Wednesday, June 10, 2009

JANGAN BAWA CHIN PENG KE BUMI MALAYSIA INI!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca dan rakan-rakan bloggers sekalian. Saya memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak mengemaskini blog saya ini kerana saya sedang sibuk menjalani latihan praktikal di TV 9 bermula pada 1 Jun 2009 dan akan berakhir pada 19 Oktober 2009. Pada kali ini saya akan mengulas tentang isu yang agak lama dan hangat diperkatakan iaitu isu membawa Chin Peng ke Malaysia.

Ulasan Saya:

Jangan Benarkan si BEDEBAH itu ke Bumi Malaysia ini... Bumi Malaysia ini sudah cukup terseksa angkara seorang yang zalim seperti Chin Peng. Saya juga berasa amat geram dengan pihak yang membawa isu ini yang teringin benar mahu membawa Chin Peng pulang ke Malaysia. Dan apa yang dikesail, ada pula golongan yang menyokong agar Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini.

Kepada golongan tersebut, lupakah anda akan peristiwa Bukit Kepong? Berapa ramai para pejuang kita yang telah terkorban, telah hilang upaya akibat perbuatan kejam si Komunis yang dipimpin oleh Chin Peng...


Bukan sahaja orang Melayu, Orang Cina dan India juga terseksa akibat dari kekejaman Komunis yang boleh diibaratkan sama seperti kejamnya rejim Zionis. Para pekebun dari masyarakat Cina sentiasa diugut untuk memberikan bekalan makanan kepada Komunis.


Didalam temubual yang pernah diadakan oleh RTM bersama YTM Tunku Abdul Rahman, Tunku telah menyatakan bahawa Chin Peng sendiri pernah berkata bahawa Komunis dan Perikatan tidak mungkin akan bekerjasama.. Petikan kata-kata ini diucapkan oleh Chin Peng semasa rundingan Baling...


Saya ingin menyatakan sekeras-kerasnya disini bahawa kami anak-anak muda yang menentang pembawakkan Chin Peng kembali ke bumi yang bertuah ini akan berada di saf yang paling hadapan sekali untuk membunuh Chin Peng!!! Ini kerana Hutang Darah perlu dibayar dengan darah!!!


Sekian saja ulasan saya pada kali ini.. Nantikan entri-entri yang seterusnya pada masa yang terdekat ini...



Sekian,


Salam Perjuangan...

No comments: