Thursday, December 31, 2009
Selamat Tahun Baru 2010...
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan rakan bloggers.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dari moderator blog Kisah Sebuah Bangsa. Semoga Allah memberikan kita kurnia dan InayahNya kepada kita pada sepanjang tahun 2010.
Nantikan kemunculan semula blog ini dengan entri-entri yang lebih kritis, lebih rasional disamping mengekalkan nilai-nilai akademik didalam memberikan wahana penulisan yang lebih baik lagi kepada diri saya dan juga kepada para pembaca.
Terima Kasih diatas sokongan anda dan semoga tahun 2010 memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.
Saturday, December 19, 2009
KEKALKAN MODUL BIRO TATANEGARA!
"Bersama Mencipta Kegemilangan". Itulah slogan yang diguna pakai di dalam Biro Tatanegara selama ini. Dan sememangnya kursus-kursus dan modul yang di guna pakai didalam setiap Siri BTN adalah menepati dengan slogan BTN. Sebagai badan yang bertanggungjawab untuk melatih dan memupuk masyarakat dan komuniti yang lebih baik didalam mencipta kegemilangan.
Saya selaku salah seorang produk BTN, saya merasakan bahawa modul yang digarap didalam setiap siri kem BTN adalah mengikut acuan Islam. Dimana elemen-elemen berikut ditekankan:
1) Kerohanian - Solat 5 waktu tidak diabaikan dan setiap waktu solat, wakil dari tiap-tiap kumpulan akan diberikan tugasan seperti menjadi imam, bilal dan sebagainya.
2) Semangat Gotong-Royong - Didalam Biro Tatanegara, kami dilatih untuk bergotong-royong menggunakan sumber yang ada. Ini melatih kami supaya sedar tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan.
3) Mengajar peserta supaya lebih merendah diri - Daripada Perdana Menteri hinggalah pelajar, dilatih untuk merendah diri dengan membasuh pinggan sendiri dan juga mengajar erti kesusahan.
4) Semangat Setiakawan - Suka saya nyatakan disini bahawa BTN memupuk semangat setiakawan yang utuh antara kumpulan dimana kami dilatih untuk bekerja didalam satu kumpulan.
5) Semangat Cintakan Negara - Sepanjang seminggu berada di dalam Kem Biro Tatanegara, saya lebih sayangkan tanahair ini dimana penceramah akan memberikan penerangan dan penekanan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.
Apa yang saya dapat rumuskan disini adalah, para pemimpin pembangkang ini janganlah terlalu ego dan sombong dan juga hanya mementingkan diri sendiri. kenangkan nasib bangsa anda dan apa yang anda lakukan selama ini telah pun sedikit sebanyak merosakkan pemikiran rakyat Malaysia dan bangsa melayu khususnya. Contohi sikap kepimpinan Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang menyatakan benda yang baik buat apa nak halang...
Gambar Atas: 1) Logo Biro Tatanegara, 2) Penulis bersama rakan-rakan didalam LDK, 3) Penulis bersama rakan seperjuangan bersedia untuk sesi ceramah BTN, Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
Wednesday, December 2, 2009
Setelah lama menghilang, kini kembali lagi...
Harapan saya kini agar saya dapat berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara saya secara langsung dan oleh kerana itulah saya memilih untuk kembali ke kampung halaman bagi membantu keluarga saya didalam perniagaan. Saya juga bercita-cita untuk melaksanakan projek pertanian iaitu penanaman cili secara fertigasi dan ternakan keli yang mana saya akan laksanakan dalam tempoh sebulan dua ini.
Disamping itu saya akan bergiat dengan lebih aktif dan agresif lagi di arena politik bagi membolehkan saya menyampaikan idea saya kepada pentadbiran untuk memajukan rakyat. Saya menyahut Gagasan 1Malaysia dimana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan oleh sebab-sebab inilah saya kini berada di kampung halaman dan tidak memilih untuk terus bekerja di Media Prima Berhad. Kepada rakan-rakan dan semua di Media Prima terutama yang berada di TV9 dan TV3 bahagian Komunikasi Korporat, saya ucapkan selamat maju jaya dan moga kita terus berhubung dan kekalkan ukhuwah yang terjalin selama ini...
Kepada semua pembaca dan rakan bloggers, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana sudah lama saya tidak bersuara di blog ini. Dan suka saya umumkan di sini bahawa saya akan kembali menulis dan blog ini akan dikemaskini setiap minggu iaitu pada hari ahad jam 9.00 malam ataupun pada bila-bila masa yang saya mempunyai kelapangan dan diharapkan anda semua teruskan menyokong dan memberikan komentar-komentar yang membina di blog saya ini.
Sekian,
Sehingga bertemu kembali...
Thursday, September 17, 2009
SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR DAN BATIN
Wednesday, July 22, 2009
Kisah Manusia Yang Lupa Diri
Monday, July 20, 2009
Al Fatihah The Ancient Mariner... Capt Yusof Dalam Kenangan
Wednesday, July 15, 2009
PRK Manek Urai.. Satu Mesej buat UMNO dan PAS..
Mengapa saya berkata begini?
1) Kita lihat pada statistik bahawa UMNO telah tewas hanya pada 65 undi sahaja. berbanding PRU yang lepas dimana kita telah tewas dengan beza undi lebih 1000 undi. Ini membawakan mesej yang jelas buat UMNO bahawa rakyat semakin yakin dengan kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak. Cumanya, mereka belum nampak lagi hasilnya kerana memang baru benar Datuk Najib menjadi PM. Pun begitu, UMNO perlulah terus menerus menggembleng seluruh tenaga untuk menampakkan hasil yang langsung kepada rakyat. Tetapi pada saya, ini satu permulaan yang baik kepada kepimpinan Datuk Najib.
2) Buat PAS, ini pelajaran yang pertama... Rakyat kini bertambah matang. Jangan asyik menggunakan cara kempen anda yang hanya asyik mencari kesalahan orang lain. Bila diri sendiri memerintah, kesilapan yang sama juga anda lakukan. Jangan hanya pandai berkata-kata tetapi perlaksanaan tidak ada.
Wednesday, July 8, 2009
PPSMI: Keputusan Telah Dibuat.. Apa Pula Selepas Ini?
Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.
Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.
Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.
“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.
Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.
Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
Ulasan Saya:
Tuesday, June 23, 2009
Sememangnya jalan belum lagi lurus...
Maafkan saya kerana terlalu beremosi, ini kerana saya amat geram dengan perilaku seorang insan bernama Anwar ini. Apakah maknanya apabila seseorang itu pergi ke luar negara dan mengutuk negaranya sendiri di mata dunia. Dan Pas sebagai Parti yang memperjuangkan agenda Islam tidak harus tunduk kepada tekanan orang luar.
Wednesday, June 10, 2009
Kerajaan Perpaduan, Tanda Pemimpin sudah bertambah matang...
JANGAN BAWA CHIN PENG KE BUMI MALAYSIA INI!!!
Ulasan Saya:
Jangan Benarkan si BEDEBAH itu ke Bumi Malaysia ini... Bumi Malaysia ini sudah cukup terseksa angkara seorang yang zalim seperti Chin Peng. Saya juga berasa amat geram dengan pihak yang membawa isu ini yang teringin benar mahu membawa Chin Peng pulang ke Malaysia. Dan apa yang dikesail, ada pula golongan yang menyokong agar Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini.
Kepada golongan tersebut, lupakah anda akan peristiwa Bukit Kepong? Berapa ramai para pejuang kita yang telah terkorban, telah hilang upaya akibat perbuatan kejam si Komunis yang dipimpin oleh Chin Peng...
Tuesday, June 2, 2009
Bersedia menempuhi Cabaran Hidup Baru...
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca dan rakan bloggers sekalian. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang dimaksudkan dengan hidup baru yang saya akan tempuhi selama 5 bulan ini.
Kirannya saya akan berpindah dari alam pelajar kepada alam pekerja. Jadi untuk itu saya perlu mengubah "Mind Set" atau paradigma minda saya agar sentiasa kehadapan didalam menempuh kehidupan seharian sebagai seorang insan yang bergelar "pekerja". Segala apa yang dipelajari di Kampus harus diaplikasikan di sini agar saya berjaya mengharungi pahit jerih hidup sebagai pekerja...
Saya perlu mengaturkan diri saya dengan lebih teratur dan rutin seharian saya akan berjalan sama setiap hari. Tidak seperti di waktu belajar dahulu dimana setiap hari itu mempunyai jadual yang berbeza dan atitud juga amat berbeza.. Pendek kata jika dulu waktu-waktu terluang digunakan untuk tidur, tetapi sekarang, waktu yang terluang saya perlu isi dengan perkara-perkara yang perlu saya penuhi seperti membuat kajian untuk thesis saya.
Minda juga perlu diubah untuk bersikap biasa ketika menempuh kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur ini. Kehidupan yang "Hectic" memerlukan saya sentiasa bertenaga didalam kehidupan seharian saya...
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa saya mungkin akan jarang untuk memasukkan entri-entri yang baru sentiasa kerana saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berblogging. Saya akan cuba sedaya upaya jika ada masa yang terluang, saya akan memasukkan entri-entri terbaru pada setiap hujung minggu...
Kepada para pembaca, teruskan menyokong blog ini dan saya memohon maaf diatas segala kelewatan didalam memasukkan entri di sini... Terima kasih buat semua...
Sekian,
Salam Perjuangan...
Kisah Krisis Politik di Perak... Ulasan Saya..
Pada kali ini saya akan merungkai atau mengulas secara ringkas sahaja berkenaan dengan isu politik di Perak tidak lama dulu..
Pada hemat saya, kedua-dua belah pihak ada salahnya. Pada pandangan saya, salah kedua-dua belah pihak adalah satu, iaitu mereka gagal mendapatkan undi majoriti melayu pada PRU ke-12 yang lalu...
Apabila kurangnya majority dari kaum Melayu, dan Kaum yang lagi satu menjadi penentu siapa yang akan memerintah, inilah jadinya. Cuba lihat saja di Kedah, mesyuarat DUN diadakan dengan penuh harmonis walaupun dibawah pembangkang, tetapi pembangkang yang terdiri dari orang Melayu...
Sebagai Tuan didalam tanah ini, kitalah yang harus memegang tampuk kuasa dengan lebih kuat dan jitu... Isu Perak ini boleh diselesaikan jika majoriti yang mennganggotai DUN Perak adalah Melayu...
Sekian...
Salam Perjuangan..
Monday, May 11, 2009
Selamat Tinggal UiTM Kampus Bandaraya Melaka... "Tribute to BBAM" Siri I
Dua tiga hari ini merupakan peluang untuk saya dan rakan-rakan yang saya kenali semenjak 2 tahun setengah berada di kampus ini...
Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca dan juga saya dedikasikan entri ini buat semua rakan-rakan seperjuangan di UiTM Kampus Bandara Melaka...
Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun kita berada di bumi Melaka ini... Begitu banyak kisah-kisah yang pahit dan manis telah ditempuhi.. Akan tetapi, anggaplah segala pengalaman pahit itu sebagai satu pengajaran yang berguna pada kita dimasa hadapan... Saya telah ungkapkan ini di Facebook menyatakan bahawa saya akan tinggalkan segala yang pahit disini dan yang manis akan saya pulang... Ini kerana saya tidak mahu membawa yang pahit kerana tidak mahu ia menjadi kudis dihati dan akan menjejaskan perhubungan persahabatan yang terjalin selama ini.
Ya, saya akui, sepanjang berada di UiTM KBM ini, macam-macam ragam yang saya tempuhi dan bermacam-macam ragam saya yang rakan-rakan layani... tetapi ini pesan saya buat rakan-rakan:
"Sebelum kita membuat keputusan terhadap sesuatu masalah, konflik atau apa sahaja, kita harus cermin diri kita dahulu... kita hidup perlu bertolak ansur.. INGATLAH, bahawa diri kita juga tidak sempurna, didalam kita sibuk untuk hendak memarahi orang kerana kita terasa hati, pernahkah kita terfikir, perbuatan kita yang menyikiti hati individu tersebut???"
Kita jangan asyik nak fikirkan keburukkan orang itu sahaja, tetapi hendaklah kita memikirkan kebaikannya kerana kita juga mempunyai keburukkan....
Adalah menjadi harapan saya, agar persahabatan yang terjalin selama ini janganlah putus dan terus-terusanlah berhubung diantara satu sama lain...
Kepada Rakan-rakan, saya ucapkan selamat maju jaya, moga kalian berjaya didalam apa jua yang hendak diceburi... Dan ingin saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan buat kalian andai ada yang terasa hati dan segala salah silap dan khilaf saya harap diampun...
Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar nostalgia yang sempat saya upload... Moga kenangan yang manis ini akan terpahat dihati kita buat selamanya...
Nantikan Tribute siri ke II pada masa akan datang....
Friday, May 8, 2009
PENGUMUMAN!
1)Kekacauan politik di Perak
2)Bersedia menempuh kehidupan baru
3) Dedikasi buat Rakan dan Taulan...
semua ini akan saya siarkan selepas peperiksaan saya yang kertas terakhir adalah pada 10 Mei 2009. Nantikan kupasan yang lebih menarik, neutral dan akademis hanya di www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Sekian...
Thursday, April 30, 2009
Setelah Lama Menyepi...
Saya ingin berkongsi dengan para pembaca bahawa saya berasa amat gembira dan bersemangat setelah diberi suntikan kepada para pembaca yang senada didalam agenda yang saya perjuangkan... Terbaru, Dato' Wan Ahmad Farid telah singgah di blog ini dan telah menyatakan responnya didalam facebook saya... Begitu juga dengan Dato Ahmad Shabery Cheek yang juga telah memberikan responnya didalam akaun facebook saya...
Sesungguhnya, perhatian dan sokongan kalian semua memberikan saya penyuntik semangat yang lebih besar dan jitu didalam memperjuangkan agenda melayu..
Saya rasa setakat ini saya akan berbicara, teruskan mengikuti blog ini dengan artikel yang menarik pada masa akan datang. Saya akan cuba berusaha untuk mengemaskini blog saya ini semampu yang boleh...
Terima kasih atas sokongan semua...
Sekian
Monday, April 20, 2009
Peperiksaan Sudah Bermula.. Doakan Kejayaan Saya...
Saturday, April 11, 2009
Anak Muda Harus Belajar Dari Sejarah.. Agar Tidak Lupa Asal Usulmu..
Mengimbau sejarah, sila hayati petikan kata dibawah yang saya selalu ungkapkan. Ia juga adalah ungkapan yang selalu diulang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad:
"Seseorang/sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berkali-kali"
Melalui petikan/ungkapan ini, jelaslah bahawa Barat juga belajar dari sejarah untuk mara kehadapan. Kita lihat keruntuhan moral anak-anak muda oleh Barat adalah kerana mereka tidak menghayati sejarah.
Begitu juga di negara kita. Anak muda hanya berfikiran bahawa belajar sejarah itu membosankan, apa yang ada pada sejarah?, mengapa harus kita belajar sejarah? dan banyak lagi persoalan dan alasan yang mereka cari untuk tidak mempelajari sejarah. Nak tahu mengapa? Teruskan membaca:
Berikut adalah gambar-gambar pahlawan yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka bagi menuntut kemerdekaan:
1) Datuk Mat Kilau - Pejuang dari negeri Tok Gajah, Pahang yang berjuang melawan penjajah laknatullah.
2) Dato' Bahaman yang juga pejuang negara yang juga menentang Inggeris keluar dari tanah melayu.
3) Rentap, pejuang dari Sarawak yang dianggap pengkhianat oleh Barat sampai ke hari ini adalah pejuang yang membela nasib kaum Iban di Sarawak
4) Tidak lupa kepada pejuang kita Leftenan Adnan Bin Saidi yang menentang habis-habisan penceroboh Jepun...
Gambar diatas ini adalah diantara berjuta Syuhada yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka bagi menuntut bela kemerdekaan di negara kita. Ada juga wira yang kita tidak kenang, iaitu pengikut setia mereka... nama-nama seperti Abu, Ali, Alang dan banyak lagi orang kebanyakkan yang telah terkorban didalam memperjuangkan agenda bangsa dan negara.
Tidak saya lupakan para pejuang yang menggunakan mata pena yang tajam menikam bagi memperjuangkan agenda menuntut kemerdekaan. Antaranya adalah:
1) Hj Burhanuddin Helmi - Mantan YDP Parti Al-Islam Semalaya (PAS). ya, walaupun berbeza suara, namun perjuangan hanya satu, bagi menuntut bela kemerdekaan dan memartabatkan perjuangan anak bangsa dan agama sebagai asas pembinaan negara ini.
2) Pendeta Za'ba - Untuk makluman, Pendeta Za'balah yang menggunakan slogan HIDUP MELAYU! didalam UMNO kerana pada waktu sebelum kemerdekaan, orang melayu berpecah. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai jawa, banjar dan lain-lain. Slogan Hidup Melayu membawa anjakan paradigma minda kepada bangsa melayu ketika itu.
Mereka inilah diantara ribuan pejuang pena yang mencetuskan fenomena baru dikalangan umat melayu ketika itu. Bangsa yang dianggap kolot, bangsa kelas dua oleh bangsa Barat, mampu berubah dan mereka berubah dan menonjolkan kebolehan masing-masing di arena intelek, cerdik pandai. Maka muncullah makalah seperti "Majlis", "Utusan Melayu", "Warta" dan sebagainya.
Juga, tidak lupa kepada pejuang negara yang penting. Para Pemimpin dan khalifah Tanah Melayu yang menyumbangkan idea, kepimpinan dan pelaksana bagi menuntut bela kemerdekaan di Tanah Melayu dan terus mempertahankannya.
1) Dato' Onn Bin Jaafar - Pengasas UMNO ini, jangan dilupa jasanya kepada orang melayu. Kerana beliaulah, tertubuhnya UMNO dan UMNO ini adalah parti keramat yang bukannya ditubuhkan di jalanan, tetapi di Istana Bukit Serene, Johor. Kerana Baginda Sultan Johor Mahukan orang melayu supaya mempunyai maruah (Al-Muru'ah) yang tinggi agar tidak diapandang hina oleh bangsa penjajah.
2) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Penyambung perjuangan dan perjuangan diteruskan sehingga tercapai matlamat. Bapa Kemerdekaan yang kita kasihi. YTM Tunku sanggup berkorban jawatannya didalam kerajaan ketika itu untuk menyertai politik dan semenjak itu, YTM Tunku tidak menoleh kebelakang lagi. Kerana beliau dan juga sokongan akar umbi yang padu ketika itu maka kita berjaya menuntut merdeka melalui proses rundingan dan bukannya dengan peperangan.
3) Tun Abdul Razak Hussein - Bapa pembangunan negara. Beliaulah yang membina asas pembangunan negara. Pelaksanaan Felda dan pelbagai Rancangan bagi menjayakan agenda memartabatkan status ekonomi rakyat ketika itu. Ekonomi orang Melayu juga diberi penekanan agar seimbang dengan lahirnya Dasar Ekonomi Baru yang kita nampak lahirnya ramai anak melayu yang berjaya melaluinya. Penubuhan Majlis Amanah Rakyat, Institut Teknologi MARA (Kini UiTM) dan pelbagai lagi agensi, telah berjaya melahirkan ramai anak melayu yang berjaya didalam apa yang diceburi dan peluang pendidikan juga diberikan seluas-luasnya kepada rakyat melalui Penyata Razak (1976).
4) Tun Hussein Onn - Anakanda kepada Dato' Onn Jaffar ini meneruskan pembinaan asas yang ditinggalkan oleh pemimpin dahulu. Beliau fokus terhadap perpaduan dan pembangunan luar bandar bagi menjayakan keseimbangan ekonomi di Negara ini. Bapa Perpaduan ini telah berjaya memantapkan perpaduan rakyat melalui pelbagai program.
5) Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Pemodenan Malaysia ini telah berkhidmat dengan begitu cemerlang selama 22 tahun. Sepanjang kepimpinannya, beliau menekan bahawa perlunya perubahan keseluruhan oleh bangsa melayu yang dianggap terlalu bergantung kepada tongkat untuk hidup. Pun Begitu, beliau terus-menerus membela nasib bangsa melayu dengan memperkasakan aktiviti ekonomi dan kekayaan negara dapat diagihkan dan dirasai oleh semua rakyat di negara ini. Tun Dr Mahathir juga menyambung pembinaan negara Malaysia dengan lebih hebat lagi dan perubahan yang ketara dapat dilihat bagaimana Malaysia menjalani transformasi yang hebat dan kini berdiri sama gagah setanding negara maju yang lain.
6) Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi - Memperkasa pembangunan modal insan dan intregriti di kalangan sektor awam merupakan agenda beliau. Ini banyak membantu didalam meneruskan agenda pembangunan nasional dan memastikan Malaysia tidak lari dari landasannya. Transformasi Jabatan Kerajaan yang menjadi lebih mesra dan membawa imej korporat dapat dilihat.
