Thursday, April 30, 2009

Setelah Lama Menyepi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua kerana agak lama tidak update di blog saya ini. Ini kerana saya sedang menempuh peperiksaan akhir semester yang akan berakhir pada 10 mei ini.. Jadi pada minggu ini saya agak perlahan didalam blog ini...

Saya ingin berkongsi dengan para pembaca bahawa saya berasa amat gembira dan bersemangat setelah diberi suntikan kepada para pembaca yang senada didalam agenda yang saya perjuangkan... Terbaru, Dato' Wan Ahmad Farid telah singgah di blog ini dan telah menyatakan responnya didalam facebook saya... Begitu juga dengan Dato Ahmad Shabery Cheek yang juga telah memberikan responnya didalam akaun facebook saya...

Sesungguhnya, perhatian dan sokongan kalian semua memberikan saya penyuntik semangat yang lebih besar dan jitu didalam memperjuangkan agenda melayu..

Saya rasa setakat ini saya akan berbicara, teruskan mengikuti blog ini dengan artikel yang menarik pada masa akan datang. Saya akan cuba berusaha untuk mengemaskini blog saya ini semampu yang boleh...

Terima kasih atas sokongan semua...

Sekian

1 comment:

Unknown said...

salam saudara
semoga berjaya dalam peperiksaan dan teruskan berjuang dalam bidang penulisan.