Saturday, April 11, 2009

Anak Muda Harus Belajar Dari Sejarah.. Agar Tidak Lupa Asal Usulmu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada rakan bloggers dan para pembaca sekalian. Kali ini saya ingin mengupas atau membincangkan berkenaan pentingnya penghayatan sejarah didalam kehidupan kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Anak Muda Terutamanya yang minat sangat dengan pembangkang, harus berhenti seketika dan merenung sejenak sebelum anda membuat keputusan... Saya bukan hendak berat sebelah, tetapi inilah hakikat dan hakikat harus diterima dengan hati yang terbuka. Suka saya ingatkan disini bahawa kesemua artikel didalam blog ini adalah berbentuk ilmiah, akademis dan menggalakkan pemikiran kritis. Pandangan yang diberikan adalah serasional yang boleh dan bukannya tuduh melulu.

Mengimbau sejarah, sila hayati petikan kata dibawah yang saya selalu ungkapkan. Ia juga adalah ungkapan yang selalu diulang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad:

"Seseorang/sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berkali-kali"

"George Santayana"

Melalui petikan/ungkapan ini, jelaslah bahawa Barat juga belajar dari sejarah untuk mara kehadapan. Kita lihat keruntuhan moral anak-anak muda oleh Barat adalah kerana mereka tidak menghayati sejarah.

Begitu juga di negara kita. Anak muda hanya berfikiran bahawa belajar sejarah itu membosankan, apa yang ada pada sejarah?, mengapa harus kita belajar sejarah? dan banyak lagi persoalan dan alasan yang mereka cari untuk tidak mempelajari sejarah. Nak tahu mengapa? Teruskan membaca:

Berikut adalah gambar-gambar pahlawan yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka bagi menuntut kemerdekaan:

1) Datuk Mat Kilau - Pejuang dari negeri Tok Gajah, Pahang yang berjuang melawan penjajah laknatullah.


2) Dato' Bahaman yang juga pejuang negara yang juga menentang Inggeris keluar dari tanah melayu.


3) Rentap, pejuang dari Sarawak yang dianggap pengkhianat oleh Barat sampai ke hari ini adalah pejuang yang membela nasib kaum Iban di Sarawak



4) Tidak lupa kepada pejuang kita Leftenan Adnan Bin Saidi yang menentang habis-habisan penceroboh Jepun...


Gambar diatas ini adalah diantara berjuta Syuhada yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka bagi menuntut bela kemerdekaan di negara kita. Ada juga wira yang kita tidak kenang, iaitu pengikut setia mereka... nama-nama seperti Abu, Ali, Alang dan banyak lagi orang kebanyakkan yang telah terkorban didalam memperjuangkan agenda bangsa dan negara.

Tidak saya lupakan para pejuang yang menggunakan mata pena yang tajam menikam bagi memperjuangkan agenda menuntut kemerdekaan. Antaranya adalah:

1) Hj Burhanuddin Helmi - Mantan YDP Parti Al-Islam Semalaya (PAS). ya, walaupun berbeza suara, namun perjuangan hanya satu, bagi menuntut bela kemerdekaan dan memartabatkan perjuangan anak bangsa dan agama sebagai asas pembinaan negara ini.


2) Pendeta Za'ba - Untuk makluman, Pendeta Za'balah yang menggunakan slogan HIDUP MELAYU! didalam UMNO kerana pada waktu sebelum kemerdekaan, orang melayu berpecah. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai jawa, banjar dan lain-lain. Slogan Hidup Melayu membawa anjakan paradigma minda kepada bangsa melayu ketika itu.


Mereka inilah diantara ribuan pejuang pena yang mencetuskan fenomena baru dikalangan umat melayu ketika itu. Bangsa yang dianggap kolot, bangsa kelas dua oleh bangsa Barat, mampu berubah dan mereka berubah dan menonjolkan kebolehan masing-masing di arena intelek, cerdik pandai. Maka muncullah makalah seperti "Majlis", "Utusan Melayu", "Warta" dan sebagainya.

Juga, tidak lupa kepada pejuang negara yang penting. Para Pemimpin dan khalifah Tanah Melayu yang menyumbangkan idea, kepimpinan dan pelaksana bagi menuntut bela kemerdekaan di Tanah Melayu dan terus mempertahankannya.

1) Dato' Onn Bin Jaafar - Pengasas UMNO ini, jangan dilupa jasanya kepada orang melayu. Kerana beliaulah, tertubuhnya UMNO dan UMNO ini adalah parti keramat yang bukannya ditubuhkan di jalanan, tetapi di Istana Bukit Serene, Johor. Kerana Baginda Sultan Johor Mahukan orang melayu supaya mempunyai maruah (Al-Muru'ah) yang tinggi agar tidak diapandang hina oleh bangsa penjajah.


2) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Penyambung perjuangan dan perjuangan diteruskan sehingga tercapai matlamat. Bapa Kemerdekaan yang kita kasihi. YTM Tunku sanggup berkorban jawatannya didalam kerajaan ketika itu untuk menyertai politik dan semenjak itu, YTM Tunku tidak menoleh kebelakang lagi. Kerana beliau dan juga sokongan akar umbi yang padu ketika itu maka kita berjaya menuntut merdeka melalui proses rundingan dan bukannya dengan peperangan.