Begitulah antara pandangan saya. Kita harus mengenali pejuang-pejuang negara kita dan juga memahami aspirasi mereka. Ini kerana agar kita tidak Mudah Lupa akan asal usul dan tidak akan sentiasa merasakan bahawa kita berada di zon selesa (Comfort Zone). Sebagai anak muda, kita harus memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang tidak terhingga kerana memberikan keamanan dan kemakmuran kepada negara kita dilimpahi pula dengan barisan kepimpinan dan pejuang yang mengutamakan pembangunan ummah sebagai teras perjuangan.
Ingatlah, bahawa bumi Malaysia yang kita pijak ini, kemajuan yang kita kecapi kini, kemudahan yang kita nikmati ini, adalah hasil dari tumpah darah, perahan keringat, ketajaman pena dan keberanian pimpinan kita untuk menuntut merdeka dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka demi Agama, Bangsa dan Negara.
Tujuan saya menulis ini adalah kerana melihat anak-anak muda semakin tergelincir dari landasan perjuangan. Kepentingan dan kekayaan diri lebih diutamakan berbanding dengan agenda nasional. Kita harus belajar dari sejarah. Kerana dengan ini, kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Ingatlah:
"Perjuangan kita belum Selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya".
Tun Dr Mahathir Mohamad, Sajak Perjuangan Yang Belum Selesai...
Kabinet 2009, Kabinet Rakyat.. Tahniah Datuk Seri Najib
Saya melihat barisan ini akan dapat membawa perubahan yang dikehendaki ditambah pula dengan sistem Key Performance Index (KPI) yang akan menilai prestasi masing-masing. Saya rasa sudah tiba masanya bagi negara yang berusia lebih dari 50 tahun ini berubah dari yang baik kepada yang lebih baik. Kita perlukan anjakan paradigma dan kepimpinan yang ampuh didalam memastikan kestabilan politik dan perpaduan kaum di negara kita terjamin. Dengan ini, ianya akan membantu didalam pembentukkan negara itu sendiri.
Prinsip negara bangsa yang diinginkan oleh Y.A.B Datuk Seri Najib adalah selari dengan perjuangan "The forefathers of Malaysia" pemimpin negara terdahulu yang mahukan bangsa kita dikenali sebagai bangsa malaysia. Konsep 1 Malaysia yang beliau perkenalkan amat tepat pada masanya.
Pada pandangan saya, terdapat juga keraguan dan harap para pimpinan negara dapat mendengar suara kecil ini. Saya mengharapkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) diperkasakan semula dan ditimbangkan untuk diwujudkan semula kerana inilah kementerian yang banyak membantu didalam meningkat taraf kualiti hidup rakyat terutama Bumiputera melalui agensi-agensinya.
Usahawan melayu juga tertanya-tanya mana perginya MARA, UDA dan agensi-agensi lain dibawah kementerian ini berada? Kementerian manakah yang akan menaungi usahawan-usahawan ini? Ini satu Tanda soal yang besar harus dijabwab oleh kepimpinan negara agar rakyat tidak keliru...
Kepada yang mempunyai kapasiti untuk menyampaikan suara saya ini, saya mengharapkan anda sampaikanlah kepada pihak yang berkenaan agar dapat dipertimbangkan.
Bukan mengutuk, hanya memberikan pandangan dan pendapat untuk mementapkan lagi pembangunan negara.
Sekian.
Tuesday, April 7, 2009
Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.. Satu Mesej kepada kepimpinan baru BN..
Bukit Gantang (Keputusan Rasmi: BN 19,071 ; PAS 21,860; BEBAS 62) :
Kemenangan Datuk Seri Nizar sudah saya jangkakan. Ini kerana mengambil statusnya sebagai Bekas Menteri Besar Perak. Dan saya yakin bahawa sebagai Bekas Menteri Besar, beliau boleh mengekploitasi banyak perkara dalaman didalam urus tadbir negeri Perak Darul Ridzuan. Walaupun boleh jadi rekaan semata-mata, rakyat (Khususnya penyokong PAS) akan menganggap bahawa kredibiliti Nizar sebagai Bekas Menteri Besar Perak boleh dipercayai. Beliau akan berjaya mengeksploitasi segala isu kerana memegang kredibiliti ataupun kapasiti sebagai Bekas Menteri Besar Perak. Sama seperti Anwar Ibrahim yang selalu didalam ceramahnya, mereka-reka cerita menggunakan kapisiti sebagai Bekas Menteri Kewangan dan Bekas Timbalan Perdana Menteri. Ini kelebihan yang ada di pihak pembangkang. Tambahan pula golongan intelek banyak berada didalam pembangkang, Professor, Jurutera dan sebagainya banyak menyertai pembangkang.
