Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Saya ingin mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan isu Kerajaan Perpaduan yang difikirkan oleh Presiden Parti Al-Islam SeMalaysia (PAS) Tn Guru Hj Hadi Awang. Pada hemat saya, cadangan kerajaan perpaduan ini amat baik sekali dan inilah tandanya bahawa PAS, seiering dengan UMNO telah bertambah matang. Sungguhpun ada pihak yang tidak bersetuju akan kerajaan perpaduan ini, saya merasakan bahawa ianya satu cadangan yang bagus dan boleh menjadi titik tolek kepada pemerkasaan bangsa melayu di masa yang makin mencabar ini.
Bukan sahaja Bangsa melayu akan meningkat naik, Islam juga akan lebih diperkasakan. Ini kerana jika dicantumkan UMNO dengan PAS, maka kita akan lihat Melayu akan bersatu, Kita akan kembali kepada perjuangan asal UMNO iaitu memeartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Agama diletakkan di awal sekali kerana dengan memeperjuanagankan Agama kita, bangsa kita akan turut seiring diperjuangakan...
Jika dilihat dari sudut sejarah, PAS juga merupakan UMNO sebelum ini, cuma barisan Ulama UMNO ketika itu tidak berpuas hati dengan isu tertentu dan memutuskan untuk keluar dari UMNO dan Menubuhkan PAS. Pokok pangkalnya, UMNO sememangnya menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan PAS dari dulu memperjuangkan ISLAM dari segala sudut.. Jika kita adunkan kedua-dua ini, Nah, kita akan dapat memperkasakan agama dan bangsa kita yang semakin hari dipandang lekeh oleh bangsa lain...
Cumanya, datri segi implimentasi, seperti yang digarapkan oleh sahabat blogger saya, saudara azli shukri, yang penting didalam perlaksanasan kerajaan perpaduan ini memerlukan keikhlasan dari kedua-dua belah pihak.
Cuba kita lihat di Palestin, punca Israel menyerang bumi Palestin dan mengambil hak-hak rakyat Palestin adalah kerana kerajaannya sendiri yang sesama Muslim, bertelagah sesama sendiri. Fatah dan Hamas ibarat UMNO dan PAS yang selama ini bertengkar. Cumanya, UMNO dan PAS ada juga toleransi didalam isu-isu tertentu... Jadi, kita lihat orang melayu pada masa kini telah berpecah kepada 3 iaitu UMNO, PAS dan Keadilan. Jadi, apa yang membolehkan orang melayu bersatu adalah dengan bersatunya UMNO dan Pas menjadi satu maka kita akan menjadi lebih hebat di bumi kita sendiri.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Tetapi saya rasakan inilah yang terbaik bagi agama dan bangsa kita. Jika kita mampu melaksanakannya, maka kita akan menjadi model kepada dunia Islam yang lain dan Insyaallah akan dapat memberi kesedaran kepada seluruh umat islam serata dunia agar bersatu...
Biar berlainan pendapat asalkan matlamat perjuangan tetap satu, bagi memperkasakan AGAMA, BANGSA dan NEGARA...
Sekian,
Salam Perjuangan...
3 comments:
menarik...nanti kita jumpa
Assalamualaikum anakku,
Satu ulasan yang menarik dan ikhlas.
Tahniah dapat bertugas di TV 9.
Alhamdulillah.
kesian lagi sekali
Post a Comment