Sunday, June 22, 2008

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH... dan TAKZIAH...

TAHNIAH...TAHNIAH... DAN TAHNIAH....

1) Pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah buat Johan Akademi Al-Quran musim ke-3.. Anak kedah iaitu Mohd Fakhrul Razi dari Kolej Universiti Insaniah.. Saya telah hadir pada malam tersebut dan memang wajar beliau mendapat gelaran tersebut.. Pujian juga saya berikan kepada 3 finalis yang lain, Syarifah, Syamsul dan Tarmizi yang membaca dengan amat baik sekali.




2) Saya juga ingin memberikan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada
TV 9 telah menjayakan program Akademi Al-Quran ini... saya rasa sudah cukuplah kita asyikyang dihidangkan dengan hiburan yang tidak berfaedah seperti Akademi Fantasia, Gang Ster dan banyak lagi..




3) Tahniah juga Kepada Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman yang telah menewaskan Selangor 3-2 dalam perlawanan final Piala FA semalam.. Sang Kenari akan mendapat hatrik lagi season nie.. InsyaAllah..




TAKZIAH


Diucapkan kepada warga Malaysia khususnya Muslimin dan Muslimah terutama golongan muda yang nampaknya semakin tidak berminat dengan program Ilmiah seperti Akademi Al-Quran.. Saya sempat mendengar "statement" daripada pengacara majlis yang mengatakan bahawa rating pada AQ musim ini adalah 800,000. Daripada 27 juta rakyat Malaysia yang majoritinya Muslim, Tidak sepatutnya ratingnya hanya mencatatkan 800,000. Sepatutnya ia boleh mencecah 10 juta atau lebih..

Ayuh wahai bangsa Melayu dan Islam.. Berubahlah daripada menyanjung tinggi artis-artis yang sememangnya tidak memberi faedah kepada kita semua.

5 comments:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Dari kacamata?? Macam Ali Rustam.

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Mak Cik harap kamu tidak bersedih atas rating Akademi Al Quran. Mak Cik faham perasaan kamu dan ada yang mengeluh kerana Hadiah pun tak selumayan acara Finalist hiburan hiburan Nanyian dan Pancaragam.

Oh Ya sebelum terlupa Tahniah juga daripada Mak Cik buat Juara Akademi Al Quran dan Negeri Kedah kerana menang piala bolasepak FA baru baru ini.

Jangan bimbang, InsyaAllah, rating Akademi AlQuran ini akan naik dan sambutannya akan bertambah baik. BerDoalah. Doa itu senjata kita.

BerDoalah untuk kesejahteraan semua anak anak Bangsa Kita, Agama kita dan Negara kita. Berdoa kita sama sama sentiasa mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah swt., yang mana ini adalah HAK MUTLAKnya.

InsyaAllah swt, kita bersangka baik, akan lebih ramai anak anak muda yang akan berminat dengan Akademi Al Quran dan juga rancangan rancangan yang serupa dengannya.

Desperado said...

Salam Hidayat

Game ketiga kalah pasai MB AZIZAN tak tebang pokok lagi. Tak dak duit nak bayaq habuan Piala FA!

www.pilihananda08.blogspot.com

Mohd Nadzri Kamsin said...

“Inflation ?? Women & Micro Economy, The Dinar & Dirham Solution”

Penceramah: Umar Vadillo (Cendikiawan Islam Sepanyol)

Tempat: Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Tarikh: 6 Julai 2008 (Ahad)

Waktu: 5 petang.

Semua dijemput hadir....

Bastien Onn said...

antara realiti dan impian...