3) Tun Abdul Razak Hussein - Bapa pembangunan negara. Beliaulah yang membina asas pembangunan negara. Pelaksanaan Felda dan pelbagai Rancangan bagi menjayakan agenda memartabatkan status ekonomi rakyat ketika itu. Ekonomi orang Melayu juga diberi penekanan agar seimbang dengan lahirnya Dasar Ekonomi Baru yang kita nampak lahirnya ramai anak melayu yang berjaya melaluinya. Penubuhan Majlis Amanah Rakyat, Institut Teknologi MARA (Kini UiTM) dan pelbagai lagi agensi, telah berjaya melahirkan ramai anak melayu yang berjaya didalam apa yang diceburi dan peluang pendidikan juga diberikan seluas-luasnya kepada rakyat melalui Penyata Razak (1976).


4) Tun Hussein Onn - Anakanda kepada Dato' Onn Jaffar ini meneruskan pembinaan asas yang ditinggalkan oleh pemimpin dahulu. Beliau fokus terhadap perpaduan dan pembangunan luar bandar bagi menjayakan keseimbangan ekonomi di Negara ini. Bapa Perpaduan ini telah berjaya memantapkan perpaduan rakyat melalui pelbagai program.


5) Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Pemodenan Malaysia ini telah berkhidmat dengan begitu cemerlang selama 22 tahun. Sepanjang kepimpinannya, beliau menekan bahawa perlunya perubahan keseluruhan oleh bangsa melayu yang dianggap terlalu bergantung kepada tongkat untuk hidup. Pun Begitu, beliau terus-menerus membela nasib bangsa melayu dengan memperkasakan aktiviti ekonomi dan kekayaan negara dapat diagihkan dan dirasai oleh semua rakyat di negara ini. Tun Dr Mahathir juga menyambung pembinaan negara Malaysia dengan lebih hebat lagi dan perubahan yang ketara dapat dilihat bagaimana Malaysia menjalani transformasi yang hebat dan kini berdiri sama gagah setanding negara maju yang lain.



6) Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi - Memperkasa pembangunan modal insan dan intregriti di kalangan sektor awam merupakan agenda beliau. Ini banyak membantu didalam meneruskan agenda pembangunan nasional dan memastikan Malaysia tidak lari dari landasannya. Transformasi Jabatan Kerajaan yang menjadi lebih mesra dan membawa imej korporat dapat dilihat.


Begitulah antara pandangan saya. Kita harus mengenali pejuang-pejuang negara kita dan juga memahami aspirasi mereka. Ini kerana agar kita tidak Mudah Lupa akan asal usul dan tidak akan sentiasa merasakan bahawa kita berada di zon selesa (Comfort Zone). Sebagai anak muda, kita harus memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang tidak terhingga kerana memberikan keamanan dan kemakmuran kepada negara kita dilimpahi pula dengan barisan kepimpinan dan pejuang yang mengutamakan pembangunan ummah sebagai teras perjuangan.

Ingatlah, bahawa bumi Malaysia yang kita pijak ini, kemajuan yang kita kecapi kini, kemudahan yang kita nikmati ini, adalah hasil dari tumpah darah, perahan keringat, ketajaman pena dan keberanian pimpinan kita untuk menuntut merdeka dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka demi Agama, Bangsa dan Negara.

Tujuan saya menulis ini adalah kerana melihat anak-anak muda semakin tergelincir dari landasan perjuangan. Kepentingan dan kekayaan diri lebih diutamakan berbanding dengan agenda nasional. Kita harus belajar dari sejarah. Kerana dengan ini, kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Ingatlah:

"Perjuangan kita belum Selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya".

Tun Dr Mahathir Mohamad, Sajak Perjuangan Yang Belum Selesai...


6 comments:

azlishukri said...

Dayat bagus betul entri kali ini..biarkan lama sedikit bagi ramai yang datang membacanya..

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Tahniah atas entri yang baik ini.

Memang benar kerana ramai anak anak muda sudah lupa sejarah malah yang tua tua pun turut lupa..ini yang sedihnya.

Entri kamu InsyaAllah swt akan mengingatkan kita kembali kepada pejuang2 bangsa dan negara.

Terima Kasih.

Unknown said...

dayat
tahniah atas artikel2 yang bermanfaat dalam blog ni.Teruskan usaha anda.
Encik Dayat mahasiswa uitm kedah ke?Saya pun mahasiswa uitm kedah juga.Asasi Undang2.Salam perkenalan

ZHARIF

Unknown said...

insyallah...harap kita terus komited untuk berjuang demi agama,bangsa dan negara.Sekarang ini sangat susah nak mencari generasi muda yang menyokong perjuangan sebenar UMNO sebab ramai yang sudah terpedaya dengan perjuangan Anwar Ibrahim.
Terus berjuang demi kebenaran

Unknown said...

terima kasih atas cadangan saudara. Beberapa pembaharuan telah saya lakukan atas keprihatinan saudara.Terima kasih
ZHARIF

MAHARAJJAH SAMBOGAN said...

Assalamualaikum sahabat.

Tahniah atas saranan2 dan artikel2 dalam blog ini. Ia boleh diguna pakai pada masa kini dan akan datang.

Renungan seketika dari Dr. M:

"Menerusi sejarah kita tahu di mana kita datang kerana kita tahu dahulu kita pernah hina dan miskin."

-Ucapan pada perasmian menara UMNO Pulau Pinang pada 11 Ogos 1998.