Bagi Barisan Nasional dan UMNO khususnya, saya merasakan bahawa Ismail Seffian telah berjaya. Ini kerana beliau berjaya meraih sebanyak lebih 19,000 undi dan ini saya kira permulaan yang baik bagi BN. Walaupun tidak menang kerusi tersebut, saya kira melalui Pilihanraya Kecil ini dapat diajadikan "benchmarking" buat BN dan UMNO untuk mengatur strategi di masa mendatang. Kehadiran Tun Dr M di Bukit Gantang dan Bukit Selambau juga saya kira banyak membantu BN didalam mendapat undi. Saya tahu, ramai ahli UMNO dan BN kecewa dengan keputusan ini, tetapi percayalah, secara logika, perubahan tidak akan dapat dilakukan sekelip mata, ianya harus melalui proses yang memakan masa. Dan saya amat mengaharpkan agar barisan kepimpinan BN dan UMNO dapat muhasabah diri dan melakukan "post-mortem" tentang kekalahan ini. Dengan syarat, "post-mortem" itu hendaklah disertai dengan kehadiran Tun Dr M dan Tun Abdullah kerana mengikut Albert Einstein, sesuatu masalah itu tidak akan selesai jika dianalisa oleh kelompok pemikiran yang sama, ianya mestilah dari kelompok pemikiran yang lebih tinggi dan juga luar dari pentadbiran. Ahli-ahli akademik juga boleh dipanggil bersama bagi mengkaji faktor kekalahan BN dan UMNO di Pilihanraya Kecil ini.
Bukit Selambau (Keputusan Rasmi : BN kalah kepada PKR sebanyak 2403 undi)
Saya agak optimis tentang Bukit Selambau. Ini kerana saya merasakan bahawa susah untuk menganalisa kehendak rakyat di kawasan tersebut. Saya juga merasakan bahawa isu-isu standard yang dimainkan oleh pihak pembangkang juga akan mudah "dimakan" oleh rakyat/pengundi. Saya tidak salahkan pengundi memilih PKR untuk mewakili mereka. Ini kerana di Kedah, dibawah kepimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak telah berjaya menyuntik keyakinan terhadap rakyat. Ini kerana semua projek pembangunan dilaksanakan dengan cepat dan juga kepimpinan kerajaan negeri dibawah Ustaz Azizan juga mahu mendengar nasihat dan sanggup membuang ego mereka. Ini yang menyebabkan mereka dapat menyelami hati rakyat.
Batang Ai (Keputusan Rasmi: BN 3907 ; PKR 2053) :
Seperti yang dijangkakan BN mampu bertahan di Sabah dan Sarawak. Ini kerana PKR tidak memahami agenda politik di Sarawak yang berbeza dengan Semenanjung. Ini kerana mereka berpegang kuat kepada parti komponen yang mewakili kaum mereka seperti Iban, Melanau dan sebagainya. Dan terbukti, BN lebih berpengalaman mengendalikan isu-isu dan kehendak rakyat di Sarawak dengan baik selama ini.
Konklusi/rumusan:
Saya ingin mengucapkan kepada calon-calon yang menang. Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang, S. Manikumar di Bukit Selambau dan calon BN Malcom Mussen Lamboh di Batang Ai.
Kepada calon-calon yang kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dan juga kepada BN dan UMNO jika anda membaca blog saya ini, ingatlah bahawa kekalahan ini adalah kekalahan yang penuh berhikmah. Kita harus memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana Allah S.W.T ingin memberikan kita kesedaran dan petunjuknya agar kita kembali kepada asas-asas perjuangan yang murni iaitu memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Ya, mungkin pemerintahan BN selama 50 tahun membuatkan kita berada di zon selesa dan saya kira kita harus membuat "post-mortem" seperti yang dicadangkan di atas sekarang. Ini kerana kita tidak mempunyai masa lagi. Dengan kembalinya Tun Dr M kepada UMNO, marilah kita rapatkan saf pemimpin ini bagi membantu mengatur strategi bagi melakukan anjakan paradigma kepada BN dan UMNO khususnya. Ini kerana UMNO masih lagi berada didalam zon bahaya dan perlu dimasukkan ke ICU untuk menerima rawatan intensif. Rawatan ini haruslah dilakukan secepat mungkin. Bagaimana rawatan UMNO ini hendak dilakukan? terserahlah kepada para pemimpin tetapi ini adalah antara cadangan saya untuk merawat UMNO:
1) Betulkan akidah para pemimpin didalam UMNO. Baik dari sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dan juga di peringkat tertinggi. Untuk sayap Wanita, saya syorkan agar Datuk Seri Shahrizat memakai tudung dengan lebih sempurna, jagalah aurat anda agar tidak dipersenda oleh bangsa sendiri. kita bercakap bagai seorang alim dengan mengatur hadis dan firman Allah tetapi tidak bertudung. Begitu juga dengan Pemuda, Khairy, anda perlulah berubah dari segi personaliti. Kita perlu memadamkan api kebencian terhadap UMNO bukannya dengan api, tetapi dengan air. Kita harus "counter" serangan mereka dengan cara yang berhikmah. Solat yang paling utama. Seperti mana yang dikatakan oleh saudara Azli Shukri, bahawa penekanan solat mampu menerapkan disiplin kepada barisan jentera.
2) Perlaksanaan format kempen yang standard dilakukan oleh BN. Mungkin rakyat sudah jemu dengan taktik BN berkempen. "Nak Pilihan Raya Barulah Nampak Muka". Inilah sindrom yang membelenggu pengundi. Jadi saya kira inilah masa yang terbaik bagi calon yang kalah untuk dekat dengan pengundi. Inilah masanya anda berdamping dengan rakyat dan mudah-mudahan kita akan dapat menang di lain hari.
3) Pendekatan secara berhikmah juga harus diutamakan. Hadapilah musuh (parti lawan) dengan menggunakan "reverse psychology". Jika mereka membuat kecoh, jentera haruslah bersikap bersahaja.. Ini akan membuatkan mereka menjadi bodoh pada diri sendiri.
Itulah saja yang dapat saya cadangkan. Saya mohon ampun dan maaf andai kata ada yang terasa dengan teguran saya. Ini hanyalah pendapat ikhlas dari seorang ahli UMNO yang mahukan BN dan UMNO berjaya dan kuat di hari-hari mendatang..
Sekian dari saya,
Salam Perjuangan.
Selamat Kembali Tun Dr M... Moga dapat memberi suntikan baru buat UMNO..
Selamat Kembali Tun dan moga dikurniakan kesihatan berpanjangan Insyaallah.
Friday, April 3, 2009
Selamat Tinggal Pak Lah.. Jasamu Dikenang. Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak.. Perjalanan baru bermula..
Hari ini, 3 April 2009, hari Jumaat, Penghulu bagi segala hari, rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Bersara buat Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi dan mengucpkan Tahniah kepada Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Malaysia Ke-6.
Pada hemat saya, adalah wajar jika Tun Abdullah diberi gelaran Bapa Pembangunan Sektor Awam kerana kita dapat melihat, sepanjang Pak Lah memegang tampuk pemerintahan negara, beliau telah berjya memperkasakan sektor awam yang kini tampak profesional. Pada saya, Pak Lah merupakan seorang pemimpin yang berjiwa lembut dan didalam lembut itu ada ketegasannya. Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Pak Lah sentiasa mendapat rahmat dan inayah dari Allah dan diberi kesihatan yang berpanjangan.
Buat Datuk Seri Najib, saya mengucapkan tahniah. Masih jauh perjalanan buat beliau. Memegang tugas yang amat berat di bahunya untuk menyatukan UMNO, dan juga memastikan kemenangan di PRK dan PRU kelak.
Langkah harus diambil satu-persatu dengan penuh tertib dan teliti agar tidak tersungkur di tengah Jalan..
Buat kesemua pemimpin Malaysia, Syabas dan Tahniah.. Peralihan Kuasa di negara kita selama ini adalah peralihan kuasa yang paling tertib dan lancar di dunia sesuai dengan adab dan susila sebagao orang melayu..
TAHNIAH...