Tuesday, June 23, 2009

Sememangnya jalan belum lagi lurus...


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Maafkan saya kerana sudah begitu lama saya menyepi dari dunia blog ini kerana sibuk menjalankan tugas di TV9. Pada entri kali ini, saya ingin mengupas isu kerajaan perpaduan...


Kali ini kita telah dapat menyaksikan bahawa jalan untuk menyatupadukan orang melayu sudah bengkok semula dan dukacita saya rasa kerana kita terlalu tamak dan kelabu dengan kuasa dan duniawi... Kerana tekanan oleh "sahabat" mereka sendiri, mereka tunduk demi menuruti orang KAFIR!!!...

Apa telah jadi kepada pemimpin islam masa kini, sedang kita melihat Barat sedang enak melanyak bangsa dan agama kita, kita sesama sendiri bertelagah untuk merebut kuasa. Saya sungguh kecewa dan amat geram kepada Anwar Ibrahim... Dia ini tidak serik-serik untuk memecah-belahkan orang melayu. Kepada Anwar, ini amaran keras saya kepada anda! kembalilah ke pangkal jalan wahai Anwar, sudah cukuplah anda memecah-belahkan orang melayu, menyokong pula Chin Peng masuk ke Malaysia, anda ini sememangnya seorang yang optimistik dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semoga Allah membalas kerosakkan yang anda telah lakukan di bumi Malaysia ini kepada diri anda.

Maafkan saya kerana terlalu beremosi, ini kerana saya amat geram dengan perilaku seorang insan bernama Anwar ini. Apakah maknanya apabila seseorang itu pergi ke luar negara dan mengutuk negaranya sendiri di mata dunia. Dan Pas sebagai Parti yang memperjuangkan agenda Islam tidak harus tunduk kepada tekanan orang luar.


Akan tetapi, benarlah, apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya. Setelah pengumuman penolakan kerajaan perpaduan saya kini sedar bahawa Pas hanya bertopengkan agama sebagai tiket untuk mereka mendapat kuasa dan bukannya benar-benar ikhlas memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.


Saya berpendapat, UMNO kini jangan buang masa dengan melayan omongan-omongan PAS ini, kerana mereka ini ibarat baling batu sembunyi tangan. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan artikel ini kerana terlalu banyak yang hendak ditulis dan tiada ayat yang dapat mengungkap kekecewaan yang saya rasai kerana sikap pemimpin yang mendakwa kononnya diri mereka ini memperjuangkan Islam tetapi tunduk kepada tekanan luar.


Mana perginya jatidiri insan yang bernama pemimpin ini?


Mana perginya kecintaan mereka terhadap bangsa mereka?


Mana perginya kefahaman mereka didalam mendalami Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W? yang mengajar kita supaya jangan berpecah belah...


Mana perginya semangat memperjuangkan nasib anak bangsa yang kini semakin hari ditekan oleh bangsa lain?


banyak lagi persoalan yang berlegar di fikiran saya sewaktu ingin menulis entri ini.

Saya ingin mengakhiri entri ini dengan membiarkan anda menjawab persoalan-persoalan diatas.


Sekian.