Tuesday, June 2, 2009

Bersedia menempuhi Cabaran Hidup Baru...



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang dimaksudkan dengan hidup baru yang saya akan tempuhi selama 5 bulan ini.

Bermula 1 Jun ini saya akan menjalani latihan praktikal di Media Prima Berhad. Saya sekarang ini ditempatkan di Bahagian Komunikasi Korporat di TV9. Saya bersama-sama rakan-rakan seperjuangan saya di TV9 akan bertanggungjawab didalam mengatur cara Majlis-Majlis, Sidang Media dan sebagainya...

Kirannya saya akan berpindah dari alam pelajar kepada alam pekerja. Jadi untuk itu saya perlu mengubah "Mind Set" atau paradigma minda saya agar sentiasa kehadapan didalam menempuh kehidupan seharian sebagai seorang insan yang bergelar "pekerja". Segala apa yang dipelajari di Kampus harus diaplikasikan di sini agar saya berjaya mengharungi pahit jerih hidup sebagai pekerja...

Saya perlu mengaturkan diri saya dengan lebih teratur dan rutin seharian saya akan berjalan sama setiap hari. Tidak seperti di waktu belajar dahulu dimana setiap hari itu mempunyai jadual yang berbeza dan atitud juga amat berbeza.. Pendek kata jika dulu waktu-waktu terluang digunakan untuk tidur, tetapi sekarang, waktu yang terluang saya perlu isi dengan perkara-perkara yang perlu saya penuhi seperti membuat kajian untuk thesis saya.

Minda juga perlu diubah untuk bersikap biasa ketika menempuh kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur ini. Kehidupan yang "Hectic" memerlukan saya sentiasa bertenaga didalam kehidupan seharian saya...

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa saya mungkin akan jarang untuk memasukkan entri-entri yang baru sentiasa kerana saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berblogging. Saya akan cuba sedaya upaya jika ada masa yang terluang, saya akan memasukkan entri-entri terbaru pada setiap hujung minggu...

Kepada para pembaca, teruskan menyokong blog ini dan saya memohon maaf diatas segala kelewatan didalam memasukkan entri di sini... Terima kasih buat semua...

Sekian,

Salam Perjuangan...

No comments: