dan kritis seperti saudara. Teruslah menulis lagi.Blog saudara hendaklah sentiasa up date.
Post a Comment